Thursday, June 21, 2012

PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1.0    PENDAHULUAN


Psikologi adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia.  Pendidikan pula bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat.  Justeru, psikologi pendidikan merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan keberkesanan pengajaran guru. 

Untuk mencapai tujuan tersebut, mata pelajaran ini meninjaukan suasana, faktor dan keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah.  Guru pula didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain.  Maka psikologi pendidikan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas.  Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan.  Guru juga perlu didedahkan kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi pembelajaran, pembentukan personaliti dan psikologi sosial.

Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai mazhab teori pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.  Bidang ini juga menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran, penanggapan, penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi kecerdasan, sikap dan minat. 

Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu.  Dengan pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku.  Oleh itu, psikologi pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu.  Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran.  Bagi seseorang yang biasa, pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran membaca, mengeja atau mengira.  Sebenarnya, pembelajaran adalah lebih daripada ini.  Kanak-kanak akan mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan perwatakan.  Selain daripada itu, mereka belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan.

Ahli psikologi pembelajaran akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran, proses pembelajaran. Jenis-jenis pembelajaran dan teori-teori pembelajaran seperti teori behaviouris, pelaziman operan, teori kognitif, teori sosial dan teori pembelajaran humanis.  Kajian ini dapat membantu guru merancang proses pembelajaran pengajaran secara fleksibel dan wajar untuk setiap situasi yang tertentu.  Sebagai kesimpulan, adalah jelas sekali bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran akan meningkat dengan adanya kajian pskologi pembelajaran.

 


















2.0    DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU


Konsep perbezaan individu adalah konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek.

2.1    Jenis- jenis Perbezaan Individu dari Aspek Fizikal, Kognitif, 
Sosial, Emosi dan Rohani

Perbezaan yang pertama adalah perbezaan kognitif. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Oleh itu, mereka memproses rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Sebagai contoh, perempuan biasanya memiliki pencapaian akademik yang lebih tinggi dari lelaki kerana mereka lebih rajin. Satu lagi perbezaan yang dapat dilihat ialah perbezaan budaya. Sistem kepercayaan dan budaya murid-murid juga berlainan. Setiap budaya mempunyai norma-norma dan kepercayaan tersendiri. Sebagai contoh, orang India tidak makan daging lembu dan orang Melayu ( Islam ) tidak memakan daging khinzir dan lain-lain yang diharamkan.

 Perbezaan fizikal pula merupakan satu perbezaan yang ketara. Murid-murid berbeza dari aspek kekuatan fizikal. Secara umumnya, fizikal dan tingkah laku lelaki lebih kasar dan agresif berbanding perempuan. Murid-murid lelaki juga dapat menjalankan aktivirti lasak seperti mendaki gunung, abselling, atau mengayuh kayak dengan lebih baik berbading murid-murid perempuan. Satu lagi perbezaan pada diri murid-murid ialah perbezaan emosi. Semua murid mempunyai tahap emosi yang berlainan kerana mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Sebagai contohnya, murid-murid dapat menunujukkan emosi yang berlainan apabila melibatkan diri dalam drama atau lakonan.

Selain itu, murid-murid juga terdedah kepada perbezaan rohani. Setiap orang mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak-anak akan biasa mengikuti agama ibu bapa mereka. Sebagai contoh, murid-murid daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-tempat ibadat yang berlainan dan memepunyai kepercayaan-kepercayaan yang berlainan.































3.0    DEFINISI KECERDASAN


Penyelidikan Binet telah mengembangkan penyelidikan tentang ‘sains kecerdasan’, dan dalam masa yang sama ia juga merupakan permulaan idea bahawa kecerdasan adalah sesuatu ‘benda’, yang mana ‘golongan bijak’ ini dijangka dapat melaksanakan situasi pembelajaran yang luas dengan baik. Sejak dari teori Binet itu, perdebatan tentang isu ini semakin mendapat perhatian. Pada 1927, Charles Spearman mendakwa terdapat variasi dalam kemampuan seseorang daripada satu tugas ke tugas yang lain, di situ terdapat faktor kecerdasan general, yang wujud di sepanjang situasi pembelajaran. Adakah benar tedapat hanya satu kecerdasan, seperti yang Spearman nyatakan, atau ada pelbagai lagi jenis kecerdasan?

Buktinya ialah kemampuan-kemampuan ini saling berkaitan antara satu sama lain. Individu-individu yang bagus dalam sesuatu perkara , biasanya akan juga bagus dalam perkara yang lain.. Perkaitan ini cukup untuk mengatakan yang bukanlah terdapat beribu jenis kecerdasan, tetapi ia juga tidaklah patut untuk mengatakan hanya terdapat satu jenis kecerdasan sahaja. (Lohman, 1989). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan perdebatan tentang kecerdasan membincangkan beraba banyak jenis kecerdasan dan penjelasan kepada setiap satu daripadanya. Sebagai contoh, Stenberg (1986, 1990) menerangkan bahawa terdapat tiga jenis kemampuan intelektual iaitu kecerdasan, kebijaksanaan dan kreativiti. Guilford (1998) mencadangkan 180 jenis kecerdasan enam daripadanya adalah operasi-operasi mental (berfikir,mengingati, kreativiti dll.). didarabkan dengan lima jenis kandungannya (visual, auditori, dan verbal), didarabkan enam jenis produknya (hubungan dan implikasi). Gardner dan Hatch (1989) juga menerangkan tentang kepelbagaian kecerdasan yang boleh kita lihat selepas ini.

Kepada golongan pendidik, bilangan jenis kecerdasan tidaklah begitu penting, tetapi apa yang lebih penting ialah idea bahawa baik atau buruknya perlakuan dalam sesuatu perkara tiada menjanjikan perlakuan yang sama dalam perkara yang lain. Guru-guru hendaklah mengelakkan daripada membuat tanggapan bahawa seseorang murid itu ‘sebijak’ atau pun ‘tidak sebijak’ murid lain kerana terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kecerdasan itu. Malangnya, kebanyakan sekolah masih lagi beranggapan tradisional dengan hanya mengandaikan kecerdasan dipandang dari segi apa yang dipanggil Gardner sebagai linguistik dan logik- matematik ( hanya dua daripada lapan jenis kecerdasan yang dikemukakannya ). Kesimpulannya, jika sekolah mahukan murid-murid menjadi bijak dan cerdas, mereka perlu memperluas dan mempelbagaikan aktiviti daripada apa yang mereka lakukan pada masa sebelumnya.

Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Piaget ( 1950 ) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan eprsekitaran. Kalat ( 1999 ) berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Weschler ( 1975 ) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan ialah keupayaan untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan dengan persekitaran.



















4.0    TEORI KECERDASAN STERNBERG


Mengikut teori ini, kecerdasan adalah produk pengamalan strategi berfikir, pengadaptasian konteks dan penyelesaian masalah. Ia boleh dikategorikan kepada tiga hierarki utama. Tiga hierarki tersebut ialah Kecerdasan Berkomponen yang memerlukan pengetahuan, berfikir dan merancang serta melaksanakan strategi. Secara mudahnya ia bermaksud murid memerlukan ilmu tentang cara-cara mengatasi sesuatu masalah. Kecerdasan Kontekstual pula ialah pengadaptasian konteks iaitu mengadaptasi dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam situasi sebenar. Kecerdasan Berasaskan Pengalaman pula ialah menggunakan pengalaman, pandangan dan kreativiti yang telah didapati awal dahulu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang baru.





















5.0    TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER


Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Gardner ( 1983 ) mempercayai bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau oreograf tarian ). Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian seperti ujian IQ. Gardner berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah, tetapi terdapat pelbagai cara iaitu individu menggunakan beberapa set proses proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk.

            5.1 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai Gardner

Gardner telah mengenal pasti 8 jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logik-matematik, verbal-linguistik, muzikal, visual-ruang-spatial, kinestatik-badan, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Jenis-jenis kecerdasan Gardner dijelaskan seperti berikut :

          i.    Kecerdasan Logik – Matematik
Orang yang mempunyai kecerdasan logik-matematik mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mereka juga berkeupayaan menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif dan dapat mengenal pasti serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya. Orang yang mempunyai aras kecerdasan ini akan menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik. Contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie dan Barbara Maclntoch. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logik-matematik yang tinggi.

Pelajar yang berkecerdasan logik-matematik mempunyai beberapa ciri seperti :
a.     Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat.
b.     Suka menggunakan komputer.
c.     Suka bermain catur, checker dan lain-lain permainan yang memerlukan strategi.
d.     Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logic.
e.     Melakukan eksperimen apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak difahami.

         ii.    Kecerdasan Verbal – Linguistik
Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing. Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa, tetapi juga perbezaan, susunan dan rima perkataan. Orang-orang yang mempunyai kebolehan berpuisi, bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk bahasa isyarat juga mempunyai kecerdasan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert Conrad dan Pearl S. Buck. Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.

Pelajar yang berkecerdasan verbal-linguistik mempunyai ciri-ciri seperti :
a.     Suka menulis.
b.     Suka bercerita.
c.     Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat.
d.     Mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik.
e.     Suka membaca buku jika ada masa terluang.
f.      Suka pada permainan bahasa seperti teka silang kata.

        iii.    Kecerdasan Muzikal
Kecerdasan muzikal melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di samping komposer dan pemuzik, orang-orang yang suka mendengar kicauan burug dan menghargai irama juga termasuk dalam golongan yang mempunyai kecerdasan muzik. Contoh tokoh yag mempunyai kecerdasan ini ialah P. Ramlee, Yehudi Menuhin, Mozart dan Elvis Presley. Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.
Pelajar yang berkecerdasan muzikal mempunyai beberapa ciri seperti :
a.     Boleh bermain alat muzik
b.     Mudah mengingati melodi lagu.
c.     Boleh mengenal pasti bila note muzik “off key”.
d.     Memerlukan muzik apabila belajar.
e.     Mempunyai koleksi kaset atau CD lagu-lagu.
f.      Suka menyanyikan lagu kepada diri sendiri.

       iv.    Kecerdasan Visual – Ruang – Spatial
            Mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Pelajar yang terus melihat graf, carta dan gambar apabila membaca buku teks, membuat peta minda dan memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak-corak adalah tergolong dalam kumulan ini. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, angkasa dan mendaki gunung. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Vasco Da Gama, Azhar Mansor, Yuri Gagarin, Neil Armstrong dan Leonardo da Vinci. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang-spatial yang tinggi.

            Pelajar yang berkecerdasan visual-ruang-spatial mempunyai beberapa ciri seperti :
a.     Suka “day dream” .
b.     Suka permainan “puzzle” / teka-kata / sambung kiub / lego.
c.     Menyukai carta, rajah dan menonton filem.
d.     Mudah mentafsir dan memahami peta, carta atau gambarajah.
e.     Suka melukis.
f.      Meluangkan masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi, menari atau bernasyid.
g.     Melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila berfikir sesuatu.

        v.    Kecerdasan Kinestatik – Badan
Kecerdasan ini melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan. Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yang menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah orang-orang yang memiliki kecerdaan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Babe Ruth, Tiger Woods, Nurul Huda Abdullah dan Faiznur Miskin. Pelakon, pereka atau pencipta, penari, mekanik, atlet dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

Pelajar yang berkecerdasan kinestatik-badan mempunyai ciri-ciri seperti :
a.     Menyukai aktiviti sukan.
b.     Tidak boleh duduk diam di atas kerusi.
c.     Menyukai aktiviti yang mencabar.
d.     Menyentuh orang apabila bercakap.
e.     Boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit.
f.      Bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain.
g.     Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau berkasut roda.

       vi.    Kecerdasan Interpersonal
   Kecerdasan interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Orang yang memiliki kecerdasan ini, sekiranya dia adalah pemimpin, dia akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya. Guru, ibu bapa, ahli politik, pakar jiwa, jurujual amat bergantung kepada kecerdasan ini dalam menjalankan tugas mereka. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Anne Sullivan iaitu guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan bisu. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

   Pelajar yang berkecerdasan interpersonal mempunyai beberapa ciri seperti :
a.     Mempunyai ramai kawan.
b.     Boleh berempati dan memahami perasaan orang lain.
c.     Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan.
d.     Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas waktu sekolah.
e.     Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat.

      vii.    Kecerdasan Intrapersonal
   Kecerdasan intrapersonal dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Sigmund Freud dan Ebbinghaus. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

   Pelajar yang berkecerdasan intrapersonal mempunyai beberapa ciri seperti :
a.     Mempamerkan kebolehan untuk berdikari.
b.     Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk yang kontroversi.
c.     Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi.
d.     Mahu menjalani hidup dalam suasana “privacy”.
e.     Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau projek.

     viii.    Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan ini dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka gemar meneroka hutan atau memelihara binatang-binatang. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk bekerja sebagai pengawal hutan atau di jabatan perhutanan, pekerja zoo, doktor haiwan dan para saintis yang mengkaji haiwan dan tumbuhan.

Pelajar yang berkecerdasan naturalis mempunyai beberapa ciri seperti :
a.     Suka mengumpul spesis rama-rama yang dikeringkan atau koleksi kulit siput.
b.     Boleh mengenal pasti nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat.
c.     Suka memelihara kucing, burung, arnab dan lain-lain.
d.     Suka menanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan bahan daripada alam semula jadi seperti buluh dan rotan.

            5.2 Implikasi Kecerdasan Pelbagai Gardner Terhadap Proses Pengajaran dan
                  Pembelajaran.

Cara-cara seorang guru mengaplikasikan pelbagai kecerdasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dari segi kecerdasan logik-matematik, guru boleh bermain permainan logik dengan murid-murid dan sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh merangsangkan murid-murid untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor. Guru juga boleh membawa murid-murid ke lawatan lapangan terbang, makmal komputer, muzium.

Dari segi kecerdasan verbal-linguistik pula, guru boleh membaca kepada murid dan biarkan  mereka membaca kepada  guru. Guru juga boleh membincangkan pengarang buku bersama murid-murid, membuatkan murid-murid menyimpan jurnal peristiwa-peristiwa penting serta membuatkan murid-murid merumus dan bercerita semula apa yang telah dibaca.  Bagi kecerdasan muzikal, guru boleh membekalkan murid-murid sebuah perakam kaset atau pemain rekod yang boleh digunakan mereka, memberi mereka peluang untuk bermain dengan alat-alat muzik, membawa mereka ke konsert atau menggalakkan mereka untuk mencipta lagu sendiri.

Di samping itu, guru perlu mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh murid-murid, membuatkan murid-murid menyelesaikan teka silang kata dan mencipta carta atau membawa murid-murid ke muzium seni sambil berjalan bersama mereka. Apabila kembali nanti, guru boleh bertanya kepada mereka untuk menggambarkan di mana mereka telah pergi dan kemudian melukiskan sebuah peta pengalaman mereka. Ini adalah untuk murid-murid yang berkecerdasan visual-ruang-spatial.

Bagi kecerdasan kinestatik-badan pula, guru boleh membekalkan murid-murid peluang untuk aktiviti fizikal dan menggalakkan mereka untuk menyertainya serta menyediakan tempat murid-murid boleh bermain di dalam dan di luar kelas. Jika perkara ini tidak mungkin, guru boleh  membawa mereka ke taman permainan atau membawa mereka ke acara-acara sukan dan ballet. Guru juga boleh menggalakkan mereka menyertai aktiviti tarian. Bagi murid-murid yang berkecerdasan interpersonal, guru boleh menggalakkan murid-murid bekerja dalam kumpulan, membantu mereka mengembangkan kemahiran komunikasi, menyediakan permainan kumpulan untuk mereka bermain serta menggalakkan mereka menyertai persatuan.

Selain itu, guru boleh menggalakkan murid-murid mempunyai hobi dan kegemaran, mendengar perasaan mereka dan memberikan mereka maklum balas yang bersensitif, menggalakkan mereka menggunakan imaginasi mereka serta membuatkan mereka menyimpan jurnal atau buku skrap tentang idea dan pengalaman mereka. Cara-cara ini adalah untuk murid-murid yang berkecerdasan intrapersonal. Bagi murid-murid yang berkecerdasan naturalis pula, guru boleh membawa murid-murid ke muzium sains semula jadi, mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di kelas serta melibatkan mereka dalam aktiviti luar yang semula jadi seperti membawa mereka ke jalan semula jadi ( nature walk ) atau mengangkat sebatang pokok.












6.0    TEORI KECERDASAN EMOSI ( EQ ) DANIEL GOLEMAN


6.1  Konsep Kecerdasan Emosi ( EQ )

Kecerdasan emosi terdiri daripada realisasi kendiri ( perasaan daripada aksi ) di mana sseeorang individu mempunyai kebolehan untuk mengawal perasaan kendiri. EQ juga terdiri daripada kecerdasan mengenal pasti perasaan kendiri dan orang lain, kecerdasan dalam mengenal pasti emosi-emosi kendiri yang dihadapi serta terdiri daripada kecerdasan dalam menyelesaikan masalah –masalah orang lain.

6.2  Teori Daniel Goleman

Menurut A.J Michael ( 2006 ), Daniel Goleman dalam bukunya ‘Working with Emotional Intelligence’ (Goleman,D.1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual ( IQ ) tetapi yang penting ialah kecerdasan emosi ( EQ ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu termasuk aspek kesihatan dan sosial. Emosi seseoranglah yang akan menentukan tingkah laku, kejayaan dan kebahagiaan mentalnya. Goleman juga menyatakan bahawa manusia mempunyai dua jenis minda iaitu emosi dan rasional. Secara ideal, kedua-dua minda bekerjasama iaitu perasaan kita memaklumkan minda rasional kita dan minda rasional memurnikan input emosi kita. Apabila kedua-duanya bersatu, kecerdasan emosi dan kebolehan intelek akan menjadi lebih kuat. Menurut beliau terdapat lima bahagian dalam kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri, motivasi kendiri, kesedaran sosial ( empati ) dan kemahiran sosial.

6.3  Bahagian-bahagian Kecerdasan Emosi ( EQ )

          i.    Kesedaran Kendiri
Kesedaran emosi kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan demikian, individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri. Individu yang memiliki kesedaran kendiri ini biasanya sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya, sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan, sedar bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya, mempunyai kesedaran tinggi tentang nilai dan matlamat hidup, sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri, reflektif dan belajar dari pengalaman, terbuka kepada maklum balas yang jujur, perspektif baru, pembelajaran berterusan, perkembangan diri atau semuanya, berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sesuatu yang betul serta berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan tekanan.

         ii.    Pengurusan Kawalan Kendiri
Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi.  Kawalan kendiri bererti individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif ( marah ). Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik, tenang dan positif semasa tertekan dan berfikiran waras serta berfokus dalam tekanan.

Amanah pula bererti seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bertindak secara beretika mengikut peraturan, membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autensiti, mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain serta mengekalkan pandanga yang mempunyai prinsip walaupun tidak popular. Ketekunan bererti sesorang individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya mempunyai komitmen dan menunaikan janji, bersifat akauntabiliti untuk memenuhi objektif serta teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas.

Kebolehsuaian bererti seseorang individu itu fleksibel dalam menangani perubahan. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap, menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah serta fleksibel dalam persepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku. Inovasi pula bererti seseorang individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya mencari idea baru daripada pelbagai sumber, memikirkan penyelesaian kreatif terhadap masalah-masalah, menjana idea baru serta mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran.

        iii.    Motivasi Kendiri
Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Setiap aspek tingkah laku ini juga membentuk seseorang individu dari segi pengurusan personal. Motivasi kecapaian bererti individu sentiasa berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya berorientasikan hasil dengan motivasi tinggi untuk memenuhi objektif dan piawaian, memberikan maklumat mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan, mengejar maklumat untuk mengurangkan ketidakpastian dan mencari jalan untuk penambahbaikan serta belajar cara untuk menambaikan prestasi.

Komitmen pula bererti seseorang individu itu mempunyai komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan atau organisasi. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat organisasi, menyedari nilai tujuan dalam misi, menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan dan menjelaskan pilihan yang dibuat serta mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan.

Inisiatif bererti seseorang individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang. Individu ini biasanya bersedia memanfaatkan peluang, mengejar matlamat yang tinggi daripada yang diperlukan atau dijangkakan, mengenepikan birokrasi dan peraturan sekiranya perlu untuk menyelesaikan tugas serta memobilisasikan orang lain melalui usaha-usaha yang luar biasa dan berfaedah.

Akhir sekali ialah optimisme. Optimisme bererti seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya terus berusaha mencari matlamat walaupun ada halangan dan masalah, bertindak daripada harapan kepada berjaya, bukannya ketakutan untuk gagal serta melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan yang bleh diurus bukan daripada satu kekurangan personal.

       iv.    Kesedaran Sosial ( Empati )
Kesedaran sosial memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti empati, orientasi khidmat, mengembangkan orang lain, kesedaran politik dan melayani kepelbagaian. Empati bermaksud memahami klien kita dan rakan-rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini akan peka kepada emosi orang lain, bersedia mendengar, prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain dan memahami perasaan dan keperluan orang lain dan bersedia membantu.

Orientasi khidmat bererti kita dapat menjangka, mengenali dan memenuhi keperluan pelanggan atau klien kita. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini akan memahami keperluan pelanggan dan emmberi khidmat atau produk yang diingini, memikirkan cara-cara untukmeningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, bersedia memberi bantuan serta memahami perspektif pelanggan dan memberi nasihat yang meyakinkan. Mengembangkan orang lain pula bererti kita dapat mengesan bagaimana orang lain boleh berkembang dan kita menggalakkan kebolehan atau keupayaan mereka. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini biasanya memuji dan memberi ganjaran untuk menghargai kekuatan, kejayaan dan perkembangan mereka, memberi maklum balas yang membina perkembangan mereka, memandangkan kepelbagaian sebagai peluang untuk perkembangan serta mencabar pandangan yang sempit dan bias.

Kesedaran politik atau organisasi pula bererti kita pintar membaca arus emosi sesuatu kumpulan dan berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini biasanya mengesan dengan tepat hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan, mengesan jaringan-jaringan sosial yang utama, peka kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan dan tingkah laku dan persaingan masing-masing serta membaca dengan tepat situasi organisasi dan realiti luarannya. Melayani kepelbagaian bermaksud kita membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia. Seseorang dengan kecekapan ini akan menhormati dan bergaul dengan baik dengan orang daripada pelbagai latar belakang, memahami pelbagai pandangan diri dan juga sensitif terhadap perbezaan dalam kumpulan, melihat kepelbagaian sebagai kesempatan dan mewujudkan suasana di mana manusia pelbagai ragam boleh berkembang serta menentang ketidakadilan dan ketidaktoleran.

        v.    Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial bererti seseorang individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, menyemai dan mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama serta keupayaan berpasukan

Pengaruh bermaksud menggunakan taktik-taktik yang berkesan untuk mendapat keyakinan orang lain. Seseorang yang mempunyai tingkah lkau ini mahir dalam mendapat keyakinan orang lain, menghasilkan persembahan yang dapat menarik perhatian penonton, menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan sokongan semua pihak serta memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik dan berkesan. Komunikasi pula bererti kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan meyakinkan. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini akan bertolak ansur, menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan, mendengar, memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat, memupuk komunikasi terbuka serta bersedia menerima maklumat mahupun baik atau buruk.

Kepimpinan berinspirasi bermaksud individu itu dapat membimbing dan memberi inspirasi kepada kumpulan dan ahli-ahlinya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini akan mewujudkan minat dan sokongan kepada satu visi dan misi yang sama, bersedia memimpin apabila perlu, tidak mengira kedudukan, membimbing orang lain serta kepimpinan melalui teladan. Pemangkin perubahan bererti individu itu akan memulakan atau menguruskan perubahan dalam kumpulannya. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini menyedari perlunya untuk perubahan dan mengatasi halagan kepada perubahan , mencabar status quo dan mengesahkan perlunya perubahan, menyokong perubahan itu dan mendapat sokongan orang lain serta menjadi model perubahan untuk orang lain.

Pengurusan konflik bererti individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan perselisihan dalam kumpulannya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini mempunyai diplomasi semasa menangani rakan-rakan yang bermasalah atau situasi yang tegang, mengesan dan mengambil tindakan yang bijak dalam penyelesaian konflik dan perselisihan, menggalakkan perbincangan dan perbahasan dan mewujudkan penyelesaian ’menang-menang’ ( win-win situation  ). Menyemai dan mengekalkan hubungan pula bererti individu itu dapat memupuk perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial hariannya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak formal, memupuk hubungan yang saling berfaedah, membina hubungan mesra dengan orang lain serta mengekalkan kesetiakawanan antara rakan sejawat.

Kolaborasi dan kerjasama pula bermaksud individu itu dapat bekerja dengan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini sewaktu bekerja, memberi fokus yang sama kepada tugas dan perhubungan denganrakan sejawat, berkolaborasi iaitu berkongsi rancangan, maklumat dan sumber yang perlu, memupuk iklim yang mesra dan bekerjasama serta mengesan peluang untuk memupuk kolaborasi antara rakan. Keupayaan berpasukan bererti individu itu dapat mewujudkan sinergi ( berfungsi seperti satu unit ) kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang sama. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini akan menjadikan sebagai teladan kualiti-kualiti seperti hormat menghormati, saling membantu dan bekerjasama, melibatkan semua ahli separa aktif, membina identiti dan semangat berpasukan, menyemai komitmen kumpulan serta menjaga nama baik kumpulan, bersama-sama berkongsi pujian apabila berjaya.


6.4 Implikasi Kecerdasan Emosi ( EQ ) Terhadap Proses Pengajaran dan
      Pembelajaran

Cara seorang guru boleh membantu murid mengurus kecerdasan emosi diri ialah dengan mengajar mereka teknik-teknik untuk mengawal emosi mereka apabila mereka berasa marah pada orang lain. Guru juga mesti mengajar murid-muridnya untuk mengenal pasti perasaan serta emosi berbeza yang mereka alami dalam sistem persekolahan. Selain daripada itu, guru perlu menasihati murid-muridnya teknik-teknik untuk menenangkan diri dalam keadaan-keadaan tegang dengan rakan sebaya, guru dan ahli keluarga mereka.

Murid-murid juga mesti diajar oleh guru supaya tidak menilai orang lain daripada rupa paras atau bentuk fizikal badan serta status sosio-ekonomi mereka. Sebaliknya mereka mesti diajar untuk menerima manusia demi kebaikan hati mereka. Pihak sekolah juga harus mengadakan kursus-kursus yang mengajar murid-murid kaedah-kaedah dan teknik-teknik untuk mengekalkan persahabatan dengan raka sebaya yang sama jantina dan berlawanan jantina.

Guru juga perlu mengajar murid-muridnya teknik-teknik untuk bekerjasama dan bertolak ansur dalam aktiviti-aktiviti koperatif dan kolaboratif. Berkaitan dengan kecerdasan emosi, tugas guru ialah mengajar murid-murid supaya menyelesaikan konflik-konflik yang mungkin timbul hasil daripada aktiviti kumpulan.









7.0    MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN


Model ini mengutarakan 5 faktor yang mempengaruhi pembelajaran  seseorang. kelima-lima factor tersebut membentuk model gaya pembelajaran seseorang pelajar dalam menerima rangsangan persekitaran. Kelima-kelima  faktor tersebut ialah faktor emosi, persekitaran, psikologi, fisiologi, dan sosiologi.

7.1    Faktor Emosi

Elemen-elemen penting yang terdapat di dalam factor emosi ialah elemen motivasi. Motivasi merujuk kepada dua jenis motivasi utama; iaitu motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Motivasi instrinsik merujuk kepada motivasi dalaman seseorang pelajar seperti memuji seseorang pelajar menjawab soalan dengan tepat. Motivasi ekstrinsik  merujuk pada motivasi luaran seperti memberi hadiah apabila memenangi pertandingan lukisan. Semakin tinggi tahapmotivasi seseorang, semakin tinggilah penggerak untuk seseorang itu belajar.

            Elemen kedua faktor emosi ialah keazaman. Setiap individu mempunyai status keazaman yang berbeza. Individu yang mempunyai keazaman yang tinggi dikatakan mampu belajar untuk tempoh yang lebih panjang berbanding individu yang mempunyai keazaman yang rendah. Pelajar yang mempunyai tahap keazaman yang rendah perlu merehatkan diri dalam jangka masa yang tertentu dahulu sebelum meneruskan semula  proses pembelajaran tersebut.

Elemen ketiga adalah tanggungjawab. Elemen tanggungjawab mempunyai status yang berbeza antara pelajar dengan pelajar lain. Individu yang bertanggungjawab akan berusaha dengan lebih giat dalam setiap aktiviti pembelajaran berbanding individu yang kurang bertanggungjawab

Elemen keempat adalah struktur. Pelajar yang berpersonaliti liberal lebih gemar belajar mengikut gaya sendiri, berinisiatif sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. individu yang terikat dengan struktur dapat belajar dengan sempurna berpandukan arahan-arahan yang jelas oleh guru seseorang guru atau ibu bapa. Mereka juga  mementingkan tingkah laku pembelajaran yang telah distrukturkan oleh guru terlebih dahulu.

7.2    Faktor Persekitaran

Elemen-elemen penting dalam faktor persekitaran ialah susun atur bilik darjah, suhu, bunyi, dan cahaya. Elemen susun atur bilik darjah merujuk kepada susunan kerusi, meja, perabot dalam bilik darjah. Susun aturtersebut mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada susun atur fizikal dalam bilik darjah, susun atur perabot dirumah juga mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah. Ada pelajar meletakkan meja di tepi tingkap untuk mendapatkan udara segar. Ada yang meletakkan meja di bawah lampu yang terang.

Suhu juga merupakan elemen penting dalam pembelajaran. pembelajaran lebih berkesan jika dijalankan dalam bilik darjah yang suhunya selesa (bilik berhawa dingin)dalam system persekolahan,setiap bilik darjah perlu dibekalkan dengan alatan penghawa dingin. Situasi ini merupakan situasi pembelajaran yang ideal mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Bunyi juga merupakan elemen yang penting. Sesetengah pelajar telah dibesarkan dalam suasana persekitaran yang berhampiran degan kawasan yang bising seperti kawasan rumah setinggan dan berhampiran lebuh raya. Golongan seperti ini sudah terbiasa dengan suasana persekitaran bising tersebut. Mereka dapat belajar dengan baik dengan suasana persekitaran yang bising tersebut. Merakadapat belajar dengan baik dalam persekitaran yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi. Oleh itu ada pelajar yang dapat belajar dengan sempurna di samping radio dan televisyen, ada yang memerlukan persekitaran belajar yang sunyi.

      Cahaya juga merupakan elemen penting dalam factor persekitaran. Penerimaan kualiti cahaya brgantung kepada taraf sosioekonomi seseorang. Ada pelajar yeng menyukai cahaya terang semasa belajar, ada yang tidak menyukai cahaya terang memadai dengan cahaya yang sederhana. Kanak-kanak memerlukan cahaya yang lebih banyak semasa proses pembelajaran berlaku. Golongan dewasa biasanya sukar menentukan kualiti cahaya yang diperlukan kerana terdapat plbagai pilihan yang berbeza.

7.3    Faktor Psikologi

Elemen-elemen yang terdapat dalam faktor psikologi ialah impulsif atau refleksif, analitis atau global, dan dominan atau pemprosesan otak kiri dan pemprosesan otak kanan. Individu yang dikategorikan sebagai impulsif merujuk kepada individu yang kerap membuat keputusan secara tidak rasional dan spontan. Individu impulsif belajar mengikut mood mereka. Individu impulsif sebenarnya terikat dengan gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Individu refleksif berkecenderungan berfikir secara serius dan mendalam sebelum melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap was-was mereka juga tinggi. Mereka amat prihatin dalam memilih kaedah mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan bermula.

Individu beridentiti gaya pembelajaran global pula berkecenderungan melihat sesuatau aspek pembelajaran secara menyeluruh atau holistik. Beliau akan embuat rumusan atau kesimpuan secara menyeluruh. Pelajar tersebut belajar dengan bersahaja dan mengharapkan guru memberi inti penting dalam sesuatu pelajaran.

Pemprosesan otak kiri dan otak kanan juga memberi peranan yang penting dalam membentuk gaya pembelajaran seseorang. Pemprosesan otak kiri merujuk kepada keupayaan otak kiri memproses maklumat yang berkaitan nombor, logik, formula, bahasa dan kebolehan untuk menganalisis. Pemprosesan otak kanan merujuk kepada keupayaan otak kanan yang bersifat kreatif seperti kreativiti, sintesis, imaginasi, mengenal corak-corak tertentu dan raut wajah seseorang.




7.4    Faktor Fisiologi

Antara elemen-elemen penting dalam factor fisiologi adalah persepsi, waktu belajar, pergerakan, makanan dan minuman. Persepsi seseorang pelajar terdiri daripada  sama ada persepsi auditori, visual atau kinesthetic-tactile. Apabila seseorang individu itu mempunyai persepsi auditori, seseorang pelajar akan dapat belajar dengan berkesan jika mempunyai persepsi auditori yang tinggi. Beliau dapat belajar dengan berkesan jika didedahkan alatan audio yang khusus  seperti VCD, radio, kaset dan lain lain. Pelajar tersebut akan membaca sesuatu bahan dengan suara kuat untuk membolehkan pemahaman terhadap bahan bacaan tersebut menjadi cepat dan mantap.

Individu yang berkecenderungan kepada persepsi visual suka belajar menerusi proses penglihatan. persepsi visual akan meningkat tinggi jika bahan visual yang diberikan kepadanya terang dan jelas. Mereka juga membaca bahan bacaan dengan kuat untuk memudahkan mereka mencari sesuatu pengetahuan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut tepat. Antara bahan bantuan belajar  yang mengembangkan dan menyokong individu persepsi visual adalah seperti video, slaid, carta, graf, televisyen. Individu yang berkecenderungan kepada persepsi kinesthetic-tactile gemar memperoleh pengetahuan melalui pengalaman atau pembelajaran dapatan. Mereka belajar dengan berkesan apabila melalui atau merasai isi pelajaran dengan sendiri. Mereka digalakkan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka tidak gemar duduk sahaja tetapi suka untuk bergerak ke tempat yang lain.

Waktu belajar merupakan salah satu elemen fisiologi yang penting. Terdapat pelbagai kecenderungan untuk pelajar belajar dengan lebih berkesan. Ada pelajar dapat belajar dengan sempurna pada waktu pagi. Lebih segar dan lebih bersedia  untuk belajar. Terdapat juga pelajar yang memilih waktu malam atau lewat malam sebagai waktu belajar yang paling sesuai serta persekitaran yang sunyi dan tenteram.

Selain itu pergerakan juga mempengaruhi seseorang untuk belajar. Terdapat kecenderungan untuk  pelajar melakukan pergerakan semasa belajar untuk mengelakkan kebosanan dan mencergaskan proses pembelajaran tersebut. Pengambilan makanan dan minuman merupakan elemen terakhir dalam elemen fisiologi. Pengambilan makanan dan minuman bermaksud kecenderungan pelajar belajar sambil mengambil makanan atau minuman semasa belajar.

7.5    Faktor Sosiologi

Antara elemen-elemen penting dalam factor sosiologi adalah elemen diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, dan orang dewasa. Elemen diri sendiri bermaksud seorang pelajar lebih gemar untuk belajar secara bersendirian. Mereka tidak mahu diganggu kerana ia dapat merencatkan tumpuan mereka dalam pembelajaran. Terdapat juga kecenderungan individu untuk  belajar secara berpasangan. Mereka dapat berinteraksi dalam konteks pembelajaran mereka. Kebiasaannya teman yang menjadi pasangan adalah sahabat karib.

Rakan sebaya merujuk kepada pembelajaran yang dijalankan dalam satu kumpulan yang mempunyai umur yang hampir sama. Kebiasannya kumpulan yang terbentuk melebihi  dua orang. Teknik pembelajaran yang biasa digunakan adalah sumbang saran, perbincangan dan perkongsian idea. Terdapat juga kecenderungan untuk belajar dengan orang dewasa. Dengan kehadiran orang dewasa dapat mengemukakan pelbagai soalan. Biasanya ibu bapa atau orang dewasa bertindak sebagai guru yang sentiasa membimbing pelajar untuk memastikan anak-anak belajar dengan sempurna.









8.0    GAYA PEMBELAJARAN MODEL KOLB


Antara konsep utama gaya pembelajaran Model Kolb ialah pembelajaran disifatkan sebagai proses yang tiada tidak ada penghujung. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelas cara-cara bagaimana pengetahuan diperoleh dan dicipta melalui interaksi seseorang dengan persekitarannya.

Bagaimana Manusia Belajar?

Penyelidikan Dr. David Kolb medapati bahawa manusia belajar melalui dua cara iaitu secara mengamati dan memproses.

a)            Mengamati

Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berbeza. Cara yang pertamaadalah mengamati secara konkrit. Cara ini melibatkan penggunaan deria. Manakala cara yang kedua pula adalah mengamati secara  abstrak. Mengamati secara abstrak adalah dengan berfikir, mambuat analisis dan menaakul tentang sesuatu maklumat yang diperhatikan.

Kadangkala kita mengamati sesuatu secara konkrit, kadangkala secara abstrak. Ini bermakna kita mengamati sesuatu dalam satu kontinum dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang suka menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit manakala mereka yang suka berfikir dan membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak.

b)            Memproses

Memproses maklumat bermaksud menjadikan sesuatu maklumat menjadi bermakna kepada  diri kita. Manusia Memproses maklumat juga melalui dua cara. Cara yang pertama adalah secara aktif iaitu mencuba atau melakukan sesuatu maklumat atau pengalaman. Cara yang kedua pula adalah secara reflektif iaitu dengan berfikir semula tentang apa yang telah dilihat. 

8.1 Gaya-gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran bergantung kepada kombinasi cara mengamati dan memproses sesuatu maklumat dan pengalaman. Kombinasi cara mengamati dan memproses ini menghasilkan gaya-gaya pembelajaran yang berbeza-beza.

a)            Imaginatif dan Kreatif.

Murid-murid golongan ini mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif. Sebagai contoh, seorang pelajar melihat ibunya. Kemudian dia menganalisa  sikap ibunya dan berfikir, kenapa ibunya bersikap sedemikian. Di samping itu, golongan inisuka mencari makna dan sebab mempelajari sesuatu maklumat. Mereka juga suka berkongsi idea dan melibatkan diri dengan rajkan-rakan lain. Mereka suka bertanya “kenapa?” .

b)            Teori dan Analisis.

Murid-murid golongan ini mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari fakta baru untuk menerangkan konsep-konsep. Mereka memerlukan pendapat pakar unutk mendapatkan fakta baru dan membuat analisis tentang sesuatu maklumat. Mereka suka menyoal “apa?”

c)            Praktik

Murid-murid ini bersifat praktik. Mereka mengamati sesuatu maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan sesuatu maklumat atau benda dan belajar dengan menguji sesuatu teori untuk mencari kegunaannya. Mereka ingin mengetahui bagaimana sesuatu benda boleh berfungsi untuk menambahkan pengalaman mereka. Mereka suka menyoal “bagaimana ia berfungsi?”




d)            Intuitif dan Dinamik

Murid-murid golongan ini mengamati sesuatu maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan baru sesuatu maklumat yang belum diketahui. Mereka belajar secara cuba jaya dan penemuan sendiri. Mereka ingin mengetahui apa yang direka bentuk daripada sesuatu maklumat dan suka berinteraksi dengan orang lain untuk mendapatkan idea. Mereka suka menyoal “apakah kegunaan baru?”

8.2 Pengaruh Otak Kiri dan Otak Kanan.

Penyelidik-penyelidik otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan kanan) berbeza dalam memproses maklumat dan pengalaman. Seseorang individu lebih suka memproses maklumat dan pengalaman menggunakan otak kiri atau kanan. Walaubagaimanapun, kedua-dua belah otak adalah sama penting.

Perbezaan utama antara otak kiri dan kanan dalam memproses maklumat dan pengalaman adalah seperti Rajah 8.1 di bawah:-


















Otak kiri

Otak kanan

Rasional
Lisan
Lurus (linear)
Pasif / menerima
Terancang & berstruktur
Bukan gerakan
Pengiraan
Penulisan
Melihat bahagian-bahagian
Teori
Mengawal perasaan
Bunyi bahasa

Intuitif
Penglihatan / ruangan
Sintesis
Bulatan
Interaktif
Bersesuaian dan spontan
Gerakan / tarian
Pola, model, bentuk
Lukisan
Melihat perhubungan dan keseluruhan
Amalan
Bebas dengan perasaan
Bunyi semulajadi
Muzik


                                                         Rajah 8.1
Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut :

Otak kiri
¨       Menyurih
¨       Melukis carta
¨       Melukis graf
¨       Memberi contoh
¨       Menyalin nota
¨       Menilai secara objektif
¨       Menyenarai dan menkategorikan
¨       Mengira
¨       Memberi bukti
¨       Mengingat semula fakta atau konsep
¨       Membaca serta membuat analisis
¨       Melapor
¨       Segala bentuk analisis
¨       Rasional
¨       Melihat bahagian-bahagian
¨       Memberi sifat-sifat perbezaan
¨       Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik
¨       Mendengar bunyi bahasa


Otak kanan
¨       Membuat pola atau corak
¨       Memeta fikiran (mind mapping)
¨       Sumbangsaran atau percambahan fikiran
¨       Menggambarkan
¨       Semua bentuk sajak
¨       Semua bentuk seni
¨       Mendengar, melihat, menggerak
¨       Analogi
¨       Mencipta, mereka bentuk, main peranan, simulasi
¨       Drama kreatif, lakonan
¨       Penulisan kreatif
¨       Gerakan, tarian
¨       Membaca serta membuat sintesis
¨       Segala bentuk sintesis
¨       Geometri
¨       Demonstrasi
¨       Membuat ujikaji
¨       Bentuk (shapes)
¨       Semua aktiviti intuitif
¨       Ukiran
¨       Lakaran
¨       Memberi sifat-sifat persamaan
¨       Melihat perhubungan dan keseluruhan
¨       Menilai secara subjektif
¨       Melukis
¨       Fotografi
¨       Mendengar bunyi semulajadi
¨       Main muzik, mencipta lagu

      Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri dinamakan pelajar otak kiri, suka melakukan perkara-perkara yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka haruslah dihargai. Mereka adalah manusia yang bersistematik, menyelesaikan masalah dengan melihat bahagian-bahagian, berfikir secara logik, baik dalam pertuturan, penulisan, pengiraan dan menganalisa.

      Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan pula dinamakan pelajar otak kanan. Mereka melakukan perkara-perkara yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka adalah manusia yang kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk dan perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihat keseluruhan. Mereka baik dalam lukisan, reka bentuk, membuat kesimpulan dan hal-hal perhubungan manusia.

      Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang dproses di otak kiri dan kanan pula dinamakan pelajar seluruh otak. Mereka mempunyai ciri-ciri dua kumpulan di atas. Kebanyakan sekolah dipercayai memberi aktiviti yang melibatkan otak kiri sahaja. Hal ini menggembirakan pelajar otak kiri tetapi mengecewakan pelajar otak kanan. Justeru itu, pihak sekolah haruslah memberi aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan kanan.














9.0    SISTEM 4 MAT


Kesinambungan daripada kepelbagaian gaya pembelajaran dan pengaruh otak kiri dan kanan kanak-kanak, Dr. Bernice Mc Carthy telah mencipta satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rajah 9.1  di bawah menunjukkan Sistem 4Mat.

Sistem 4Mat bermula dengan petak 1 dan diakhiri dengan petak 4 dalam satu lingkaran pembelajaran. Keempat-empat petak tersebut mewakili 4 jenis gaya pembelajaran kanak-kanak dan aktiviti-aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan kanan. Melalui sistem ini seorang guru akan menyampaikan pengajaran dengan mengambil kira semua jenis gaya pembelajaran pelajar serta aktiviti-aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan kanan pelajar. Jadi, seorang pelajar yang mempunyai gaya pembelajarannya tersendiri akan berpeluang belajar melalui gaya lain. Begitu juga seorang pelajar yang belajar secara otak kiri, akan dapat mengembangkan otak kanannya.

















                                   

 































Rajah 9.1


R : Otak kanan
L : Otak kiri


Petak 1 : Pelajar Imaginatif dan Kreatif

Sebelum mengajar konsep-konsep baru kepada pelajar, seorang guru perlu memberikan pengalaman konkrit kepada mereka. Ini akan membantu mereka memahami dengan lebih jelas konsep-konsep yang abstrak. Mereka juga dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Guru pula haruslah memainkan peranan membimbing dan merangsang mereka.

Langkah pertama, guru perlu memberikan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang kedua-dua otak pelajar. Untuk otak kanan, guru perlu mewujudkan satu pengalaman konkrit. Kaedah mengajar atau aktiviti yang boleh digunakan adalah simulasi, main peranan, lakonan, kerja kumpulan, menonton video, melihat benda-benda dan sebagainya yang boleh menegmbangkan otak kanan.

Langkah kedua adalah untuk pengembangan otak kiri. Selepas pelajar mendapat pengalaman konkrit, guru perlu meminta mereka memikirkan semula dan analisakan pengalaman tersebut. Antara aktiviti yang sesuai adalah perbincangan dalam kumpulan, melihat sifat-sifat perbezaan, soal jawab dan sebagainya.

Petak 2 : Pelajar Teori dan Analisis.

Selepas pelajar mendapat pengalaman konkrit, fakta dan konsep akan diajar kepada mereka. Fakta dan konsep tersebut perlu dijelaskan satu persatu dan dikaitkan dengan pengalaman kokrit  tadi untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru akan menggunakan kaedah mengajar tradisional iaitu penerangan. Guru juga berperanan membimbing dan merangsang mereka.

Langkah ketiga untuk pengembangan otak kanan. Setelah pelajar memikirkan semula dan menganalisakan pengalaman, guru perlu mengaitkan pengalaman mereka dengan konsep yang akan diajar. Aktiviti yang boleh digunakan adalah perbincangan, soal jawab, penerangan, dan sebagainya yang  boleh mengembangkan otak kanan mereka serta mereka dapat melihat perkaitan di antara pengalaman konkrit dengan konsep yang abstrak.

Langkah keempat untuk pengembangan otak kiri. Guru perlu mengajar fakta atau konsep dengan menggunakan kaedah tradisional seperti huraian, penerangan, syarahan, soal jawab atau sebarang aktiviti lain yang merangsang otak kiri. Ia bergantung kepada kebolehan seseorang guru untuk menjelaskan sesuatu konsep atau fakta dengan sesuatu kaedah mengajar yang digunakan. Penggunaan alat bantu mengajar akan membantu pemahaman pelajar tentang fakta atau konsep tersebut.

Petak 3 : Pelajar Praktik.

Selepas pelajar-pelajar memahami fakta atau konsep yang telah diajar, mereka perlu membuat latihan atau ujikaji. Ini dapat memperkukuhkan lagi pembelajaran mereka. Mereka juga digalakkan untuk mencari atau menambahkan penggunaan fakta atau konsep yang telah diajar. Pada masa ini, guru berperanan sebagai coach dan pemudah cara, faciltator.

Langkah kelima untuk penegmbangan otak kiri. Selepas pelajar diajar tentang fakta atau konsep, guru haruslah memberi latihan yang telah disediakan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman mereka. Aktiviti yang boleh digunakan adalah seperti membuat latihan kelas atau rumah, latihtubi, kuiz, ujikaji, temuduga serta aktiviti lain yang bersesuaian untuk merangsang otak kiri.

Langkah keenam untuk pengembangan otak kanan. Pelajar-pelajar kemudiannya diberi aktiviti untuk mencari atau menambah idea tentang fakta atau konsep yang telah diajar. Aktivit yang boleh digunakan adalah seperti ujikaji, sumbangsaran dan sebagainya.

Petak 4 : Pelajar Dinamik dan Intuitif.

Selepas pelajar-pelajar membuat latihan dan ujikaji,mereka perlu diberi peluang unutk mencari aplikasi tentang fakta atau konsep yang telah diajar dan berkongsi hasil dengan pelajar lain. Guru pula berperanan manilai dan membuat pemulihan.

Langkah ketujuh unutk pengembangan otak kiri. Selepas pelajar membuat ujikaji atau pelan bertindak, mereka perlu menganalisa hasil yang mereka perolehi sama ada hasil tersebut sesuai atau tidak. Aktiviti yang boleh dijalankan dalam kumpulan adalah seperti perbincangan, mengkritik atau menilai secara objektif, atau aktiviti lain yang bersesuaian.

Langkah kelapan untuk pengembangan otak kanan. Akhir sekali, pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji atau pelan bertindak yang telah dirangka dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti yang boleh digunakan adalah seperti penemuan, cubajaya, projek, persembahan secara individu atau kumpulan dan main peranan.

9.1    Peranan dan Tugas Guru dalam Sistem 4Mat.

Peranan dan tugas seseorang guru dalam Sistem 4Mat adalah seperti Rajah 9.2 berikut:


 





















Rajah 9.2

Rajah 9.2











Petak
Peranan guru
Tugas guru
1
Perangsang
Memberi sebab-sebab untuk menjawab soalan seperti ‘mengapa’ dan ‘mengapa tidak?’
2
Pengajar
Mengajar fakta atau konsep untuk menjawab soalan seperti ‘apa dia?’
3
Pemudah cara
Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan menambah fakta dari idea sendiri. Ini akan menjawab soalan seperti ‘bagaimanakah ia berfungsi?’
4
Penilai atau membuat
Memberi peluang kepada pelajar pemulihan mengajar diri sendiri dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Ini akan menjawab soalan seperti ‘apakah saya boleh cipta?’


9.2 Contoh Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Sistem 4Mat.

Rajah 9.3 berikut merupakan satu contoh pengajaran dan pembelajaran Sistem 4Mat.

















Tajuk : Kebersihan




Rajah 9.3

R : Otak kanan
L : Otak kiri



Petak 1 : Pelajar Imaginatif dan Kreatif.

Pelajar-pelajar mendapatkan satu pengalaman konkrit tentang kebersihan sebelum konsep itu diajar. Langkah pertama untuk aktiviti otak kanan, di dalam berkumpulan pelajar diminta memerhatikan kebersihan pakaian, badan, buku, kerusi, kelas dan rakan-rakan. Langkah kedua untuk aktiviti otak kiri, pelajar diminta berbincang di dalam kumpulan menganalisa pemerhatian yang telah dibuat. Contohnya menyenaraikan apa yang bersih dan kotor, kemas dan tidak kemas.

Petak 2 : Pelajar Teori dan Analisis.

Pelajar-pelajar diajar konsep ‘kebersihan’. Langkah ketiga untuk aktiviti otak kanan, guru hendaklah mengaitkan pemerhatian yang telah dubuat dengan konsep kebersihan yang akan diajar. Guru boleh menggunakan kaedah soal jawab atau perbincangan. Langkah keempat untuk aktiviti otak kiri, guru hendaklah menerangkan konsep kebersihan terbahagi kepada kebersihan fizikal (badan, pakaian dan barang-barang) dan mental (percakapan, fikiran).

Petak 3 : Pelajar Praktik.

Pelajar-pelajar membuat latihan tentang kebersihan.  Langkah kelima untuk aktiviti otak kiri, guru perlu memberikan lembaran soalan kepada pelajar untuk dijawab. Manakala langkah keenam untuk aktiviti otak kanan pula guru meminta pelajar-pelajar berbincang dalam kumpulan untuk merancang cara-cara untuk membersihkan bilik darjah dan sebagainya.

Petak 4 : Pelajar Dinamik dan Intuitif.

Pelajar-pelajar mencuba projek kebersihan  yang telah dirancang dan berkongsi dapatan bersama pelajar lain. Langkah ketujuh untuk aktiviti otak kiri, guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menganalisa rancangan projek dengan memilih cara yang praktik dan sesuai digunakan. Langkah terakhir untuk aktiviti otak kanan, pelajar-pelajar melaksanakan projek membersihkan bilik darjah kepada kumpulan lain.

Kesimpulannya, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Ada pelajar yang cepat menerima pelajaran dan ada juga yang lambat. Jadi, seseorang guru perlu menghormati dan menghargai perbezaan ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu menitikberatkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar serta pengaruh otak kiri dan kanan pelajar.

Sistem 4Mat adalah sistem pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk dipraktikkan oleh semua guru bagi memenuhi keadaan tersebut. Sistem ini menentukan guru mengajar dengan melibatkan semua jenis gaya pembelajaran pelajar dan menggunakan aktiviti-aktiviti untuk otak kiri dan kanan pelajar. Melalui Sistem 4Mat, Dr. Bernice percaya setiap pelajar akan mendapat pelajaran yang sempurna.

10.0  IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Setelah mempelajari topik perbezaan individu ini, guru seharusnya mengetahui secara mendalam tentang teori ini dan dengan itu, guru akan dapat merancangkan satu sistem pengurusan bilik darjah yang efektif. Untuk menangani masalah perbezaan murid-murid, guru perlu menjalankan kaedah kumpulan atau pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan kesan murid-murid yang berbeza. Selain itu, guru perlu mengumpulkan murid-murid yang mempunyai kebolehan yang sama dalam kumpulan yang sama supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Untuk murid yang sangat lemah pula, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran individu supaya dapat mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi.

Di samping itu, guru boleh mengembangkan urutan arahan yang mengambil kira urutan sebagai sebahagian proses arahan. Ini ialah pendekatan yang pernah digunakan oleh Bernice McCarthy, pemaju sistem 4Mat. Guru juga boleh menggunakan pendekatan menyediakan kumpulan, sama ada antara kelas atau dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti berhubung dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan atau beberapa ciri lain. Contoh pendekatan arahan ialah kumpulan bilik darjah, pembelajaran koperatif dan arahan yang memberikan ciri khusus kepada sesuatu. Akhir sekali, guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku. Ini ialah pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran masteri.









11.0 RUMUSAN


Sebagai rumusannya, setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat murid yang pandai dan lemah dalam pelajaran. Perbezaan individu ini berkait rapat dengan faktor kognitif, fizikal, emosi, budaya dan agama seseorang. Manusia juga mempunyai pelbagai jenis kecerdasan yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa.

Tidak semua murid berjaya dalam pelajaran sahaja dikira sebagai murid yang cerdas. Murid yang mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain seperti muzik, sukan dan lain-lain lagi juga dikira sebagai murid yang cerdas. Kecerdaan ini adalah mengikut jenis kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu.

Selain itu, gaya pembelajaran juga penting dalam mempelajari sesuatu perkara. Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid untuk mengetahui atau mempelajari gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka.

Akhir sekali, sebagai seorang guru, kita hendaklah melayan murid tanpa memilih kasih kerana setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.












REFLEKSI


Dalam menyaipkan tugasan Murid dan Alam Belajar saya telah mempelajari banyak  pengetahuan yang berguna. Antaranya adalah kecerdasan pelbagai dan gaya-gaya pembelajaran. Teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Gardner secara amnya memperkenalkan beberapa jenis kecerdasan iaitu muzikal, kinesthetic tubuh badan, logic matematik, interpersonal, intrapersonal, naturalis, linguistik dan spatial. Setaip individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Seterusnya adalah gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Dunn dan Dun dan Kholb. Setiap individu juga mempunyai kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza.

Dengan tugasan ini juga saya dapat mengetahui bahawa sebagai seorang guru kita hendaklah sensitif dengan kecerdasan pelajar semenjak dari awal lagi. Oleh yang demikian seorang guru yang peka dengan kecerdasan pelajarnya yang berbeza dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar. Guru berupaya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai seperti kumpulan, pemulihan dan pengayaan dapat membantu golongan pendidik bagi mewujudkan suasana  pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira kecerdasan pelbagi dan gaya pembelajaran pelajarnya dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah. Di samping itu, guru juga berupaya mengenalpasti dan mengembangkan kecerdasan dan keupayaan pelajar berdasarkan perbezaan keupayaan, latarbelakang, bakat, minat dan kesediaan belajar.


Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya teruja dengan usaha dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi dari pensyarah penasihat iaitu Puan Haliza Binti Hussin yang telah bertungkus lumus bagi memastikan tugasan yang diberikan kepada saya dan ahli kumpulan dapat disiapkan dengan baik. Selain itu, Puan Haliza juga banyak memberi sumber rujukan bagi melicinkan segala kerja kami. Tidak lupa juga kepada pensyarah lain terutamanya Puan Norani Binti Mansor yang turut membimbing saya dan kumpulan serta memberi tunjuk ajar yang begitu komited sekali.

Harapan saya agar melalui tugasan yang telah diberikan ini saya dapat gunakannya di masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan diri untuk terus berusaha mencapai kejayaan untuk menjadi seorang pelajar dan guru yang berdedikasi dan serba boleh. Saya juga berharap segala hasil usaha kami ini dapat digunakan dan diaplikasikan oleh rakan-rakan lain dalam mengharungi cabaran untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa dengan berkesan.























BIBLIOGRAFI


A.J. Michael. 2006. Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk Pelajar Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru. 2003. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Model 1/3 Unit 1/2 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru.

Bahagian Pendidikan Guru. 2004. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Model 2/3 Unit 1 dan Unit 2 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru.

Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2005. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd.

Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University (OUM).

Lee Shok  Mee. 1994. Asas Pendidikan 2 : Psikologi dalam Blik Darjah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. 1995. Asas Pendidikan 2 : Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran & Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.

http://haqiqie.wordpress.com. Akses pada 13 Ogos 2007.