Monday, July 19, 2010

SIGMUND FREUD: "IN PERSON" & KONSEP TERHADAP MANUSIA

SIGMUND FREUD (1856-1939)
BIOGRAFI

Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia pada 6 Mei 1856 dalam sebuah keluarga berketurunan Yahudi.. Ayahnya adalah seorang pedagang kapas,yang berfikiran tajam serta humoris.Beliau merupakan anak kepada isteri kedua yang dua puluh tahun lebih muda daripada ayahnya. . Ketika melahirkan beliau, ibunya berusia dua puluh satu tahun. Sebahagian besar dari kehidupannya dihabiskan di Vienna.



Sigmund Freud semasa mudanya telah menunjukkan kepintaran dan kegigihan yang tinggi. Beliau sentiasa mempercayai sepenuhnya bahawa kejayaan akhirnya akan tiba jika melakukan sesuatu kerja dengan rajhin. Ini dapat dilihat apabila beliau memasuki sekolah tinggi pada usia lapan tahun iaitu lebih awal daripada pelajar-pelajar yang lain.

Seorang yang meminati membaca buku atau ulat buku. Ketika usianya lapan tahun telah membaca hasil karya Willian Shakespeare. Sebagai seorang pelajar yang rajin dan sentiasa mempamerkan kecerdasan yang tinggi, beliau merupakan anak kebanggaan ibu bapanya. Oleh itu ibu bapanya telah member tumpuan khas kepadanya dengan menyediakan beberapa kemudahan seperti bilik khas, lampu minyak dan memastikan suasana yang sunyi agar tidak mengganggu pelajarannya.

Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sentiasa berada di tempat teratas Mendapat pendidikan formal sehinggalah ijazah perubatan daripada Universiti Vienna. Pada awalnya beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan banyak penyelidikan dalam bidang neurologi. Di Universiti Vienna ini Freud berguru dengan profesor fisiologi terkenal iaitu Ernst Bricke. Pengalaman dan minat yang mendalam dalam bidang berkenaan mendorong beliau membuka klinik persendirian yang member rawatan khusus kepada penyakit yang berkaitan dengan saraf sahaja.

Sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi telang mendorong Freud meninggalkan dunia akademik di universitI untuk menjadi seorang pengamal perubatan pada tahun 1886. Pada tahun yang sama beliau mendirikan rumah gtangga dengan Martha Bernays. Keluarga ini telah dikurniakan empat cahaya mata, dan salah seorang daripadanya diberi nama Anna Freud, merupakan salah seorang tokoh psikologi yang terkenal.

Sebagai seorang pengamal perubatan, beliau telah memperoleh berbagai-bagai pengalaman menarik. Beradasarkan kepada pengalaman-pengalaman ini beliau telah melihat adanya hubungan antara pesakit tertekan menderita akibat gangguan fungsional-somatis dan latar belakang psikologi. Minat yang mendalam ini juga telah menyebabkan Freud berhijrah ke Paris dan berguru selama setahun dengan Piere Janet dan Jean Charcot. Beliau telah mempelajari prosedur-prosedur dan teknik-teknik untuki menyembuhkan pesakit hysteria dengan menggunakan teknik hinopsis. Setelah kembali ke Vienna, beliau mempraktikkan teknik hinopsis sambil bekerja dengan Joseph Breuer.

Walaupun Freud terpaksa menjalani 33 kali pembedahan akibat barah rahang, beliau secara berterusan menjalankan kajian tentang aspek dalaman manusia. Hasil kesungguhan maka terhasillah teori personaliti yang sihingga kini masih “panas” diperbincangkan. Teori yang dikemukakan beliau dikelompokkan sebagai personaliti psikodinamik.

Sebagai seorang pemikir dan seorang yang berdaya cipta, Sigmund Freud mengemukakan beberapa penemuan teori dalam arena psikologi. Teori-teori penemuan seperti teori psikoanalitik, teori personaliti dan teori psikoseksual telah member sumbangan kepada bidang psikologi dan juga telah mempengaruhi corak pendekatan perkembangan. Misalnya pendekatan psikoanalisis telah mengembangkan teknik-teknik baru seperti perkaitan bebas, penafsiran mimpi dan penggunaan projektif dalam penilaian personaliti.

Tidak dapat dinafikan beliau merupakan seorang printis bidang psikologhi yang paling agung di dunia. Teori Psikoanalitik nya telah diterima di Amerika Syarikat dan telah melonjakkannya ke kemuncak kejayaan. Pendekatan-pendekatan teori psikoanalitiknya menegaskan bahawa semua tingkahlaku boleh difahami melalui pertukaran dan perubahan tenaga yang bermatlamatkan kepada penstabilan dan pengurangan ketegangan.

Sebagai seorang yang tiding mengenal istilah putus asa, Freud sentiasa memajukan pendekatan dan penemuannya. Ini terbukti apabila beliau mengemukakan berbagai-bagai teknik yang barru secara berterusan untuk mendekati manusia. Misalnya teknik perkaitan bebas iaitu satu cara menerokai perkara-perkara tidak sedar seperti idea-idea, ingatan perasaan secara spontan tanpa paksaan dari luar. Melalui teknik ini Freud mendapati seorang klien dapat melahirkan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran, sama ada tidak masuk akal, tidak logik, memalikan, menyedihkan dan mengarut.

Sigmud Freud merupakan seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan mengharhgai masa. Beliau sanggup bekerja keras dan bersungguh melakukan berbagai-bagai kajian walaupun di usia tua dan kesihatan tidak mengizinkan. Di akhir hayat Freud, ketika berumur 83 tahun, dia masih gigih membuat nalaisis kendiri dan menulis walaupun banyak mengalami pembedahan kanser rahang.


PENULISAN

Beliau menulis beberapa buah karya penting yang masih dikaji sehingga kini. Antaranya ialah :
1. The Intrepretation Of Dreams.
2. The Psychopathology Of Everyday Life
3. Beyond The Pleasure Principle
4. The Ego And The ID
5. Civilization And Its Discontents.


KONSEP TENTANG MANUSIA

Freud (1940) telah melahirkan satu pendapat yang begitu kontraversi dengan mengatakan bahawa manusia dilahirkan dengan mempunyai dorongan dan naluri yang bersifat jahat. Tingkah laku manusia banyak ditentukan oleh naluri ini yang menyebabkan manusia bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Dorongan dan naluri ini tersimpan dalam dianggap sebagai satu sistem tenaga dalaman manusia. Tenaga ini tidak bertambah dan berkurang, dan ia menjadi rebutan tiga sistem personaliti manusia iaitu id, ego dan super ego. Sistem yang mempunyai banyak tenaga di antara ketiga-tiga sistem personaliti akan berkuasa mengawal tingkah laku kehidupan manusia.


NALURI

Freud telah mengkategorikan naluri yang kepada dua iaitu :

1. Naluri hidup (libido atau eros)

Ia merupakaan naluri yang sentiasa berusaha untuk melanjutkan kehidupan manusia. Ia bukanlah naluri yang berasaskan semata-mata kepada tenaga seks, tetapi meliputi usaha-usaha kea rah mengembang, membina dan mendorong manusia ke arah kreativiti. Naluri ini menjadi sumber atau tenaga penggerak (motivasi) yang mendorong manusia kea rah mencari keseronokan dan mengelakkan kesakitan.

2. Naluri mati (Thanatos)

Naluri ini dijelmakan dalam bentuk dorongan-dorongan agresif. Dorongan ini yang menyebabkan ada kalanya cuba menyakiti dirinya sendiri atau membunuh diri, dan menyakiti orang lain.


STRUKTUR PERSONALITI

Perkembangan personaliti individu mengandungi tiga sistem iaitu id, ego dan superego. Bagaimanapun ketiga-tiga sistem ini memainkan peranan dan berfungsi secara keseluruhan. Peronaliti manusia terhasil daripada tindakbalas di antara id, ego dan superego.


1. Id
Id merupakan sistem asal personaliti individu yang diwarisi sejak lahir dan menjadi punca kuasa utama tetapi mengandungi kekurangan organisasi. Ia berfungsi di dalam pada personaliti yang asal pada diri seseorang. Id tidak tahan tekanan, tetapi mengandungi naluri yang dipenuhi oleh prinsip keseronokan, dan ia selalu dikawal oleh prinsisp keseronokan tersebut. Lantaran itu id tidak mengikuti logik, sebaliknya sentiasa terdorong untuk memenuhi setiap keperluan naluri yang mempunyai prinsip yang sama dengan keseronokan. Dalam memenuhi keperluan ini menyebabkan id tidak dapat berfikir, dan pada kelazimannya berharap dan bertindak dalam keadaan tanpa sedar untuk mengelakkan sebarang kesakitan, ketegangan dan bencana, sebaliknya sentiasa mencari jalan untuk memenuhi kepuasan berbentuk keseronokan.

2. Ego
Ego merupakan unsur kebenaran kerana dianggap sebagai unsur yang paling rasional dalam personaliti manusia. Ia bertugas mengawal personaliti manusia. Ia sentiasa berinteraksi dengan dunia nyata. Ego pada kebiasaannya mengarah id dan superego serta persekitaran. Tugas utama ego adalah menjadi pengantara antara naluri dan persekitaran. Ego juga berupaya untuk menguasai segala yang sedar dan boleh memilih sesauatu yang reality dan pemikiran perancang yang baik. Ego menolak mana-mana yang diaggap tidak reality atau tidak diperlukan, seterusnya mampu membuat kerja yang realistic dan memikirkan secara logik, dan seterusnya membuat rangsangan untuk melakukan tindakan supaya dapat memenuhi keinginan. Dipercayai pada egolah pusat kepada kecerdikan dan kecerdasan individu, lantaran ego menjadu perumus dalam seuatu proses intelektualisme. Sekiranya tahap ego lemah, maka permintaan naluri id akan disorong bagi mengganti tempatnya dan memenuhi permintaan kepuasan dan keseronokan.



3. Superego
Superego ialah bahgian yang agak penting dalam personaliti seseorang. Ia lahir dan terbentuk oleh kemahuan masyarakat dan budaya. Justeru, peranan superego ialah menjadi hakim dan pemasti dalam personaliti individu. Ia menjadi kod moral seseorang untuk membezakan yang baik, daripada yang tidak baik dan di antara yang benar dengan yang salah. SSuoerego mewakili hati kecil atau nurani dan ia berlaku atas prinsip realisme moral. Berdasarkan pengamatan seseorang terhadap morality dan nilai sesebuah masyarakat, superego sering menemukan perkara yang unggul dan sempurna pada personaliti individu berkenaan. Suoerego bertanggungjawab mengadakan ganjaran seperti rasa kebanggaan kendiri, ingin disanjung, dihormat dan berkasih saying. Selain itu superego juga terpaksa menerima hukuman sekiranya gagal berperanan, seperti menerima perasaan bersalah, rendah diri, malu dan kesal pada diri sendiri.


ALAM TIDAK SEDAR, PRASEDAR DAN SEDAR

Freud menegaskan perkembangan manusia dipengaruhi oleh perkembangan masa lampau terutama ketika berusia 6 tahun yang pertama. Semasa perkembangan ini berlaku, perlakuan manusia dibentuk daripada tiga bentuk pemikiran iaitu sedar,prasedar dan tidak sedar. Pemikiran manusia diumpamakan seperti air batu, dimana bahagian sedar adalah sebahagian kecil sahaja dalam hidup ini manakala bahagian prasedar dan tidak sedar adalah sebahagian yang besar dalam hidup.

PEMIKIRAN SEDAR, PRASEDAR, TIDAK SEDAR, EGO, SUPEREGO DAN ID

Personaliti manusia merupakan integrasi antara id, ego dan superego. Id ialah dorongan semulajadi atau lebih dikenali sebagai naluri. Ego merupakan struktur dalaman yang terbentuk daripada pengalaman dan realiti, manakala superego merupakan nilai dan norma masyarakat.


PERINGKAT PERKEMBANGAN

Perkembangan dalam diri seseorang terbahagi kepada lima peringkat. Setiap peringkat berlaku secara urutan dan setiap perkembangan yang berlaku dalam dalam setiap perinkat tersebut akan member kesan yang besar kepada pembentukan personaliti seseorang itu.

1. Peringkat Oral (0-18 bulan)

Peringkat ini bermula sejak lahir sehingga bayi mencapai umur 18 bulan.peringkat ini mulut dan bibir merupakan zon erotic yang aktif. Bayi banyak menumpukan perhatian kepada aktiviti menyusu kepada ibunya dan aktiviti ini merupakan punca keseronokan atau kepuasan seks yang utama. Tindakan menyusu ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu oral incorporative dan oral aggressive

Oral incorporative aadalah tahap awal penyusuan bayi bermula sejak lahir hingga bayi mula tumbuh gigi susunya. Ada bayi yang mencapai kepuasan dan ada yang tidak mencapai kepuasan daripada tindakan ini. Bayi yang tidak mencapai kepuasan daripada tindakan ini dikatakan mengalami lekatan (fixation) dalam proses perkembangan. Menurut teori Freud, orang dewasa yang suka makan, minum, mengunyah, bercakap, hisap rokok adalah mereka yang mengalami lekatan pada peringkat ini.

Tahap oral aggressive bermula apabila gigi mula tumbuh. Ia bermula apabila kanak-kanak sering menggigit tetek ibunya. Sekiranya seseorang itu terlekat pada peringkat ini, maka apabila dewasa mereka akan memperlihatkan sifat-sifat seperti berleter, sindiran, mengumpat atau melahirkan pandangan-pandangan yang menyakitkaan hati orang lain.

Pada peringkat oral ini, bayi perlu dipenihi keperluan fisiologinya dengan penuh kasih saying. Bayi yang tidak merasa kepuasan mulut dan bibir akan menyebabkan berlaku kesan negative apabila dewasa nanti.

2. Peringkat Anal (18 bulan hingga 3 tahun)

Peringkat ini bermula pada akhir tahun ke dua hinggalah ke tahun ketiga umur seseorang bayi itu. Pada peringkat ini, dubur merupakan zon erotic yang paling aktif. Kanak-kanak aktif berlatih cara-cara membuang air, secara langsung ataupun tidak langsung. Pada masa ini kanak-kanak terpaksa berhadapan dengan desakan ibu bapa atau persekitaran dan kehendak sendiri. Andaikata ibu bapa terlalu mengawal atau mendesak maka berbagai-bagai perasaan negatif akan timbul.
Freud berpendapat kanakkanak memperoleh satu kepuasan, jika sekiranya dia dapat membuang air dan menahan najis, dengan cara yang ada padanya atau mengikut kehendaknya dan pada masa yang sama dia terpaksa berhadapan dengan kehendak atau desakan ibu bapa. Melaui cara ini, kanak-kanak belajar menguasai rasa bebas, kuasa, autonomi, dan sebagainya. Sebaliknya perasaan negatif akan timbulsekiranya kanak-kanak merasa dirinya terlalu dikawal dengan kehendak atau desakan ibu bapa, di sini ibu bapa seharusnya pandai memain peranan untuk mewujudkan persetujuan, tidak terlalu bebas dan tidak terlalu mendesak. Antara kehendak kanak-kanak dan desakan ibu dalam keadaan seperti ini akan wujud dua suasana boleh berlaku iaitu anal aggressive dan anal retentive.

Anal agresif berlaku apabila anak bertindak agresif terhadap kawalan terlalu ketat dan peraturan yang regid yang dikenakan oleh ibu bapa dalam usaha untuk melatih anaknya membuang air. Anak mematuhi arahan dan dia menabur najisnya di mana sahaja di mana sahaja yang ia suka. Tindakan ini boleh melahirkan anak yang bersifat ganas, zalim, pemarah, tidak berdisplin dan sebagainya apabila dewasa kelak.

Manakala anal retentive pula berlaku apabila anak tersalah anggap terhadap perharitan yang berlebihan sewaktu anak hendak membuang air.Dengan demikian keadaan ini melahirkan anak yang mematuhi arahan ibu bapa dan dia tidak diberi peluang melakukan sesuatu mengikut pandangan sendiri. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat kedekut, degil , terlalu mementingkan peraturan, tidak mengindahkan masalah orang lain, hilang budi bicara dan sebagainya apabila dewasa kelak. Justeru kanak-kanak pada peringkat ini diberi peluang supaya mereka dapat berdikari, berautonomi dan tahu menguasai diri sendiri.



3. Peringkat Falik (3 tahun hingga 5 tahun)

Peringkat falik merupakan peringkat yang paling kriytikal dalam pembentukan sahsia seseorang. Pada peringkat ini kanak-kanak mula merasakan alat jantina merupakan punca keseronokan dan tumpuan terhadapnya boleh menyebabkan konflik jiwa. Kanak-kanak lelaki dikatakan mempunyai perasaan berahi terhadap ibunya, manakala kanak-kanak peremuan mempunyai perasaan berahi terhadap bapanya. Perasaan berahi yang wujud dalam diri kanak-kanak dijelaskan dalam bentuk kompleks oedipus dan kompleks elektra.

Kompleks Oedipus berlaku kepada kanak-kanak lelaki, tanpa disedarinya dia tertarik kepada ibunya. Tetapi secara tidak disedari juga dia mendapati bapanya menjadi penghalang kepada kehendaknya. Oleh itu, untuk menarik perharian ibunya, secara tidak disedari untuk menarik perhatian ibunya, dia meniru perlakuan bapanya. Hasil peniruannya dia berkelakuan seperti lelaki.

Manakala kompleks Elektra pula berlaku pada kanak-kanak perempuan. Secara tidak disedarinya, dia tertarik pada bapanya dan mendapati ibunya menjadi penghalang. Untuk menarik perhatian bapanya, secara tidak disedari dia meniru perlakuan ibunya. Hasil dari peniruan, dia berkelakuan seperti seorang wanita seperti ibunya.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya tahu peranan mereka ketika kanak-kanak di peringkat falik ini. Ibu bapa harus mendampingi anak-anak ini dan sekiranya ibu bapa tidak berjaya melayan keperluan ini, maka akan lahirlah anak yang bersifat rigid, mempunyai konsep kendiri yang rendah, perasaan rasa bersalah dan sebagainya apabila dewasa kelak.




4. Peringkat Litensi ( 5 tahun hingga 11 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mempunyai kecenderungan untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di luar rumah. Dunia mereka bukan terbatas di dalam rumah sahaja seperti mana yang berlaku di peringkat sebelum ini.

Peruahan kehendak seksual pula dipendamkan disebabkan interaksi sosial di luar rumah. Kanak-kanak lelaki akan berkawan dengan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan berkawan dengan kanak-kanak perempuan. Secara tidak disedari, keadaan ini menguatkan sifat kelakian bagi lelaki dan sifat kewanitaan bagi kanak-kanak perempuan.

Konflik yang dialami pada peringkat oral, anal dan falik akan menjadi tenang kerana kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang lebih beraneka rupa. Pengalam baru telah menggantikan pengalaman konflik dalam peringkat-peringkat sebelum ini. Menurut Freud, peringkat ini merupakaj peringkat yang paling tenang.

Ketika ini, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Ibu bapa hanya perlu memerhati aktiviti dalam pergaulan dan seharusnya tidak merasa risau mengapa anak mementingkan kawan. Kanak-kanak yang gagal merasai kepuasan berkawan akan menyebabkan berlaku kesan negatif apabila dewasa kelak iaitu seperti sukar bergaul, menarik diri, terasing dan berasa terkongkong.

5. Peringkat Genital ( 2 tahun hingga 18 tahun)

Apabila kanak-kanak mencapai umur 12 tahun, mereka telah memasuki alam dewasa dan kebanyakannnya telah mencapai akil baligh, sama ada lelaki ataupun perempuan. Pada ketika ini akan muncul semula segala khayalan dan yang pernah wujud di peringkat falik dahulu. Alat jantina mucul semula dan menjadi punca keseronokkan utama. Di perinhkat ini juga timbul keinginan dan dorongan untuk mempraktik keberahian dengan rakan-rakan berlainan jantina.

Dari segi pergaulan, remaja akan mencari teman yang berlainan jantina.Mereka mahu lebih bebas daripada ikatan ibu bapa. Mereka tidak suka di layan seperti kanak-kanak mahupun seperti orang dewasa. Pada masa inilah permulaan era kasih saying dan era suka bekerja, kerana melalui era kasih saying dan bekerja mereka mendapat kepuasan. Oleh itu ibu bapa harus memahami perkembangan ini supaya proses psikoseksual tidak terlekat atau terencat. Lekatan ini akan menimbulkan kesan negatif apabila mencapai peringkat umur dewasa kelak.


KESIMPULAN

Sungguhpun teori dan pendapat yang dikemukakan Freud telah mendapat berbagai-bagai kritikan, namun tidak dinafikan ia adalah pendekatan lebih baru pada zamannya yang menjelaskan mengenai perkembangan manusia. Walaupun teori dan pandangan yang dikemukakan kelihatan terlalu abstrak dan sukar diterapkan dalam dunia nyata, namun perlu dihargai sumbangan Ferud ini dari aspek:

• Kefahaman yang diberikan tentang dinamika-dinamika yang sering berinteraksi dalam jiwa manusia sehingga membawa kepada kerisauan.
• Kaedah-kaedah yang dianjurkan membantu dalam memahami penahanan, dan pentingnya perhubungan antara kaunselor dengan kaunseling, nilai-nilai pemindahan, serta helah bela diri.
• Peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya serta juga kepuasan-kepuasan dan watak-watak yang akan terhasil lantaran terlekatnya perkembangan di sesuatu peringkat tertentu.
• Sifat semula jadi manusia yang sering didorong oleh naluri ke arak kepuasan nafsu semata-mata.
Melaui kefaham yang diterangkan oleh Freud, banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh dunia psikoterapi. Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga bahawa bukan semua pendapatnya itu boleh diterima da akan diterima. Oleh itulah maka timbulnya berbagai-bagai teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh lain seperti Erikson. Allport, Skinner dan sebagainya yang cuba meminda dan membaharui serta memperbaiki sesetengah konsep yang dikemukakannya.

Thursday, July 15, 2010

Doktrin “In-loco-Perentis” Di IPT. Satu Perbincangan Ringkas

Berdasarkan kepada “The Age of Majority” yang menetapkan individu yang telah mencapai umur 18 tahun dianggap sebagai matang, dan mereka mempunyai hak untuk mengawal dan menentukan pilihan kehidupan mereka, maka ia menjelaskan bahawa doktrin “In-loco-Perentis” dianggap tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan di institusi pengajian tinggi kerana para pelajarnya telah melepasi had umur ini.

Bagaimanapun perlu disedari bahawa sistem pendidikan dikebanyakan negara bukan hanya setakat menyediakan latihan keintelektualan yang memenuhi kurikulum pengajian semata-mata, tetapi juga meliputi proses membimbing pelajarnya ke arah kematangan fikiran dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan, yang selama ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak kurikulum tersembunyi (hidden curriculum). Oleh itu istilah membimbing dan memberi bantuan masih tetap dan perlu dilakukan terhadap pelajar dan perkara ini termaktub dalam salah satu teras “In-loco-Parentis” iaitu hubungan di antara pelajar dengan institusi yang disertainya.

Antara perkara yang perlu dipenuhi oleh sesebuah institusi pengajian adalah penyediaan tempat kediaman, aktiviti dan pengurusan disiplin pelajar demi memenuhi aspek keselamatan. Secara kebetulan perkara-perkara ini antara tiga bidang kuasa yang perlu digunakan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi, sebagaiman yang terkandung dalam teori “In-loco-Parentis”.

Kewujudan perkara-perkara di atas adalah seumpama kebertanggungjawaban ibu bapa kepada anaknya untuk memastikan anak-anak itu berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Pelaksanaan peraturan-peraturan dan garis panduan disiplin yang perlu dipatuhi oleh pelajar-pelajar adalah untuk memenuhi aspek yang sama iaitu keselamatan. Bahkan ia bertujuan juga untuk melindungi para pelajar ini dari aspek-aspek fizikal, moral dan mental dari sebarang unsur-unsur yang tidak sihat yang akhirnya akan memudaratkan.

Dalam pelaksanaan peraturan-peraturan dan undang-undang, pasti akan wujud persamaan di antara institusi pengajian tinggi dan ibu bapa dari aspek cara penguatkuasaan. Peneguhan yang berbentuk positif atau negatif dan juga dendaan adalah perkara yang sama dilakukan oleh kedua-dua pihak ini. Seorang anak adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pemimpin keluarga, manakala seorang pelajar akan tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan, sebaik sahaja ia mendaftar ke sesebuah institusi pengajian tinggi yang disertainya.
Kesimpulannya, “In-loco-Parentis” kelihatan tidak praktikal untuk dilaksanakan di institusi pengajian tinggi jika dilihat dari aspek umur pelajar yang menyertai sesuatu institusi pengajian tinggi. Namun jika dilihat dari aspek tanggungjawab, perkara sebaliknya pula berlaku. Ini menggambarkan bahawa “In-loco-Parentis” masih perlu dilaksanakan di institusi pengajian tinggi, tetapi bukan secara total atau sepenuhnya. Pelajar masih ada hak untuk mengurus dan menentukan pilihan, tetapi dalam masa yang sama mereka amat memerlukan bantuan dan bimbingan oleh pihak institut dalam beberapa aspek keperluan hidup dan keselesaan pembelajaran, dan mereka tetap tertakluk dan patuh kepada setiap peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu adalah penting kedua-dua pihak (iaitu pelajar dan institut) perlu memahami akan keperluan sesama mereka., kerana pihak institut amat memerlukan kehadiran pelajar, manakala pelajar pula amat memerlukan institut dalam memenuhi kelangsungan kehidupan mereka pada masa akan datang.

IPG SEBAGAI ORGANISASI PEMBELAJARAN : ANTARA DEFINISI DAN RENUNGAN

Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, IPG (Institut Pendidikan Guru) tidak boleh terpisah dari konsep organisasi pembelajaran, kerana ia berkait rapat dengan pendidikan, latihan, pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendokong di antara peneraju utama dalam bidang akademik, seterusnya melahirkan para pendidik , menjadi sebuah organisasi pendidikan bukanlah satu pilihan lagi. Sebaiknya IPG patut menjadi pemimpin dalam dunia pembelajaran kerana kedudukan dan peranannya dalam bidang akademik.


Ciri-ciri Organisasi Pembelajaran

Senge (1990) menegaskan organisasi atau institusi pembelajaran yang terlibat dalam aktiviti pembelajaaran terutamanya, perlu tidak mengabaikan pembelajaran untuk personel kerana kekuatan organisasi banya bergantung kepada kuasa ilmu, kemahiran atau kompetensi ahli yang ada di dalamnya.

Prinsip yang paling penting dalam organisasi pembelajaran ialah kesepaduan dalam tindakan dan pemikiran ke arah pendidikan sepanjang hayat. Kekuatan sesuatu organisasi terletak kepada keupayaannya untuk terus belajar tentang kerja dan aktiviti yang dilakukan. Proses belajar pula bukan berlaku secara bersendirian, tetapi membentuk budaya belajar dari semua pihak atau team learning yang melibatkan semua pihak di dalam organisasi agar ia berjaya menjadi satu budaya yang mantap. Ini akan melahirkan organisasi yang terdiri dari kumpulan manusia atau organisasi yang terus belajar tanpa sempadan masa, kaedah ataupun tempat. Akhirnya terbentuklah saatu sistem pembelajaran yang saling kait mengait di dalam sesuatau organisasi pembelajaran yang dipanggil pemikiran bersistem atau systems thinking.

Pembentukan organisasi pembelajaran juga berlaku apabila wujudnya kepakaran kendiri atau personal mastery yang merupakan kekuatan kendiri dalam membina wawasan, ketrampilan, ketabahan dan kapisiti untuk cemerlang dengan dua kekuatan iaitu agama dan sekular. Dua tonggak kekuatan ini tidak dapat dipisahkan untuk menjayakan organisasi pembelajaran kerana ajaran duniawi dan dan akhrawi mampu untuk memberi kekuatan kepada tenaga fikiran agar tidak dibatasi oleh kekurangan semangat. Hasilnya daripada pengetahuan, keterampilan, nilai dan semangat pada individu yang terlibat dalam pembelajaran, akan menjadi himpunan menjadi organisasi pembelajaran.

Organisasi pembelajaran perlu dilihat sebagai suatu model mental yang membina gambaran, tanggapan untuk membolehkan ahlinya memahami sesuatu isu dan bertindak balas terhadapnya. Walaupun tanggapan akan berubah mengikut peredaran masa, tetapi ia jugut turut membawa perubahan terhadap tindakan. Fikiran dan tindakan pula merupakan dua aktiviti pembelajaran yang saling berkait. Apabila kedua-dua nya berinteraksi ia akan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih besar maknanya. Pada ketika ini pembelajaran sepenuhnya akan wujud.

Pedler (2003) menekankan bahawa organisasi pembelajaran adalah organisasi yang mempunyai :

· Mempunyai suasana di mana anggota-anggotanya secara individu terdorong untuk belajar dan mengembangkan potensi penuh mereka.
· Memperluas budaya belaja sampai pada pelanggan dan stakeholder lain yang signifikan.
· Menjadikan strategi pengembangan sumber manusia sebagai kepentingan utama organisasi
· Berada dalam proses tarnformasi organisasi secara terus menerus

Frago dan Skyrme (2003) pula mengatakan bahawa organisasi pembelajaran memiliki karekter seperti berikut :

· Beroreantasikan pada masa depan dan hal-hal yang sifatnya di luaar dari organisasi.
· Arus dan pertukaran informasi yang jelas dan bebas.
· Adanya komitmen untuk belajar dan usaha individu untuk mengembangkan diri.
· Berkeupayaan dan meningkatkan individu-individu di dalam organisasi.
· Mengembangkan iklim keterbukaan dan rasa saling mempercayai.
· Belajar daripada pengalaman.

Dari huraian di atas maka dapat disimpulkan bahawa organisasi pembelajaran memerlukan individu yang proaktif untuk meningkatkan keinginan diri, berusaha ke arah kemajuan dan terus belajar dengan menciptakan iklim organisasi yang terbuka. Keaadaan ini akan menghasilkan proses yang berterusan memperbaiki suasana dalaman organisasi dan seterusnya dapat memenuhi segala tuntutan dan keperluan dari luar organisasi.


IPG SEBAGAI SATU ORGANISASI PEMBELAJARAN ?

Sesungguhnya IPG tidak dapat dipisahkan dengan pembelajaran. Persoalannya adakah ia telah menjadi sebuah organisasi pembelajaran yang menepati ciri-ciri organisasi pembelajaran? Jika jawapannya adalah belum, maka usaha perlu dilakukan untuk membangunkan satu budaya organisasi yang bersesuaian, yang menjadikan pembelajaran sebagai satu perlakuan yang rutin dan dijangka berteraskan kepada teori, teknik dan amalan yang berterusan.

Perlu diperjelaskan bahawa pembelajaran bukanlah sesuatu yang bergantung kepada bakat, sebaliknya sesuatu yang ditentukan oleh amalan berterusan. Amalan yang berterusan tentang sesuatu bidang ilmu tiada penghujungnya seperti juga menuntut ilmu atau belajar di sepanjang hayat. Dalam peradaban Islam telah dijelaskan tentang menuntut ilmu ini, iaitu sehingga ke liang lahat (meninggal dunia).

Pastinya masyarakat tidak mahu melihat satu bentuk perkembangan yang negatif terhadap IPG. Sebagai sebuah organisasi yang sepatutnya cemerlang, bertukar menjadi organisasi yang meleset kerana tidak ada pembelajaran yang berterusan.

Bagaimanapun apa yang berlaku di IPG masih terdapat keadaan di mana tidak semua staff terlibat dalam pembelajaran yang serius. Sebagaimana yang diketahui, pembelajaran yang serius melibatkan individu bertindak sebagai pengeluar, sebaliknya terdapat ramai staff yang masih lagi menjadi pengguna yang telah sekian lama dibelenggu oleh keluaran ilmu yang dihasilkan oleh negara maju. Fenomena ini perlu diterbalikkan sebagaimana yang berlaku di negara maju, di mana individu yang terlibat dalam industri ilmu sentiasa terus belajar kerana mereka berpegang kepada falsafah tentang menuntut ilmu, iaitu ilmu adalah kuasa sebagai teras kepada masyarakat berilmu.

Perbincangan di atas, mencetuskan persoalan adakah IPG menghadapi kepincangan pembelajaran iaitu ‘masyarakatnya’ tidak berupaya dan tidak mahu belajar? Apa yang berterusan berlaku kini adalah belajar dengan mengikut orang lain, sedangkan ianya tidak sesuai dengan konsep yang disarankan oleh organisasi pembelajaran iaitu untuk kelestarian ilmu demi masa hadapan. Ini kerana belajar untuk terus hidup (survival learning), belajar untuk menyesuaikan diri (adaptive learning) dan belajar untuk membina (generative learning) merupakan ciri-ciri penting dalam organisasi pembelajaran.

Petanda negatif yang cukup jelas di IPG adalah staff akademik tidak produktif dalam penulisan berdasarkan kepada kurangnya jumlah buku yang terhasil, jika dibandingkan dengan sejarah kewujudan yang bermula dengan penubuhan maktab perguruan yang pertama di Durian Daun, Melaka lebih daripada setengah abad yang lalu. Keadaan ini boleh dianggap sebagai satu ancaman intelektual, jika tidak dikawal akan menyebabkan kegagalan untuk menjadikan IPG sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Ketidakupayaan ini akan berterusan walaupun berlaku peningkatan bilangan staff akademik disebabkan oleh beberapa perkara :

· Kurang proaktif kerana kurang ilmu dan berfikir
· Kurang kreativiti
· Berasa selesa dengan keadaan semasa
· Hanya berkebolehan untuk menyesuaikan diri dalam perubahan yang perlahan


Berdasarkan kepada keadaan-keadaan di atas, anjakan minda secara keseluruhan perlu dilakukan. Anjakan ini adalah bersifat mandatori dan bukannya pilihan. Pandangan terhadap pendidikan dan pembelajaran perlu berubah kepada yang lebih menyeluruh dan meluas dengan mengambilkira semua hubung kait serta sebab dan akibat.

Kurang berasa ghairah untuk melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan juga menjadi petanda kurangnya budaya pembelajaran sedangkan kedua-dua aktiviti ini merupakan asas kepada kreativiti. Adalah diharapkan agar tenaga akademik yang ada di IPG sekurang-kurangnya menjadi pakar, penyelidik, penulis dan perunding dalam bidang kepakaran mereka sekuirang-kurangnya. Kecekapan dan kekuatan peribadi atau kendiri ini merupakan tulang belakang kepada pembentukan organisasi pembelajaran, dan tanpanya organisasi pembelajaran tidak akan wujud.


ANTARA FESYEN DAN BUDAYA

Keputusan untuk belajar berdasarkan tujuan atau faedah sementara, cepat dan ditambah dengan cara yang tidak tekal akan menjadikan budaya belajar sebagai fesyen sahaja. Ia membawa maksud pembelajaran adalah bukannnya amalan harian dan berterusan ataupun menjadi satu cara hidup, sebaliknya ia timbul dan tenggelam untuk sementara sahaja. Sedangkan pembelajaran seharusnya menjadi satu budaya yang akan terus tekal dan kekal. Malangnya perkara inilah yang sering berlangsung dalam IPG hingga masyarakat di dalamnya tidak dapat membina budaya yang menyimpang daripada organisasi pembelajaran lantaran perkara berikut:

Tidak terbuka kepada pembelajaran
Tidak ada galakkan staff untuk mengambil risiko dan bertanggungjawab
Tidak ingin mengakui kesalahan
Tidak ghairah belajar melalui pengalaman sendiri

Keterbukaan kepada pembelajaran adalah umpama membuka minda kepada semua ilmu walaupun telah mencapai tahap akademik yang tertinggi. Di Malaysia secara umumnya budaya belajar sepanjang hayat masih kurang diamalkan. Sebaliknya istilah “tamat pengajian” menjadi simbul keangkuhan dan rasa bangga terhadap pencapaian yang dilakukan, sedangkan ianya sangat negatif kepada pembangunan minda. Sifat tidak menyerah, ingin tahu dan berterusan mencari kebenaran sesuatu ilmu perlu diamalkan dengan lebih meluas, kerana ciri-ciri ini sangat penting untuk membina, mengekalkan dan membangunkan organisasi pembelajaran.

Kepimpinan dalam organisasi juga jarang-jarang sanggup memberikan galakan kepada staff untuk mengambil risiko dan bertanggungjawab, sedangkan proses atau tindakan mengambil risiko adalah sebahagian daripada proses belajar. Penekanan terlalu diberikan untuk mematuhi setiap kandungan dalam amalan sesuatu program, sebenarnya membantutkan percambahan pemikiran di luar kerangka. Perkara-perkara seperti audit dalaman, dan keghairahan untuk mendapatkan pengiktirafan kepada standard ISO jika dilaksanakan secara yang tidak berhemah dan tanpa disulami dengan aspek-aspek budibicara dan kemanusiaan akan merencatkan keberanaian untuk mengambil risiko, sedangkan ia adalah proses belajar baru atau belajar semula dalam organisasi pembelajaran. Akibatnya staf yang terlibat tidak akan berkembang secara profesional, tidak dapat membina keyakinan diri, serta ketahanan mental dan psikologikal yang tinggi. Akhirnya ketahanan organisasi juga tidak akan mencapai tahap yang tertinggi.

Mengakui kesalahan perlu menjadi sesuatu yang jelas dalam organisasi. Pendapat yang mengatakan bahawa “mengetahui kelemahan itu adalah satu kekuatan” adalah sangat benar. Ramai orang yang belajar kerana ingin mengatasi kelemahan dan mereka belajar selepas mengakui kelemahan mereka. Sifat ini sangat penting dalam organisasi pembelajaran kerana belajar dari kesilapan adalah jauh lebih baik daripada tidak pernah melalui kesilapan.

Untuk membentuk budaya belajar di dalam organisasi pembelajaran (mungkin di IPG), boleh dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya ialah komitmen kepada kemampuan pembelajaran. Ini bermakna bahawa organisasi perlu sanggup berkorban sumber, masa dan tenaga yang lain untuk mewujudkan budaya belajar, dan seterusnya menjadiukan pembelajaran sesuatu yang penting. Dua tindakan ini ini masih kurang berlaku dalam organisasi sebagaimana telah terbuktinya kurang aktiviti membuat renungan, penilaian semula kepada tugasan yang telah diselesaikan dan sebagainya. Tidak dinafikan pelaburan kepada pembelajaran telah dilakukan sebagaimana pemberian biasiswa untuk meningkatkan tahap akademik, namun pernahkah dibuat penyelidikan berapa ramai staf yang gagal menamatkan pengajian dengan jayanya. Seharusnya penyelidikan dilakukan untuk mengetahui kenapa kegagalan ini berlaku, dan seterusnya menyekat ianya daripada terus berlaku.

Terdapat juga di mana organisasi tidak begitu ghairah untuk bercakap tentang pembelajaran. Sesi seperti membuat renungan, berfikir atau membuat ulasan tentang sesuatu pendapat, ulasan buku, hujah atau dapatan baru kurang mendapat tempat. Sebaliknya acara-acara yang lebih bersifat kosmetik seperti sambutan, keraian dan mesyuarat-mesyuarat yang lebih berbentuk kepada taklimat daripada percambahan fikiran hampir menjadi rutin organisasi. Kewujudan organisasi pembelajaran tidak boleh diukur melaui bilangan program yang dirancang dan dijalankan sekiranya program-program ini tidak menjurus kepada pembentukan, penyebaran, penyerapan dan pengamalan ilmu.

Dalam organisasi pembelajaran seharusnya ada usaha mengukur, menentukan tada aras dam mengesan pembelajaran yang berlaku, menentukan tanda aras dalam mengesan pembelajaran yang telah berlangsung. Semua staf dalam organisasi melaui hasilan tugasan perlu dinilai diukur untuk mendapat nilaian berapa banyak lagi organisasi perlu mengumpul dan menyibar ilmu yang perlu bagi mereka. Pengumpulan khazanah ilmu ini tidak dapat dilakukan secara individu, sebaliknya memerlukan satu usaha secara kolektif. Ini bermaksud semua staf dalam organisasi perlu bekerjasama mengumpul ilmu yang berkaitan dengan kerja organisasi. Oleh itu, memberi galakan kepada staf terutamanya staf akademik untuk menghasilkan penulisan akademik adalah satu langkah awal yang bijak. Menjadikan penulisan akademik sebagai salah satu penilaian prestasi pasti amat membantu dalam pengumpulan khazanah ilmu yang diperlukan organisasi.

Melalui pengumpulan khazanah ilmu, maka akan terbentuklah pusat ilmu yang akan menjadi legasi organisasi untuk generasi staf yang akan datang di samping dapat mengelakkan mereka daripada membuat semula ilmu yang telah ada atau “reinventing the wheel”. Himpunan khazanah ilmu ini menjadi jadi satu kewajipan untuk organisasi pembelajaran, tidak kira dalam apa jua bentuk, sama ada penulisan, artifak dan lain-lain lagi.

Namun apa yang sering berlaku pada masa kini dalam pengumpulan khazanah ilmu amat kurang. Ia memberi gambaran yang negatif untuk membentukan organisasi pembelajaran. Ketika ini bahan yang dibeli tidak banyak, bahan yang dicipta jauh sekali.. Bahan yang dicipta sangat kurang kerana aktiviti mencipta dan mengembangkan ilmu melalui Penyelidikan dan Pengembangan (Reseaerch and Devolopement) sangat kurang. Dalam keadaan sebegini mampukah kita untuk memacu organisasi standing dengan organisasi negara maju sebagaimana yang diimpikan? Sedangkan di negara maju aspek ini sangat kritikal kerana ia menjadi alat atau rahsia kejayaan organisasi. Rahsia inilah yang menolong organisasi berkenaan terus kukuh dan dapat kelebihan dalam pertandingan berbanding organisasi yang lain.

Kini tiba masanya untuk melihat dan mengubah budaya yang selama ini menjadi amalan. Kerja yang dibuat mengikut perosedur, proses, fail meja semata-mata tidak memadai untuk mebina organisasi pembelajaran. Sebaliknya terdapat tiga aspek budaya yang perlu turut sama diterapkan dalam membentuk organisasi yang lebih kukuh. Pertama ialah budaya kemajuan yang berterusan sehingga apa sahaja yang akan membawa kemajuan akan dibuat secara terus menerus. Boleh dijadikan contoh adalah budaya Jepun yang dipanggil sebagai Kaizen. Adakah budaya Kaizen terdapat dengan jelas di kalangan organisasi, sedangkan sumbangan R&D tidak begitu besar. Mungkin akan ada yang menuding jari tentang kekurangan peruntukan dan sebagainya. Walau apaun alasan yang diberikan, ini menandakan organisasi sebegini bukan organisasi pembelajaran dan tidak mempunyai strategi untuk mencapai kemajuan berterusan.

Kedua ialah budaya membeli dan menyerap kecekapan, iaitu apabila mendengar tentang sesuatu dapatan baru, akan terus mahu untuk untuk menguasai. Organisasi yang mempunyai budaya ini akan terus menghantar wakil untuk mendapatkan maklumat atau kemahiran baru walupun kosnya mungkin agak tinggi. Organisasi ini percaya bahawa walaupun kos sekarang adalah tinggi, tetapi kos akan datang adalah lebih tinggi jika tidak dikuasai. Selepas mendapat pengetahuan atau ilmu yang baru, ahli-ahli organisasi akan bersama-sama mengolah untuk mencapai kefahaman bersama dan merangka tindakan yang lebih baik untuk menambahkan nilainya. Aktiviti pembelajaran ini yang dibuat dalam organisasi akan melahirkan ilmu yang lebih baik daripada yang asal.

Aspek ketiga adalah kualiti dan kreativiti. Dua konsep yang pentng dalam organisasi pembelajaran yang sememangnya dihajati oleh semua organisasi termasuklah IPG, tetapi ia sukar dilaksanakan. Ia menjadi sukar kerana organisasi yang ada kini masih berterusan menjadi pengguna atau penerima teknologi yang datang dari luar. Budaya ingin mendahului orang lain belum jelas kelihatan. Begitu juga budaya mengambil risiko atau membuat sesuatu yang baru atau yang masih belum pasti.

Dalam cadangan yang dikemukakan oleh Senge (1990) untuk mengubah sesuatu organisasi kepada organisasi pembelajaran, tidakan berikut perlu dilakukan iaitu:

· Galakan percubaan
· Cuba cara kerja yang baru
· Belajar dari kegagalan
· Simpan khazanah ilmu

Empat prasyarat untuk membina organisasi pembelajaran boleh direnung dari beberapa sudut. Berapa banyakkah organisasi terutamanya IPG yang menggalakkan stafnya membuat percubaan? Jika diperhatikan kebanyakan masa bekerja habis digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara yang sedia ada. Tiada staf yang berani mencuba cara baru kerana ia tidak diarahkan atau takut akan menimbulkan masalah kepada perjalanan organisasi. Kebimbangan begitu menebal jika keadaan ini akan menimbulkan keadaan yang tidak stabil atau tidak menentu. Maka kelihatan adalah untuk menjadi organisasi pembelajaran, organisasi perlu sanggup untuk menghadapi keadaan atau masa yang tidak menentu. Namun begitu ini boleh dilakukan secara terkawal supaya operasi besar organisasi tidak terjejas. Ia bermula dengan operasi secara kecilan atau percubaan dan kemudiannya dijadikan satu yang menyeluruh dalam sistem operasi organisasi.

Membina dan merombak semula organisasi perlu dilakukan untuk menyemarakkan semula organisasi yang semaki lesu dari aspek hala tuju dan sebagainya. Pendekatan yang paling afektif ialah melalui pembelajaran kerana semua staf patut menggunakan minda mereka untuk membangunkan organisasi. Sumber kekuatan organisasi yang tidak akan kehabisan adalah minda. Bagaimanapun sumber ini sukar dibangunkan kerana minda dikawal oleh sikap, nilai dan perasaan, oleh itu program pembangunan minda perlu dilaksanakan secara kemanusiaan yang tinggi supaya hati dan perasaan staf tidak menjadi penghalang kepada pembelajaran. Sebenarnya manusia dan minda merupakan penghalang utama berbanding dengan perkakasan.

Organisasi pembelajaran perlu diwujudkan terutama sekali terhadap organisasi yang kelihatan begitu selesa atau berada dalam zon keselesaan (comfort zone). Ia amat menakutkan jika ianya berlaku pada organisasi seperti IPG yang amat diperlukan untuk menjana pembangunan kemanusiaan pada masa akan datang kerana perlu diketahui bahawa organisasi yang sudah begitu selesa akan menghadapi cabaran kepupusan. Bukan sahaja menghadapi kepupusan, ia juga akan menghadapi fenomena atau tekanan yang berikut:

· Untuk membina kekuatan untuk masa depan
· Untuk terus hidup dan berkembang
· Untuk terus mampu bersaing
· Untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan dan saingannya
· Untuk menjadi contoh yang baik

Membuat sesuatu yang bertentangan dengan amalan biasa adalah sesuatu yang sukar diterima organisasi. Pengukuhan kepada yang sudah ada juga akan menghadapi dilemma yang tidak kurang besarnya. Pengimbangan yang bijak sukar didapati, tetapi perlu dicari, iaitu di antara yang stabil dengan yang tidak stabil, di antara yang ada dengan yang baru dan di antara yang biasa dengan yang luar biasa.

Seharusnya perlu disedari betapa penting pembelajaran kepada kemajuan organisasi seperti IPG. IPG sepatutnya boleh menjadi di antara penjana utama ilmu baru atau menjadi organisasi pembelajaran yang utama. Akibat ketandusan penghasilan ilmu, wang untuk membeli buku baru banyak mengalir ke luar negara. Pensyarah di IPG sendiri kurang menghasilkan ilmu dan secara terus amat pemalu untuk berjinak-jinak dengan aktiviti belajar terutama membaca, menyelidik dan menulis.

Keghairahan untuk mengadakan R&D perlu dipupuk, dan sebaliknya hentikan keghairahan D yang kedua iaitu “dissemination”. Sanpai bilakah perlu diputarkan atau disampaikan ilmu dan maklumat yang ditulis oleh pakar luar? Sampai bilakah akan menjadi “hamba intelektual” yang dijajah oleh pakar intelektual dari luar? Berapa ramaikah tenaga pengajar di IPG yang telah mendapat ijazah kedua dan ketiga yang masih tidak menulis? Persoalan-persoalan ini jika tidak mendapat jawapan atau reaksi yang negatif akan menyerlahkan tentang kesukaran untuk membina organisasi pembelajaran.

Contoh kepada perkara yang perlu berlaku di dalam sebuah organisasi pembelajaran adalah; pensyarah menjalankan tugas pengkuliah di samping belajar semula dan menilai untuk memperbaiki kualiti kerja mereka. Tanda kualiti tertinggi tentang kerja mereka sudah meningkat ialah dengan memberi kuliah menggunakan buku yang telah mereka tulis. Mungkin sudah sampai masanya organisasi perlu mencontohi apa yang berlaku di institusi pengajian tinggi di Barat iaitu jika pensayarah tidak menulis mereka tidak akan diberikan lanjutan kontrak. Di Malaysia, untuk mencapai ke tahap ini, mungkin boleh dimulakan dengan hasil penulisan akan diambil kira sebagai elemen dalam pengukuran prestasi.

Impian untuk menjadikan IPG sebagai satu organisasi pembelajaran hanya akan terlaksana jika masyarakat yang ada dalam IPG merupakan masyarakat bermaklumat. Ciri-ciri utama masyarakat bermaklumat dan berilmu adalah:

· Banyak menghasilkan maklumat atau ilmu baru setiap masa
· Ilmu dan maklumat banyak beredar, dihantar, diterima, disimpan dan digunakan
· Ilmu dan maklumat yang banyak ini akan cepat bertukar
· Ilmu dan maklumat ini bertukar dengan murah
· Kekuatan ilmu dan maklumat begitu ketara

Berasaskan kepada ciri di atas, di manakah IPG dalam komuniti budaya maklumat, budaya ilmu dan budaya pembelajaran?