SIGMUND FREUD (1856-1939)
BIOGRAFI
Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia pada 6 Mei 1856 dalam sebuah keluarga berketurunan Yahudi.. Ayahnya adalah seorang pedagang kapas,yang berfikiran tajam serta humoris.Beliau merupakan anak kepada isteri kedua yang dua puluh tahun lebih muda daripada ayahnya. . Ketika melahirkan beliau, ibunya berusia dua puluh satu tahun. Sebahagian besar dari kehidupannya dihabiskan di Vienna.
Sigmund Freud semasa mudanya telah menunjukkan kepintaran dan kegigihan yang tinggi. Beliau sentiasa mempercayai sepenuhnya bahawa kejayaan akhirnya akan tiba jika melakukan sesuatu kerja dengan rajhin. Ini dapat dilihat apabila beliau memasuki sekolah tinggi pada usia lapan tahun iaitu lebih awal daripada pelajar-pelajar yang lain.
Seorang yang meminati membaca buku atau ulat buku. Ketika usianya lapan tahun telah membaca hasil karya Willian Shakespeare. Sebagai seorang pelajar yang rajin dan sentiasa mempamerkan kecerdasan yang tinggi, beliau merupakan anak kebanggaan ibu bapanya. Oleh itu ibu bapanya telah member tumpuan khas kepadanya dengan menyediakan beberapa kemudahan seperti bilik khas, lampu minyak dan memastikan suasana yang sunyi agar tidak mengganggu pelajarannya.
Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sentiasa berada di tempat teratas Mendapat pendidikan formal sehinggalah ijazah perubatan daripada Universiti Vienna. Pada awalnya beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan banyak penyelidikan dalam bidang neurologi. Di Universiti Vienna ini Freud berguru dengan profesor fisiologi terkenal iaitu Ernst Bricke. Pengalaman dan minat yang mendalam dalam bidang berkenaan mendorong beliau membuka klinik persendirian yang member rawatan khusus kepada penyakit yang berkaitan dengan saraf sahaja.
Sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi telang mendorong Freud meninggalkan dunia akademik di universitI untuk menjadi seorang pengamal perubatan pada tahun 1886. Pada tahun yang sama beliau mendirikan rumah gtangga dengan Martha Bernays. Keluarga ini telah dikurniakan empat cahaya mata, dan salah seorang daripadanya diberi nama Anna Freud, merupakan salah seorang tokoh psikologi yang terkenal.
Sebagai seorang pengamal perubatan, beliau telah memperoleh berbagai-bagai pengalaman menarik. Beradasarkan kepada pengalaman-pengalaman ini beliau telah melihat adanya hubungan antara pesakit tertekan menderita akibat gangguan fungsional-somatis dan latar belakang psikologi. Minat yang mendalam ini juga telah menyebabkan Freud berhijrah ke Paris dan berguru selama setahun dengan Piere Janet dan Jean Charcot. Beliau telah mempelajari prosedur-prosedur dan teknik-teknik untuki menyembuhkan pesakit hysteria dengan menggunakan teknik hinopsis. Setelah kembali ke Vienna, beliau mempraktikkan teknik hinopsis sambil bekerja dengan Joseph Breuer.
Walaupun Freud terpaksa menjalani 33 kali pembedahan akibat barah rahang, beliau secara berterusan menjalankan kajian tentang aspek dalaman manusia. Hasil kesungguhan maka terhasillah teori personaliti yang sihingga kini masih “panas” diperbincangkan. Teori yang dikemukakan beliau dikelompokkan sebagai personaliti psikodinamik.
Sebagai seorang pemikir dan seorang yang berdaya cipta, Sigmund Freud mengemukakan beberapa penemuan teori dalam arena psikologi. Teori-teori penemuan seperti teori psikoanalitik, teori personaliti dan teori psikoseksual telah member sumbangan kepada bidang psikologi dan juga telah mempengaruhi corak pendekatan perkembangan. Misalnya pendekatan psikoanalisis telah mengembangkan teknik-teknik baru seperti perkaitan bebas, penafsiran mimpi dan penggunaan projektif dalam penilaian personaliti.
Tidak dapat dinafikan beliau merupakan seorang printis bidang psikologhi yang paling agung di dunia. Teori Psikoanalitik nya telah diterima di Amerika Syarikat dan telah melonjakkannya ke kemuncak kejayaan. Pendekatan-pendekatan teori psikoanalitiknya menegaskan bahawa semua tingkahlaku boleh difahami melalui pertukaran dan perubahan tenaga yang bermatlamatkan kepada penstabilan dan pengurangan ketegangan.
Sebagai seorang yang tiding mengenal istilah putus asa, Freud sentiasa memajukan pendekatan dan penemuannya. Ini terbukti apabila beliau mengemukakan berbagai-bagai teknik yang barru secara berterusan untuk mendekati manusia. Misalnya teknik perkaitan bebas iaitu satu cara menerokai perkara-perkara tidak sedar seperti idea-idea, ingatan perasaan secara spontan tanpa paksaan dari luar. Melalui teknik ini Freud mendapati seorang klien dapat melahirkan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran, sama ada tidak masuk akal, tidak logik, memalikan, menyedihkan dan mengarut.
Sigmud Freud merupakan seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan mengharhgai masa. Beliau sanggup bekerja keras dan bersungguh melakukan berbagai-bagai kajian walaupun di usia tua dan kesihatan tidak mengizinkan. Di akhir hayat Freud, ketika berumur 83 tahun, dia masih gigih membuat nalaisis kendiri dan menulis walaupun banyak mengalami pembedahan kanser rahang.
PENULISAN
Beliau menulis beberapa buah karya penting yang masih dikaji sehingga kini. Antaranya ialah :
1. The Intrepretation Of Dreams.
2. The Psychopathology Of Everyday Life
3. Beyond The Pleasure Principle
4. The Ego And The ID
5. Civilization And Its Discontents.
KONSEP TENTANG MANUSIA
Freud (1940) telah melahirkan satu pendapat yang begitu kontraversi dengan mengatakan bahawa manusia dilahirkan dengan mempunyai dorongan dan naluri yang bersifat jahat. Tingkah laku manusia banyak ditentukan oleh naluri ini yang menyebabkan manusia bertindak secara tidak rasional dan tidak logik. Dorongan dan naluri ini tersimpan dalam dianggap sebagai satu sistem tenaga dalaman manusia. Tenaga ini tidak bertambah dan berkurang, dan ia menjadi rebutan tiga sistem personaliti manusia iaitu id, ego dan super ego. Sistem yang mempunyai banyak tenaga di antara ketiga-tiga sistem personaliti akan berkuasa mengawal tingkah laku kehidupan manusia.
NALURI
Freud telah mengkategorikan naluri yang kepada dua iaitu :
1. Naluri hidup (libido atau eros)
Ia merupakaan naluri yang sentiasa berusaha untuk melanjutkan kehidupan manusia. Ia bukanlah naluri yang berasaskan semata-mata kepada tenaga seks, tetapi meliputi usaha-usaha kea rah mengembang, membina dan mendorong manusia ke arah kreativiti. Naluri ini menjadi sumber atau tenaga penggerak (motivasi) yang mendorong manusia kea rah mencari keseronokan dan mengelakkan kesakitan.
2. Naluri mati (Thanatos)
Naluri ini dijelmakan dalam bentuk dorongan-dorongan agresif. Dorongan ini yang menyebabkan ada kalanya cuba menyakiti dirinya sendiri atau membunuh diri, dan menyakiti orang lain.
STRUKTUR PERSONALITI
Perkembangan personaliti individu mengandungi tiga sistem iaitu id, ego dan superego. Bagaimanapun ketiga-tiga sistem ini memainkan peranan dan berfungsi secara keseluruhan. Peronaliti manusia terhasil daripada tindakbalas di antara id, ego dan superego.
1. Id
Id merupakan sistem asal personaliti individu yang diwarisi sejak lahir dan menjadi punca kuasa utama tetapi mengandungi kekurangan organisasi. Ia berfungsi di dalam pada personaliti yang asal pada diri seseorang. Id tidak tahan tekanan, tetapi mengandungi naluri yang dipenuhi oleh prinsip keseronokan, dan ia selalu dikawal oleh prinsisp keseronokan tersebut. Lantaran itu id tidak mengikuti logik, sebaliknya sentiasa terdorong untuk memenuhi setiap keperluan naluri yang mempunyai prinsip yang sama dengan keseronokan. Dalam memenuhi keperluan ini menyebabkan id tidak dapat berfikir, dan pada kelazimannya berharap dan bertindak dalam keadaan tanpa sedar untuk mengelakkan sebarang kesakitan, ketegangan dan bencana, sebaliknya sentiasa mencari jalan untuk memenuhi kepuasan berbentuk keseronokan.
2. Ego
Ego merupakan unsur kebenaran kerana dianggap sebagai unsur yang paling rasional dalam personaliti manusia. Ia bertugas mengawal personaliti manusia. Ia sentiasa berinteraksi dengan dunia nyata. Ego pada kebiasaannya mengarah id dan superego serta persekitaran. Tugas utama ego adalah menjadi pengantara antara naluri dan persekitaran. Ego juga berupaya untuk menguasai segala yang sedar dan boleh memilih sesauatu yang reality dan pemikiran perancang yang baik. Ego menolak mana-mana yang diaggap tidak reality atau tidak diperlukan, seterusnya mampu membuat kerja yang realistic dan memikirkan secara logik, dan seterusnya membuat rangsangan untuk melakukan tindakan supaya dapat memenuhi keinginan. Dipercayai pada egolah pusat kepada kecerdikan dan kecerdasan individu, lantaran ego menjadu perumus dalam seuatu proses intelektualisme. Sekiranya tahap ego lemah, maka permintaan naluri id akan disorong bagi mengganti tempatnya dan memenuhi permintaan kepuasan dan keseronokan.
3. Superego
Superego ialah bahgian yang agak penting dalam personaliti seseorang. Ia lahir dan terbentuk oleh kemahuan masyarakat dan budaya. Justeru, peranan superego ialah menjadi hakim dan pemasti dalam personaliti individu. Ia menjadi kod moral seseorang untuk membezakan yang baik, daripada yang tidak baik dan di antara yang benar dengan yang salah. SSuoerego mewakili hati kecil atau nurani dan ia berlaku atas prinsip realisme moral. Berdasarkan pengamatan seseorang terhadap morality dan nilai sesebuah masyarakat, superego sering menemukan perkara yang unggul dan sempurna pada personaliti individu berkenaan. Suoerego bertanggungjawab mengadakan ganjaran seperti rasa kebanggaan kendiri, ingin disanjung, dihormat dan berkasih saying. Selain itu superego juga terpaksa menerima hukuman sekiranya gagal berperanan, seperti menerima perasaan bersalah, rendah diri, malu dan kesal pada diri sendiri.
ALAM TIDAK SEDAR, PRASEDAR DAN SEDAR
Freud menegaskan perkembangan manusia dipengaruhi oleh perkembangan masa lampau terutama ketika berusia 6 tahun yang pertama. Semasa perkembangan ini berlaku, perlakuan manusia dibentuk daripada tiga bentuk pemikiran iaitu sedar,prasedar dan tidak sedar. Pemikiran manusia diumpamakan seperti air batu, dimana bahagian sedar adalah sebahagian kecil sahaja dalam hidup ini manakala bahagian prasedar dan tidak sedar adalah sebahagian yang besar dalam hidup.
PEMIKIRAN SEDAR, PRASEDAR, TIDAK SEDAR, EGO, SUPEREGO DAN ID
Personaliti manusia merupakan integrasi antara id, ego dan superego. Id ialah dorongan semulajadi atau lebih dikenali sebagai naluri. Ego merupakan struktur dalaman yang terbentuk daripada pengalaman dan realiti, manakala superego merupakan nilai dan norma masyarakat.
PERINGKAT PERKEMBANGAN
Perkembangan dalam diri seseorang terbahagi kepada lima peringkat. Setiap peringkat berlaku secara urutan dan setiap perkembangan yang berlaku dalam dalam setiap perinkat tersebut akan member kesan yang besar kepada pembentukan personaliti seseorang itu.
1. Peringkat Oral (0-18 bulan)
Peringkat ini bermula sejak lahir sehingga bayi mencapai umur 18 bulan.peringkat ini mulut dan bibir merupakan zon erotic yang aktif. Bayi banyak menumpukan perhatian kepada aktiviti menyusu kepada ibunya dan aktiviti ini merupakan punca keseronokan atau kepuasan seks yang utama. Tindakan menyusu ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu oral incorporative dan oral aggressive
Oral incorporative aadalah tahap awal penyusuan bayi bermula sejak lahir hingga bayi mula tumbuh gigi susunya. Ada bayi yang mencapai kepuasan dan ada yang tidak mencapai kepuasan daripada tindakan ini. Bayi yang tidak mencapai kepuasan daripada tindakan ini dikatakan mengalami lekatan (fixation) dalam proses perkembangan. Menurut teori Freud, orang dewasa yang suka makan, minum, mengunyah, bercakap, hisap rokok adalah mereka yang mengalami lekatan pada peringkat ini.
Tahap oral aggressive bermula apabila gigi mula tumbuh. Ia bermula apabila kanak-kanak sering menggigit tetek ibunya. Sekiranya seseorang itu terlekat pada peringkat ini, maka apabila dewasa mereka akan memperlihatkan sifat-sifat seperti berleter, sindiran, mengumpat atau melahirkan pandangan-pandangan yang menyakitkaan hati orang lain.
Pada peringkat oral ini, bayi perlu dipenihi keperluan fisiologinya dengan penuh kasih saying. Bayi yang tidak merasa kepuasan mulut dan bibir akan menyebabkan berlaku kesan negative apabila dewasa nanti.
2. Peringkat Anal (18 bulan hingga 3 tahun)
Peringkat ini bermula pada akhir tahun ke dua hinggalah ke tahun ketiga umur seseorang bayi itu. Pada peringkat ini, dubur merupakan zon erotic yang paling aktif. Kanak-kanak aktif berlatih cara-cara membuang air, secara langsung ataupun tidak langsung. Pada masa ini kanak-kanak terpaksa berhadapan dengan desakan ibu bapa atau persekitaran dan kehendak sendiri. Andaikata ibu bapa terlalu mengawal atau mendesak maka berbagai-bagai perasaan negatif akan timbul.
Freud berpendapat kanakkanak memperoleh satu kepuasan, jika sekiranya dia dapat membuang air dan menahan najis, dengan cara yang ada padanya atau mengikut kehendaknya dan pada masa yang sama dia terpaksa berhadapan dengan kehendak atau desakan ibu bapa. Melaui cara ini, kanak-kanak belajar menguasai rasa bebas, kuasa, autonomi, dan sebagainya. Sebaliknya perasaan negatif akan timbulsekiranya kanak-kanak merasa dirinya terlalu dikawal dengan kehendak atau desakan ibu bapa, di sini ibu bapa seharusnya pandai memain peranan untuk mewujudkan persetujuan, tidak terlalu bebas dan tidak terlalu mendesak. Antara kehendak kanak-kanak dan desakan ibu dalam keadaan seperti ini akan wujud dua suasana boleh berlaku iaitu anal aggressive dan anal retentive.
Anal agresif berlaku apabila anak bertindak agresif terhadap kawalan terlalu ketat dan peraturan yang regid yang dikenakan oleh ibu bapa dalam usaha untuk melatih anaknya membuang air. Anak mematuhi arahan dan dia menabur najisnya di mana sahaja di mana sahaja yang ia suka. Tindakan ini boleh melahirkan anak yang bersifat ganas, zalim, pemarah, tidak berdisplin dan sebagainya apabila dewasa kelak.
Manakala anal retentive pula berlaku apabila anak tersalah anggap terhadap perharitan yang berlebihan sewaktu anak hendak membuang air.Dengan demikian keadaan ini melahirkan anak yang mematuhi arahan ibu bapa dan dia tidak diberi peluang melakukan sesuatu mengikut pandangan sendiri. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat kedekut, degil , terlalu mementingkan peraturan, tidak mengindahkan masalah orang lain, hilang budi bicara dan sebagainya apabila dewasa kelak. Justeru kanak-kanak pada peringkat ini diberi peluang supaya mereka dapat berdikari, berautonomi dan tahu menguasai diri sendiri.
3. Peringkat Falik (3 tahun hingga 5 tahun)
Peringkat falik merupakan peringkat yang paling kriytikal dalam pembentukan sahsia seseorang. Pada peringkat ini kanak-kanak mula merasakan alat jantina merupakan punca keseronokan dan tumpuan terhadapnya boleh menyebabkan konflik jiwa. Kanak-kanak lelaki dikatakan mempunyai perasaan berahi terhadap ibunya, manakala kanak-kanak peremuan mempunyai perasaan berahi terhadap bapanya. Perasaan berahi yang wujud dalam diri kanak-kanak dijelaskan dalam bentuk kompleks oedipus dan kompleks elektra.
Kompleks Oedipus berlaku kepada kanak-kanak lelaki, tanpa disedarinya dia tertarik kepada ibunya. Tetapi secara tidak disedari juga dia mendapati bapanya menjadi penghalang kepada kehendaknya. Oleh itu, untuk menarik perharian ibunya, secara tidak disedari untuk menarik perhatian ibunya, dia meniru perlakuan bapanya. Hasil peniruannya dia berkelakuan seperti lelaki.
Manakala kompleks Elektra pula berlaku pada kanak-kanak perempuan. Secara tidak disedarinya, dia tertarik pada bapanya dan mendapati ibunya menjadi penghalang. Untuk menarik perhatian bapanya, secara tidak disedari dia meniru perlakuan ibunya. Hasil dari peniruan, dia berkelakuan seperti seorang wanita seperti ibunya.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya tahu peranan mereka ketika kanak-kanak di peringkat falik ini. Ibu bapa harus mendampingi anak-anak ini dan sekiranya ibu bapa tidak berjaya melayan keperluan ini, maka akan lahirlah anak yang bersifat rigid, mempunyai konsep kendiri yang rendah, perasaan rasa bersalah dan sebagainya apabila dewasa kelak.
4. Peringkat Litensi ( 5 tahun hingga 11 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mempunyai kecenderungan untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di luar rumah. Dunia mereka bukan terbatas di dalam rumah sahaja seperti mana yang berlaku di peringkat sebelum ini.
Peruahan kehendak seksual pula dipendamkan disebabkan interaksi sosial di luar rumah. Kanak-kanak lelaki akan berkawan dengan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan berkawan dengan kanak-kanak perempuan. Secara tidak disedari, keadaan ini menguatkan sifat kelakian bagi lelaki dan sifat kewanitaan bagi kanak-kanak perempuan.
Konflik yang dialami pada peringkat oral, anal dan falik akan menjadi tenang kerana kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang lebih beraneka rupa. Pengalam baru telah menggantikan pengalaman konflik dalam peringkat-peringkat sebelum ini. Menurut Freud, peringkat ini merupakaj peringkat yang paling tenang.
Ketika ini, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Ibu bapa hanya perlu memerhati aktiviti dalam pergaulan dan seharusnya tidak merasa risau mengapa anak mementingkan kawan. Kanak-kanak yang gagal merasai kepuasan berkawan akan menyebabkan berlaku kesan negatif apabila dewasa kelak iaitu seperti sukar bergaul, menarik diri, terasing dan berasa terkongkong.
5. Peringkat Genital ( 2 tahun hingga 18 tahun)
Apabila kanak-kanak mencapai umur 12 tahun, mereka telah memasuki alam dewasa dan kebanyakannnya telah mencapai akil baligh, sama ada lelaki ataupun perempuan. Pada ketika ini akan muncul semula segala khayalan dan yang pernah wujud di peringkat falik dahulu. Alat jantina mucul semula dan menjadi punca keseronokkan utama. Di perinhkat ini juga timbul keinginan dan dorongan untuk mempraktik keberahian dengan rakan-rakan berlainan jantina.
Dari segi pergaulan, remaja akan mencari teman yang berlainan jantina.Mereka mahu lebih bebas daripada ikatan ibu bapa. Mereka tidak suka di layan seperti kanak-kanak mahupun seperti orang dewasa. Pada masa inilah permulaan era kasih saying dan era suka bekerja, kerana melalui era kasih saying dan bekerja mereka mendapat kepuasan. Oleh itu ibu bapa harus memahami perkembangan ini supaya proses psikoseksual tidak terlekat atau terencat. Lekatan ini akan menimbulkan kesan negatif apabila mencapai peringkat umur dewasa kelak.
KESIMPULAN
Sungguhpun teori dan pendapat yang dikemukakan Freud telah mendapat berbagai-bagai kritikan, namun tidak dinafikan ia adalah pendekatan lebih baru pada zamannya yang menjelaskan mengenai perkembangan manusia. Walaupun teori dan pandangan yang dikemukakan kelihatan terlalu abstrak dan sukar diterapkan dalam dunia nyata, namun perlu dihargai sumbangan Ferud ini dari aspek:
• Kefahaman yang diberikan tentang dinamika-dinamika yang sering berinteraksi dalam jiwa manusia sehingga membawa kepada kerisauan.
• Kaedah-kaedah yang dianjurkan membantu dalam memahami penahanan, dan pentingnya perhubungan antara kaunselor dengan kaunseling, nilai-nilai pemindahan, serta helah bela diri.
• Peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya serta juga kepuasan-kepuasan dan watak-watak yang akan terhasil lantaran terlekatnya perkembangan di sesuatu peringkat tertentu.
• Sifat semula jadi manusia yang sering didorong oleh naluri ke arak kepuasan nafsu semata-mata.
Melaui kefaham yang diterangkan oleh Freud, banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh dunia psikoterapi. Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga bahawa bukan semua pendapatnya itu boleh diterima da akan diterima. Oleh itulah maka timbulnya berbagai-bagai teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh lain seperti Erikson. Allport, Skinner dan sebagainya yang cuba meminda dan membaharui serta memperbaiki sesetengah konsep yang dikemukakannya.