1.0
PENDAHULUAN
Psikologi
adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia. Pendidikan pula bertujuan untuk memperkembang
mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan
masyarakat. Justeru, psikologi
pendidikan merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang
dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta
menambahkan keberkesanan pengajaran guru.
Untuk
mencapai tujuan tersebut, mata pelajaran ini meninjaukan suasana, faktor dan
keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru pula didedahkan dengan pelbagai
kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan
kajian yang lain. Maka psikologi
pendidikan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari
segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta
pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas.
Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat
menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu didedahkan kepada konsep psikologi
perkembangan, psikologi pembelajaran, pembentukan personaliti dan psikologi
sosial.
Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai mazhab
teori pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap,
pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran
dan pengajaran. Bidang ini juga
menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran, penanggapan,
penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi kecerdasan,
sikap dan minat.
Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang
individu. Dengan pengalaman ini,
perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Oleh itu, psikologi pembelajaran merupakan
kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan
tingkah laku seseorang individu.
Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi seseorang yang biasa, pembelajaran hanya
bermakna memperoleh kemahiran membaca, mengeja atau mengira. Sebenarnya, pembelajaran adalah lebih
daripada ini. Kanak-kanak akan
mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan
perwatakan. Selain daripada itu, mereka
belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan.
Ahli psikologi pembelajaran akan mengkaji aspek-aspek
yang berkaitan dengan pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran,
prinsip-prinsip pembelajaran, proses pembelajaran. Jenis-jenis pembelajaran dan
teori-teori pembelajaran seperti teori behaviouris, pelaziman operan, teori
kognitif, teori sosial dan teori pembelajaran humanis. Kajian ini dapat membantu guru merancang proses
pembelajaran pengajaran secara fleksibel dan wajar untuk setiap situasi yang
tertentu. Sebagai kesimpulan, adalah
jelas sekali bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran akan meningkat dengan
adanya kajian pskologi pembelajaran.
2.0 DEFINISI
PERBEZAAN INDIVIDU
Konsep perbezaan individu adalah konsep yang merujuk
kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan.
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulan sama ada dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah
laku sosial, bakat dan lain-lain aspek.
2.1 Jenis- jenis Perbezaan Individu dari Aspek Fizikal,
Kognitif,
Sosial, Emosi dan Rohani
Perbezaan yang pertama adalah
perbezaan kognitif. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Oleh itu,
mereka memproses rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan
cara-cara yang berlainan. Sebagai contoh, perempuan biasanya memiliki
pencapaian akademik yang lebih tinggi dari lelaki kerana mereka lebih rajin.
Satu lagi perbezaan yang dapat dilihat ialah perbezaan budaya. Sistem
kepercayaan dan budaya murid-murid juga berlainan. Setiap budaya mempunyai
norma-norma dan kepercayaan tersendiri. Sebagai contoh, orang India tidak makan
daging lembu dan orang Melayu ( Islam ) tidak memakan daging khinzir dan
lain-lain yang diharamkan.
Perbezaan fizikal pula merupakan satu
perbezaan yang ketara. Murid-murid berbeza dari aspek kekuatan fizikal. Secara
umumnya, fizikal dan tingkah laku lelaki lebih kasar dan agresif berbanding
perempuan. Murid-murid lelaki juga dapat menjalankan aktivirti lasak seperti
mendaki gunung, abselling, atau mengayuh kayak dengan lebih baik berbading
murid-murid perempuan. Satu lagi perbezaan pada diri murid-murid ialah
perbezaan emosi. Semua murid mempunyai tahap emosi yang berlainan kerana mereka
berasal daripada keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan
kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Sebagai contohnya, murid-murid dapat
menunujukkan emosi yang berlainan apabila melibatkan diri dalam drama atau
lakonan.
Selain itu, murid-murid juga terdedah kepada perbezaan
rohani. Setiap orang
mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak-anak akan biasa mengikuti agama
ibu bapa mereka. Sebagai contoh, murid-murid daripada bangsa yang berlainan
akan pergi ke tempat-tempat ibadat yang berlainan dan memepunyai
kepercayaan-kepercayaan yang berlainan.
3.0 DEFINISI
KECERDASAN
Penyelidikan Binet telah
mengembangkan penyelidikan tentang ‘sains kecerdasan’, dan dalam masa yang sama
ia juga merupakan permulaan idea bahawa kecerdasan adalah sesuatu ‘benda’, yang
mana ‘golongan bijak’ ini dijangka dapat melaksanakan situasi pembelajaran yang
luas dengan baik. Sejak dari teori Binet itu, perdebatan tentang isu ini
semakin mendapat perhatian. Pada 1927, Charles Spearman mendakwa terdapat
variasi dalam kemampuan seseorang daripada satu tugas ke tugas yang lain, di
situ terdapat faktor kecerdasan general, yang wujud di sepanjang situasi
pembelajaran. Adakah benar tedapat hanya satu kecerdasan, seperti yang Spearman
nyatakan, atau ada pelbagai lagi jenis kecerdasan?
Buktinya ialah
kemampuan-kemampuan ini saling berkaitan antara satu sama lain.
Individu-individu yang bagus dalam sesuatu perkara , biasanya akan juga bagus
dalam perkara yang lain.. Perkaitan ini cukup untuk mengatakan yang bukanlah
terdapat beribu jenis kecerdasan, tetapi ia juga tidaklah patut untuk
mengatakan hanya terdapat satu jenis kecerdasan sahaja. (Lohman, 1989). Dalam
beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan perdebatan tentang kecerdasan membincangkan
beraba banyak jenis kecerdasan dan penjelasan kepada setiap satu daripadanya.
Sebagai contoh, Stenberg (1986, 1990) menerangkan bahawa terdapat tiga jenis
kemampuan intelektual iaitu kecerdasan, kebijaksanaan dan kreativiti. Guilford
(1998) mencadangkan 180 jenis kecerdasan enam daripadanya adalah
operasi-operasi mental (berfikir,mengingati, kreativiti dll.). didarabkan
dengan lima jenis kandungannya (visual, auditori, dan verbal), didarabkan enam
jenis produknya (hubungan dan implikasi). Gardner
dan Hatch (1989) juga menerangkan tentang kepelbagaian kecerdasan yang boleh
kita lihat selepas ini.
Kepada golongan pendidik, bilangan jenis kecerdasan
tidaklah begitu penting, tetapi apa yang lebih penting ialah idea bahawa baik
atau buruknya perlakuan dalam sesuatu perkara tiada menjanjikan perlakuan yang
sama dalam perkara yang lain. Guru-guru hendaklah mengelakkan daripada membuat
tanggapan bahawa seseorang murid itu ‘sebijak’ atau pun ‘tidak sebijak’ murid
lain kerana terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kecerdasan itu.
Malangnya, kebanyakan sekolah masih lagi beranggapan tradisional dengan hanya
mengandaikan kecerdasan dipandang dari segi apa yang dipanggil Gardner sebagai linguistik
dan logik- matematik ( hanya dua daripada lapan jenis kecerdasan yang
dikemukakannya ). Kesimpulannya, jika sekolah mahukan murid-murid menjadi bijak
dan cerdas, mereka perlu memperluas dan mempelbagaikan aktiviti daripada apa
yang mereka lakukan pada masa sebelumnya.
Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Piaget (
1950 ) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul
dalam usahanya menyesuaikan diri dengan eprsekitaran. Kalat ( 1999 )
berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran
praktis. Weschler ( 1975 ) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan
seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang
dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup. Dengan itu, dapatlah
disimpulkan bahawa kecerdasan ialah keupayaan untuk memperoleh dan menggunakan
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan dengan persekitaran.
4.0 TEORI
KECERDASAN STERNBERG
Mengikut teori ini, kecerdasan
adalah produk pengamalan strategi berfikir, pengadaptasian konteks dan
penyelesaian masalah. Ia boleh dikategorikan kepada tiga hierarki utama. Tiga
hierarki tersebut ialah Kecerdasan Berkomponen yang memerlukan pengetahuan,
berfikir dan merancang serta melaksanakan strategi. Secara mudahnya ia
bermaksud murid memerlukan ilmu tentang cara-cara mengatasi sesuatu masalah.
Kecerdasan Kontekstual pula ialah pengadaptasian konteks iaitu mengadaptasi dan
mengaplikasikan ilmu tersebut dalam situasi sebenar. Kecerdasan Berasaskan
Pengalaman pula ialah menggunakan pengalaman, pandangan dan kreativiti yang
telah didapati awal dahulu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang baru.
5.0 TEORI
KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Gardner
( 1983 ) mempercayai bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk
menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya
seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau oreograf tarian ). Beliau menentang
pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian
seperti ujian IQ. Gardner berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk
menyelesaikan masalah, tetapi terdapat pelbagai cara iaitu individu menggunakan
beberapa set proses proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau
menghasilkan produk.
5.1
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai Gardner
Gardner telah mengenal pasti 8
jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah
atau menghasilkan produk. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelbagai Kecerdasan
Gardner. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logik-matematik,
verbal-linguistik, muzikal, visual-ruang-spatial, kinestatik-badan,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Jenis-jenis kecerdasan Gardner
dijelaskan seperti berikut :
i. Kecerdasan Logik – Matematik
Orang yang mempunyai kecerdasan
logik-matematik mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mereka juga
berkeupayaan menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif dan dapat
mengenal pasti serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya.
Orang yang mempunyai aras kecerdasan ini akan menganalisis komponen-komponen
masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik. Contoh
tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie dan
Barbara Maclntoch. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan
pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logik-matematik yang
tinggi.
Pelajar yang berkecerdasan
logik-matematik mempunyai beberapa ciri seperti :
a. Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat.
b. Suka menggunakan komputer.
c. Suka
bermain catur, checker dan lain-lain permainan yang memerlukan strategi.
d. Memberi
sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logic.
e. Melakukan eksperimen apabila berhadapan dengan
perkara-perkara yang tidak difahami.
ii. Kecerdasan Verbal – Linguistik
Kecerdasan ini merangkumi
pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau bahasa asing.
Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa,
tetapi juga perbezaan, susunan dan rima perkataan. Orang-orang yang mempunyai
kebolehan berpuisi, bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk
bahasa isyarat juga mempunyai kecerdasan ini. Contoh
tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert
Conrad dan Pearl
S. Buck. Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli
politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.
Pelajar yang berkecerdasan
verbal-linguistik mempunyai ciri-ciri seperti :
a. Suka
menulis.
b. Suka
bercerita.
c. Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat.
d. Mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh
atau lirik.
e. Suka
membaca buku jika ada masa terluang.
f.
Suka
pada permainan bahasa seperti teka silang kata.
iii. Kecerdasan Muzikal
Kecerdasan
muzikal melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas
kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di samping komposer dan pemuzik,
orang-orang yang suka mendengar kicauan burug dan menghargai irama juga
termasuk dalam golongan yang mempunyai kecerdasan muzik. Contoh tokoh yag
mempunyai kecerdasan ini ialah P. Ramlee, Yehudi Menuhin, Mozart dan Elvis
Presley. Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan
komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.
Pelajar yang
berkecerdasan muzikal mempunyai beberapa ciri seperti :
a. Boleh
bermain alat muzik
b. Mudah
mengingati melodi lagu.
c. Boleh
mengenal pasti bila note muzik “off key”.
d. Memerlukan
muzik apabila belajar.
e. Mempunyai koleksi kaset atau CD lagu-lagu.
f.
Suka
menyanyikan lagu kepada diri sendiri.
iv. Kecerdasan Visual – Ruang – Spatial
Mereka
yang mempunyai kecerdasan ini termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan untuk
menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan
ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan.
Pelajar yang terus melihat graf, carta dan gambar apabila membaca buku teks,
membuat peta minda dan memenuhi ruang kosong pada kertas dengan corak-corak
adalah tergolong dalam kumulan ini. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga
boleh menawan atau meneroka lautan luas, angkasa dan mendaki gunung. Contoh
tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Vasco Da Gama, Azhar Mansor, Yuri
Gagarin, Neil Armstrong dan Leonardo da Vinci. Pelukis, pelayar, jurutera,
pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang-spatial
yang tinggi.
Pelajar yang
berkecerdasan visual-ruang-spatial mempunyai beberapa ciri seperti :
a. Suka
“day dream” .
b. Suka permainan “puzzle” / teka-kata / sambung
kiub / lego.
c. Menyukai
carta, rajah dan menonton filem.
d. Mudah
mentafsir dan memahami peta, carta atau gambarajah.
e. Suka
melukis.
f.
Meluangkan
masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi, menari atau bernasyid.
g. Melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila
berfikir sesuatu.
v. Kecerdasan Kinestatik – Badan
Kecerdasan ini
melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta
menyatakan idea dan perasaan. Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan
orang yang menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah orang-orang yang
memiliki kecerdaan ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Babe
Ruth, Tiger Woods, Nurul Huda Abdullah dan Faiznur Miskin. Pelakon,
pereka atau pencipta, penari, mekanik, atlet dan pelumba kereta mempunyai
kecerdasan kinestetik.
Pelajar yang
berkecerdasan kinestatik-badan mempunyai ciri-ciri seperti :
a. Menyukai
aktiviti sukan.
b. Tidak boleh duduk diam di atas kerusi.
c. Menyukai
aktiviti yang mencabar.
d. Menyentuh
orang apabila bercakap.
e. Boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan,
pertukangan kayu atau menjahit.
f.
Bijak
meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain.
g. Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang,
menunggang motosikal atau berkasut roda.
vi. Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan interpersonal ialah
keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong
orang lain untuk bekerja. Orang yang memiliki kecerdasan ini, sekiranya dia
adalah pemimpin, dia akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan
pekerjanya. Guru, ibu bapa, ahli politik, pakar jiwa, jurujual amat bergantung kepada
kecerdasan ini dalam menjalankan tugas mereka. Contoh tokoh yang mempunyai
kecerdasan ini ialah Anne Sullivan iaitu guru kepada Helen Keller yang buta,
pekak dan bisu. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi
termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor,
doktor, jururawat dan pekerja sosial.
Pelajar yang berkecerdasan interpersonal
mempunyai beberapa ciri seperti :
a. Mempunyai
ramai kawan.
b. Boleh berempati dan memahami perasaan orang lain.
c. Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan.
d. Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas waktu
sekolah.
e. Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam
masyarakat.
vii. Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan
intrapersonal dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri
sendiri yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar
dinilai. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang
tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam
yang kuat dan boleh berdikari. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah
Sigmund Freud dan Ebbinghaus. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang
tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.
Pelajar yang
berkecerdasan intrapersonal mempunyai beberapa ciri seperti :
a. Mempamerkan
kebolehan untuk berdikari.
b. Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu
tajuk yang kontroversi.
c. Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi.
d. Mahu
menjalani hidup dalam suasana “privacy”.
e. Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau
projek.
viii. Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan
ini dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal
dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka gemar meneroka hutan
atau memelihara binatang-binatang. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini
cenderung untuk bekerja sebagai pengawal hutan atau di jabatan perhutanan,
pekerja zoo, doktor haiwan dan para saintis yang mengkaji haiwan dan tumbuhan.
Pelajar
yang berkecerdasan naturalis mempunyai beberapa ciri seperti :
a. Suka mengumpul spesis rama-rama yang dikeringkan atau
koleksi kulit siput.
b. Boleh mengenal pasti nama tumbuhan dan haiwan dengan
cepat.
c. Suka
memelihara kucing, burung, arnab dan lain-lain.
d. Suka
menanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan bahan daripada alam
semula jadi seperti buluh dan rotan.
5.2 Implikasi Kecerdasan Pelbagai Gardner Terhadap
Proses Pengajaran dan
Pembelajaran.
Cara-cara
seorang guru mengaplikasikan pelbagai kecerdasan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dari segi kecerdasan logik-matematik, guru boleh bermain permainan
logik dengan murid-murid dan sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh
merangsangkan murid-murid untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor.
Guru juga boleh membawa murid-murid ke lawatan lapangan terbang, makmal
komputer, muzium.
Dari
segi kecerdasan verbal-linguistik pula, guru boleh membaca kepada murid dan
biarkan mereka membaca kepada guru. Guru juga boleh membincangkan pengarang
buku bersama murid-murid, membuatkan murid-murid menyimpan jurnal
peristiwa-peristiwa penting serta membuatkan murid-murid merumus dan bercerita
semula apa yang telah dibaca. Bagi
kecerdasan muzikal, guru boleh membekalkan murid-murid sebuah perakam kaset atau
pemain rekod yang boleh digunakan mereka, memberi mereka peluang untuk bermain
dengan alat-alat muzik, membawa mereka ke konsert atau menggalakkan mereka
untuk mencipta lagu sendiri.
Di
samping itu, guru perlu mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh
murid-murid, membuatkan murid-murid menyelesaikan teka silang kata dan mencipta
carta atau membawa murid-murid ke muzium seni sambil berjalan bersama mereka.
Apabila kembali nanti, guru boleh bertanya kepada mereka untuk menggambarkan di
mana mereka telah pergi dan kemudian melukiskan sebuah peta pengalaman mereka. Ini
adalah untuk murid-murid yang berkecerdasan visual-ruang-spatial.
Bagi kecerdasan
kinestatik-badan pula, guru boleh membekalkan murid-murid peluang untuk
aktiviti fizikal dan menggalakkan mereka untuk menyertainya serta menyediakan
tempat murid-murid boleh bermain di dalam dan di luar kelas. Jika perkara ini
tidak mungkin, guru boleh membawa mereka
ke taman permainan atau membawa mereka ke acara-acara sukan dan ballet. Guru juga boleh menggalakkan mereka menyertai
aktiviti tarian. Bagi murid-murid yang berkecerdasan interpersonal, guru boleh
menggalakkan murid-murid bekerja dalam kumpulan, membantu mereka mengembangkan
kemahiran komunikasi, menyediakan permainan kumpulan untuk mereka bermain serta
menggalakkan mereka menyertai persatuan.
Selain
itu, guru boleh menggalakkan murid-murid mempunyai hobi dan kegemaran, mendengar
perasaan mereka dan memberikan mereka maklum balas yang bersensitif, menggalakkan
mereka menggunakan imaginasi mereka serta membuatkan mereka menyimpan jurnal
atau buku skrap tentang idea dan pengalaman mereka. Cara-cara ini adalah untuk
murid-murid yang berkecerdasan intrapersonal. Bagi murid-murid yang
berkecerdasan naturalis pula, guru boleh membawa murid-murid ke muzium sains
semula jadi, mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di kelas serta melibatkan
mereka dalam aktiviti luar yang semula jadi seperti membawa mereka ke jalan
semula jadi ( nature walk ) atau mengangkat sebatang pokok.
6.0
TEORI
KECERDASAN EMOSI ( EQ ) DANIEL GOLEMAN
6.1 Konsep
Kecerdasan Emosi ( EQ )
Kecerdasan emosi terdiri
daripada realisasi kendiri ( perasaan daripada aksi ) di mana sseeorang
individu mempunyai kebolehan untuk mengawal perasaan kendiri. EQ juga terdiri
daripada kecerdasan mengenal pasti perasaan kendiri dan orang lain, kecerdasan
dalam mengenal pasti emosi-emosi kendiri yang dihadapi serta terdiri daripada
kecerdasan dalam menyelesaikan masalah –masalah orang lain.
6.2 Teori
Daniel Goleman
Menurut A.J Michael ( 2006
), Daniel Goleman dalam bukunya ‘Working with Emotional Intelligence’ (Goleman,D.1998)
menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
kecerdasan intelektual ( IQ ) tetapi yang penting ialah kecerdasan emosi ( EQ ).
EQ meninggalkan kesan yang
mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu termasuk
aspek kesihatan dan sosial. Emosi seseoranglah yang akan menentukan tingkah
laku, kejayaan dan kebahagiaan mentalnya. Goleman juga menyatakan bahawa
manusia mempunyai dua jenis minda iaitu emosi dan rasional. Secara ideal,
kedua-dua minda bekerjasama iaitu perasaan kita memaklumkan minda rasional kita
dan minda rasional memurnikan input emosi kita. Apabila kedua-duanya bersatu,
kecerdasan emosi dan kebolehan intelek akan menjadi lebih kuat. Menurut beliau
terdapat lima bahagian dalam kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri,
pengurusan kawalan kendiri, motivasi kendiri, kesedaran sosial ( empati ) dan
kemahiran sosial.
6.3 Bahagian-bahagian
Kecerdasan Emosi ( EQ )
i. Kesedaran
Kendiri
Kesedaran
emosi kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu
juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri.
Dengan demikian, individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa
kesejahteraan kendiri. Individu yang memiliki kesedaran kendiri ini biasanya sedar
emosi yang dirasakan dan sebabnya, sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran,
perlakuan dan pertuturan, sedar bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya, mempunyai
kesedaran tinggi tentang nilai dan matlamat hidup, sedar tentang kelemahan dan
kekuatan diri, reflektif dan belajar dari pengalaman, terbuka kepada maklum
balas yang jujur, perspektif baru, pembelajaran berterusan, perkembangan diri
atau semuanya, berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan
sesuatu yang betul serta berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun
dalam ketidakpastian dan tekanan.
ii. Pengurusan Kawalan Kendiri
Pengurusan
kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri,
amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi
dan membentuk watak individu dari segi emosi. Kawalan kendiri bererti individu itu dapat
menguruskan emosi yang destruktif ( marah ). Individu yang memiliki kompetensi
ini biasanya mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik, tenang dan
positif semasa tertekan dan berfikiran waras serta berfokus dalam tekanan.
Amanah pula
bererti seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan
integriti. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bertindak secara
beretika mengikut peraturan, membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan
autensiti, mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika
orang lain serta mengekalkan pandanga yang mempunyai prinsip walaupun tidak
popular. Ketekunan bererti sesorang individu itu bertanggungjawab atas prestasi
diri. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya mempunyai komitmen dan
menunaikan janji, bersifat akauntabiliti untuk memenuhi objektif serta teratur
dan sistematik dalam melaksanakan tugas.
Kebolehsuaian
bererti seseorang individu itu fleksibel dalam menangani perubahan. Individu
yang memiliki kompetensi ini biasanya menangani tuntutan pelbagai, perubahan
keutamaan dan pertukaran yang kerap, menyesuaikan respons dan taktik dengan
keadaan yang sering berubah serta fleksibel dalam persepsi terhadap
peristiwa-peristiwa yang berlaku. Inovasi pula bererti seseorang individu itu
rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. Individu yang
memiliki kompetensi ini biasanya mencari idea baru daripada pelbagai sumber,
memikirkan penyelesaian kreatif terhadap masalah-masalah, menjana idea baru
serta mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran.
iii. Motivasi Kendiri
Motivasi
kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian,
komitmen, inisiatif dan optimisme. Setiap aspek tingkah laku ini juga membentuk
seseorang individu dari segi pengurusan personal. Motivasi kecapaian bererti
individu sentiasa berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan.
Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya berorientasikan hasil dengan
motivasi tinggi untuk memenuhi objektif dan piawaian, memberikan maklumat
mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan, mengejar maklumat untuk
mengurangkan ketidakpastian dan mencari jalan untuk penambahbaikan serta
belajar cara untuk menambaikan prestasi.
Komitmen pula
bererti seseorang individu itu mempunyai komitmen yang selaras dengan matlamat
kumpulan atau organisasi. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya
bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat
organisasi, menyedari nilai tujuan dalam misi, menggunakan nilai utama kumpulan
dalam membuat keputusan dan menjelaskan pilihan yang dibuat serta mencari
peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan.
Inisiatif
bererti seseorang individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada
peluang. Individu ini biasanya bersedia memanfaatkan peluang, mengejar matlamat
yang tinggi daripada yang diperlukan atau dijangkakan, mengenepikan birokrasi
dan peraturan sekiranya perlu untuk menyelesaikan tugas serta memobilisasikan
orang lain melalui usaha-usaha yang luar biasa dan berfaedah.
Akhir sekali
ialah optimisme. Optimisme bererti seseorang individu itu mempunyai kecekalan
untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Individu yang
memiliki kompetensi ini biasanya terus berusaha mencari matlamat walaupun ada
halangan dan masalah, bertindak daripada harapan kepada berjaya, bukannya
ketakutan untuk gagal serta melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan
yang bleh diurus bukan daripada satu kekurangan personal.
iv. Kesedaran Sosial ( Empati )
Kesedaran
sosial memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti
empati, orientasi khidmat, mengembangkan orang lain, kesedaran politik dan melayani
kepelbagaian. Empati bermaksud memahami klien kita dan rakan-rakan sejawat
serta mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat
tentang masalah mereka. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini akan peka kepada
emosi orang lain, bersedia mendengar, prihatin dan memahami perspektif
pandangan orang lain dan memahami perasaan dan keperluan orang lain dan
bersedia membantu.
Orientasi
khidmat bererti kita dapat menjangka, mengenali dan memenuhi keperluan
pelanggan atau klien kita. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini akan memahami
keperluan pelanggan dan emmberi khidmat atau produk yang diingini, memikirkan
cara-cara untukmeningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, bersedia memberi
bantuan serta memahami perspektif pelanggan dan memberi nasihat yang
meyakinkan. Mengembangkan orang lain pula bererti kita dapat mengesan bagaimana
orang lain boleh berkembang dan kita menggalakkan kebolehan atau keupayaan
mereka. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini biasanya memuji dan memberi
ganjaran untuk menghargai kekuatan, kejayaan dan perkembangan mereka, memberi
maklum balas yang membina perkembangan mereka, memandangkan kepelbagaian
sebagai peluang untuk perkembangan serta mencabar pandangan yang sempit dan
bias.
Kesedaran
politik atau organisasi pula bererti kita pintar membaca arus emosi sesuatu
kumpulan dan berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan.
Seseorang yang mempunyai kecekapan ini biasanya mengesan dengan tepat
hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan, mengesan jaringan-jaringan sosial yang
utama, peka kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan dan tingkah laku
dan persaingan masing-masing serta membaca dengan tepat situasi organisasi dan
realiti luarannya. Melayani kepelbagaian bermaksud kita
membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia. Seseorang dengan
kecekapan ini akan menhormati dan bergaul dengan baik dengan orang daripada
pelbagai latar belakang, memahami pelbagai pandangan diri dan juga sensitif
terhadap perbezaan dalam kumpulan, melihat kepelbagaian sebagai kesempatan dan
mewujudkan suasana di mana manusia pelbagai ragam boleh berkembang serta
menentang ketidakadilan dan ketidaktoleran.
v. Kemahiran
Sosial
Kemahiran sosial bererti seseorang
individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial seperti pengaruh,
komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik,
menyemai dan mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama serta keupayaan
berpasukan
Pengaruh bermaksud menggunakan taktik-taktik yang berkesan untuk mendapat
keyakinan orang lain. Seseorang yang mempunyai tingkah lkau ini mahir dalam
mendapat keyakinan orang lain, menghasilkan persembahan yang dapat menarik
perhatian penonton, menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan
dan sokongan semua pihak serta memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik
dan berkesan. Komunikasi pula bererti kebolehan menyampaikan mesej yang jelas,
tepat dan meyakinkan. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini akan bertolak
ansur, menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan, mendengar,
memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat, memupuk komunikasi terbuka
serta bersedia menerima maklumat mahupun baik atau buruk.
Kepimpinan berinspirasi bermaksud individu itu dapat membimbing dan
memberi inspirasi kepada kumpulan dan ahli-ahlinya. Seseorang yang mempunyai
tingkah laku ini akan mewujudkan minat dan sokongan kepada satu visi dan misi
yang sama, bersedia memimpin apabila perlu, tidak mengira kedudukan, membimbing
orang lain serta kepimpinan melalui teladan. Pemangkin perubahan bererti
individu itu akan memulakan atau menguruskan perubahan dalam kumpulannya.
Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini menyedari perlunya untuk
perubahan dan mengatasi halagan kepada perubahan , mencabar status quo dan
mengesahkan perlunya perubahan, menyokong perubahan itu dan mendapat sokongan
orang lain serta menjadi model perubahan untuk orang lain.
Pengurusan konflik bererti individu itu dapat membuat rundingan dan
menyelesaikan perselisihan dalam kumpulannya. Seseorang yang mempunyai tingkah
laku ini mempunyai diplomasi semasa menangani rakan-rakan yang bermasalah atau
situasi yang tegang, mengesan dan mengambil tindakan yang bijak dalam
penyelesaian konflik dan perselisihan, menggalakkan perbincangan dan perbahasan
dan mewujudkan penyelesaian ’menang-menang’ ( win-win situation ).
Menyemai dan mengekalkan hubungan pula bererti individu itu dapat memupuk
perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial hariannya.
Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini menyemai dan mengekalkan jaringan
hubungan yang luas dan tidak formal, memupuk hubungan yang saling berfaedah,
membina hubungan mesra dengan orang lain serta mengekalkan kesetiakawanan
antara rakan sejawat.
Kolaborasi dan kerjasama pula bermaksud individu itu dapat bekerja dengan
orang lain untuk mencapai matlamat yang sama. Seseorang yang mempunyai aspek
tingkah laku ini sewaktu bekerja, memberi fokus yang sama kepada tugas dan
perhubungan denganrakan sejawat, berkolaborasi iaitu berkongsi rancangan,
maklumat dan sumber yang perlu, memupuk iklim yang mesra dan bekerjasama serta
mengesan peluang untuk memupuk kolaborasi antara rakan. Keupayaan berpasukan
bererti individu itu dapat mewujudkan sinergi ( berfungsi seperti satu unit )
kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang sama. Seseorang yang mempunyai
aspek tingkah laku ini akan menjadikan sebagai teladan kualiti-kualiti seperti
hormat menghormati, saling membantu dan bekerjasama, melibatkan semua ahli
separa aktif, membina identiti dan semangat berpasukan, menyemai komitmen
kumpulan serta menjaga nama baik kumpulan, bersama-sama berkongsi pujian
apabila berjaya.
6.4 Implikasi
Kecerdasan Emosi ( EQ ) Terhadap Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
Cara seorang
guru boleh membantu murid mengurus kecerdasan emosi diri ialah dengan mengajar
mereka teknik-teknik untuk mengawal emosi mereka apabila mereka berasa marah
pada orang lain. Guru juga mesti mengajar murid-muridnya untuk mengenal pasti
perasaan serta emosi berbeza yang mereka alami dalam sistem persekolahan.
Selain daripada itu, guru perlu menasihati murid-muridnya teknik-teknik untuk
menenangkan diri dalam keadaan-keadaan tegang dengan rakan sebaya, guru dan
ahli keluarga mereka.
Murid-murid
juga mesti diajar oleh guru supaya tidak menilai orang lain daripada rupa paras
atau bentuk fizikal badan serta status sosio-ekonomi mereka. Sebaliknya mereka
mesti diajar untuk menerima manusia demi kebaikan hati mereka. Pihak sekolah
juga harus mengadakan kursus-kursus yang mengajar murid-murid kaedah-kaedah dan
teknik-teknik untuk mengekalkan persahabatan dengan raka sebaya yang sama
jantina dan berlawanan jantina.
Guru juga perlu
mengajar murid-muridnya teknik-teknik untuk bekerjasama dan bertolak ansur
dalam aktiviti-aktiviti koperatif dan kolaboratif. Berkaitan dengan kecerdasan
emosi, tugas guru ialah mengajar murid-murid supaya menyelesaikan
konflik-konflik yang mungkin timbul hasil daripada aktiviti kumpulan.
7.0 MODEL
GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN
Model ini mengutarakan 5 faktor yang mempengaruhi
pembelajaran seseorang. kelima-lima
factor tersebut membentuk model gaya pembelajaran seseorang pelajar dalam
menerima rangsangan persekitaran. Kelima-kelima
faktor tersebut ialah faktor emosi, persekitaran, psikologi, fisiologi,
dan sosiologi.
7.1 Faktor Emosi
Elemen-elemen penting yang
terdapat di dalam factor emosi ialah elemen motivasi. Motivasi merujuk kepada
dua jenis motivasi utama; iaitu motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Motivasi
instrinsik merujuk kepada motivasi dalaman seseorang pelajar seperti memuji
seseorang pelajar menjawab soalan dengan tepat. Motivasi ekstrinsik merujuk pada motivasi luaran seperti memberi
hadiah apabila memenangi pertandingan lukisan. Semakin tinggi tahapmotivasi
seseorang, semakin tinggilah penggerak untuk seseorang itu belajar.
Elemen
kedua faktor emosi ialah keazaman. Setiap individu mempunyai status keazaman
yang berbeza. Individu yang mempunyai keazaman yang tinggi dikatakan mampu
belajar untuk tempoh yang lebih panjang berbanding individu yang mempunyai
keazaman yang rendah. Pelajar yang mempunyai tahap keazaman yang rendah perlu
merehatkan diri dalam jangka masa yang tertentu dahulu sebelum meneruskan
semula proses pembelajaran tersebut.
Elemen ketiga adalah tanggungjawab. Elemen tanggungjawab
mempunyai status yang berbeza antara pelajar dengan pelajar lain. Individu yang bertanggungjawab akan berusaha dengan
lebih giat dalam setiap aktiviti pembelajaran berbanding individu yang kurang
bertanggungjawab
Elemen keempat adalah struktur.
Pelajar yang berpersonaliti liberal lebih gemar belajar mengikut gaya sendiri,
berinisiatif sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. individu yang
terikat dengan struktur dapat belajar dengan sempurna berpandukan arahan-arahan
yang jelas oleh guru seseorang guru atau ibu bapa. Mereka juga mementingkan tingkah laku pembelajaran yang
telah distrukturkan oleh guru terlebih dahulu.
7.2 Faktor Persekitaran
Elemen-elemen penting dalam faktor
persekitaran ialah susun atur bilik darjah, suhu, bunyi, dan cahaya. Elemen
susun atur bilik darjah merujuk kepada susunan kerusi, meja, perabot dalam
bilik darjah. Susun aturtersebut mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada susun atur fizikal dalam bilik darjah, susun atur
perabot dirumah juga mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Ada pelajar meletakkan meja di tepi tingkap untuk
mendapatkan udara segar. Ada yang meletakkan meja di bawah lampu yang terang.
Suhu juga merupakan elemen
penting dalam pembelajaran. pembelajaran lebih berkesan jika dijalankan dalam
bilik darjah yang suhunya selesa (bilik berhawa dingin)dalam system
persekolahan,setiap bilik darjah perlu dibekalkan dengan alatan penghawa dingin.
Situasi ini merupakan situasi pembelajaran yang ideal mempunyai sistem
pengudaraan yang baik.
Bunyi juga merupakan elemen yang
penting. Sesetengah pelajar telah dibesarkan dalam suasana persekitaran yang
berhampiran degan kawasan yang bising seperti kawasan rumah setinggan dan
berhampiran lebuh raya. Golongan seperti ini sudah terbiasa dengan suasana
persekitaran bising tersebut. Mereka dapat belajar dengan baik dengan suasana
persekitaran yang bising tersebut. Merakadapat belajar dengan baik dalam persekitaran
yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi. Oleh itu ada pelajar yang dapat
belajar dengan sempurna di samping radio dan televisyen, ada yang memerlukan
persekitaran belajar yang sunyi.
Cahaya juga merupakan elemen penting dalam
factor persekitaran. Penerimaan kualiti cahaya brgantung kepada taraf
sosioekonomi seseorang. Ada pelajar yeng menyukai cahaya terang semasa belajar,
ada yang tidak menyukai cahaya terang memadai dengan cahaya yang sederhana.
Kanak-kanak memerlukan cahaya yang lebih banyak semasa proses pembelajaran
berlaku. Golongan dewasa biasanya sukar menentukan kualiti cahaya yang
diperlukan kerana terdapat plbagai pilihan yang berbeza.
7.3 Faktor Psikologi
Elemen-elemen yang terdapat
dalam faktor psikologi ialah impulsif atau refleksif, analitis atau global, dan
dominan atau pemprosesan otak kiri dan pemprosesan otak kanan. Individu yang
dikategorikan sebagai impulsif merujuk kepada individu yang kerap membuat
keputusan secara tidak rasional dan spontan. Individu impulsif belajar mengikut
mood mereka. Individu impulsif sebenarnya terikat dengan gerak hati apabila
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Individu refleksif
berkecenderungan berfikir secara serius dan mendalam sebelum melibatkan diri
dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap was-was mereka juga tinggi. Mereka
amat prihatin dalam memilih kaedah mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan
bermula.
Individu beridentiti gaya
pembelajaran global pula berkecenderungan melihat sesuatau aspek pembelajaran
secara menyeluruh atau holistik. Beliau akan embuat rumusan atau kesimpuan
secara menyeluruh. Pelajar tersebut belajar dengan bersahaja dan mengharapkan
guru memberi inti penting dalam sesuatu pelajaran.
Pemprosesan otak kiri dan otak
kanan juga memberi peranan yang penting dalam membentuk gaya pembelajaran
seseorang. Pemprosesan otak kiri merujuk kepada keupayaan otak kiri memproses
maklumat yang berkaitan nombor, logik, formula, bahasa dan kebolehan untuk
menganalisis. Pemprosesan otak kanan merujuk kepada keupayaan otak kanan yang
bersifat kreatif seperti kreativiti, sintesis, imaginasi, mengenal corak-corak
tertentu dan raut wajah seseorang.
7.4 Faktor Fisiologi
Antara elemen-elemen penting
dalam factor fisiologi adalah persepsi, waktu belajar, pergerakan, makanan dan
minuman. Persepsi seseorang pelajar terdiri daripada sama ada persepsi auditori, visual atau
kinesthetic-tactile. Apabila seseorang individu itu mempunyai persepsi
auditori, seseorang pelajar akan dapat belajar dengan berkesan jika mempunyai
persepsi auditori yang tinggi. Beliau dapat belajar dengan berkesan jika
didedahkan alatan audio yang khusus
seperti VCD, radio, kaset dan lain lain. Pelajar tersebut akan membaca
sesuatu bahan dengan suara kuat untuk membolehkan pemahaman terhadap bahan bacaan
tersebut menjadi cepat dan mantap.
Individu yang berkecenderungan
kepada persepsi visual suka belajar menerusi proses penglihatan. persepsi
visual akan meningkat tinggi jika bahan visual yang diberikan kepadanya terang
dan jelas. Mereka juga membaca bahan bacaan dengan kuat untuk memudahkan mereka
mencari sesuatu pengetahuan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut tepat.
Antara bahan bantuan belajar yang
mengembangkan dan menyokong individu persepsi visual adalah seperti video,
slaid, carta, graf, televisyen. Individu yang berkecenderungan kepada persepsi
kinesthetic-tactile gemar memperoleh pengetahuan melalui pengalaman atau
pembelajaran dapatan. Mereka belajar dengan berkesan apabila melalui atau
merasai isi pelajaran dengan sendiri. Mereka digalakkan mengambil bahagian yang
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka tidak gemar duduk sahaja
tetapi suka untuk bergerak ke tempat yang lain.
Waktu belajar merupakan salah
satu elemen fisiologi yang penting. Terdapat pelbagai kecenderungan untuk
pelajar belajar dengan lebih berkesan. Ada pelajar dapat belajar dengan
sempurna pada waktu pagi. Lebih segar dan lebih bersedia untuk belajar. Terdapat juga pelajar yang
memilih waktu malam atau lewat malam sebagai waktu belajar yang paling sesuai serta
persekitaran yang sunyi dan tenteram.
Selain itu pergerakan juga
mempengaruhi seseorang untuk belajar. Terdapat kecenderungan untuk pelajar melakukan pergerakan semasa belajar
untuk mengelakkan kebosanan dan mencergaskan proses pembelajaran tersebut.
Pengambilan makanan dan minuman merupakan elemen terakhir dalam elemen
fisiologi. Pengambilan makanan dan minuman bermaksud kecenderungan pelajar
belajar sambil mengambil makanan atau minuman semasa belajar.
7.5 Faktor Sosiologi
Antara elemen-elemen penting
dalam factor sosiologi adalah elemen diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, dan
orang dewasa. Elemen diri sendiri bermaksud seorang pelajar lebih gemar untuk
belajar secara bersendirian. Mereka tidak mahu diganggu kerana ia dapat
merencatkan tumpuan mereka dalam pembelajaran. Terdapat juga kecenderungan
individu untuk belajar secara
berpasangan. Mereka dapat berinteraksi dalam konteks pembelajaran mereka.
Kebiasaannya teman yang menjadi pasangan adalah sahabat karib.
Rakan sebaya merujuk kepada
pembelajaran yang dijalankan dalam satu kumpulan yang mempunyai umur yang
hampir sama. Kebiasannya kumpulan yang terbentuk melebihi dua orang. Teknik pembelajaran yang biasa
digunakan adalah sumbang saran, perbincangan dan perkongsian idea. Terdapat
juga kecenderungan untuk belajar dengan orang dewasa. Dengan kehadiran orang
dewasa dapat mengemukakan pelbagai soalan. Biasanya ibu bapa atau orang dewasa
bertindak sebagai guru yang sentiasa membimbing pelajar untuk memastikan
anak-anak belajar dengan sempurna.
8.0 GAYA
PEMBELAJARAN MODEL KOLB
Antara konsep utama gaya pembelajaran
Model Kolb ialah pembelajaran disifatkan sebagai proses yang tiada tidak ada
penghujung. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelas cara-cara
bagaimana pengetahuan diperoleh dan dicipta melalui interaksi seseorang dengan
persekitarannya.
Bagaimana Manusia Belajar?
Penyelidikan Dr. David Kolb medapati
bahawa manusia belajar melalui dua cara iaitu secara mengamati dan memproses.
a)
Mengamati
Kita mengamati
sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berbeza. Cara yang
pertamaadalah mengamati secara konkrit. Cara ini melibatkan penggunaan deria.
Manakala cara yang kedua pula adalah mengamati secara abstrak. Mengamati secara abstrak adalah
dengan berfikir, mambuat analisis dan menaakul tentang sesuatu maklumat yang
diperhatikan.
Kadangkala kita
mengamati sesuatu secara konkrit, kadangkala secara abstrak. Ini bermakna kita
mengamati sesuatu dalam satu kontinum dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang
suka menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit manakala mereka yang
suka berfikir dan membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak.
b)
Memproses
Memproses maklumat
bermaksud menjadikan sesuatu maklumat menjadi bermakna kepada diri kita. Manusia Memproses maklumat juga
melalui dua cara. Cara yang pertama adalah secara aktif iaitu mencuba atau
melakukan sesuatu maklumat atau pengalaman. Cara yang kedua pula adalah secara
reflektif iaitu dengan berfikir semula tentang apa yang telah dilihat.
8.1 Gaya-gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran
bergantung kepada kombinasi cara mengamati dan memproses sesuatu maklumat dan
pengalaman. Kombinasi cara mengamati dan memproses ini menghasilkan gaya-gaya
pembelajaran yang berbeza-beza.
a)
Imaginatif dan Kreatif.
Murid-murid golongan
ini mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif.
Sebagai contoh, seorang pelajar melihat ibunya. Kemudian dia menganalisa sikap ibunya dan berfikir, kenapa ibunya
bersikap sedemikian. Di samping itu, golongan inisuka mencari makna dan sebab
mempelajari sesuatu maklumat. Mereka juga suka berkongsi idea dan melibatkan
diri dengan rajkan-rakan lain. Mereka suka
bertanya “kenapa?” .
b)
Teori dan Analisis.
Murid-murid golongan
ini mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Mereka
suka mencari fakta baru untuk menerangkan konsep-konsep. Mereka memerlukan
pendapat pakar unutk mendapatkan fakta baru dan membuat analisis tentang
sesuatu maklumat. Mereka suka menyoal “apa?”
c)
Praktik
Murid-murid ini
bersifat praktik. Mereka mengamati sesuatu maklumat secara abstrak dan
memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan sesuatu maklumat atau
benda dan belajar dengan menguji sesuatu teori untuk mencari kegunaannya.
Mereka ingin mengetahui bagaimana sesuatu benda boleh berfungsi untuk
menambahkan pengalaman mereka. Mereka suka
menyoal “bagaimana ia berfungsi?”
d)
Intuitif dan Dinamik
Murid-murid golongan
ini mengamati sesuatu maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara aktif.
Mereka suka mencari kegunaan baru sesuatu maklumat yang belum diketahui. Mereka
belajar secara cuba jaya dan penemuan sendiri. Mereka ingin mengetahui apa yang
direka bentuk daripada sesuatu maklumat dan suka berinteraksi dengan orang lain
untuk mendapatkan idea. Mereka suka menyoal “apakah kegunaan baru?”
8.2 Pengaruh Otak
Kiri dan Otak Kanan.
Penyelidik-penyelidik
otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan kanan)
berbeza dalam memproses maklumat dan pengalaman. Seseorang individu lebih suka
memproses maklumat dan pengalaman menggunakan otak kiri atau kanan.
Walaubagaimanapun, kedua-dua belah otak adalah sama penting.
Perbezaan utama
antara otak kiri dan kanan dalam memproses maklumat dan pengalaman adalah
seperti Rajah 8.1 di bawah:-
Otak kiri
|
Otak kanan
|
Rasional
Lisan
Lurus (linear)
Pasif / menerima
Terancang & berstruktur
Bukan gerakan
Pengiraan
Penulisan
Melihat bahagian-bahagian
Teori
Mengawal perasaan
Bunyi bahasa
|
Intuitif
Penglihatan / ruangan
Sintesis
Bulatan
Interaktif
Bersesuaian dan spontan
Gerakan / tarian
Pola, model, bentuk
Lukisan
Melihat perhubungan dan keseluruhan
Amalan
Bebas dengan perasaan
Bunyi semulajadi
Muzik
|
Rajah 8.1
Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut :
Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut :
Otak kiri
¨
Menyurih
¨
Melukis carta
¨
Melukis graf
¨
Memberi contoh
¨
Menyalin nota
¨
Menilai secara
objektif
¨
Menyenarai dan
menkategorikan
¨
Mengira
¨
Memberi bukti
¨
Mengingat semula fakta atau konsep
¨
Membaca serta
membuat analisis
¨
Melapor
¨
Segala bentuk
analisis
¨
Rasional
¨
Melihat
bahagian-bahagian
¨
Memberi
sifat-sifat perbezaan
¨
Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik
¨
Mendengar bunyi
bahasa
Otak kanan
¨
Membuat pola
atau corak
¨
Memeta fikiran
(mind mapping)
¨
Sumbangsaran
atau percambahan fikiran
¨
Menggambarkan
¨
Semua bentuk
sajak
¨
Semua bentuk
seni
¨
Mendengar,
melihat, menggerak
¨
Analogi
¨
Mencipta, mereka
bentuk, main peranan, simulasi
¨
Drama kreatif,
lakonan
¨
Penulisan
kreatif
¨
Gerakan, tarian
¨
Membaca serta
membuat sintesis
¨
Segala bentuk
sintesis
¨
Geometri
¨
Demonstrasi
¨
Membuat ujikaji
¨
Bentuk (shapes)
¨
Semua aktiviti
intuitif
¨
Ukiran
¨
Lakaran
¨
Memberi
sifat-sifat persamaan
¨
Melihat
perhubungan dan keseluruhan
¨
Menilai secara
subjektif
¨
Melukis
¨
Fotografi
¨
Mendengar bunyi
semulajadi
¨
Main muzik,
mencipta lagu
Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh
otak kiri dinamakan pelajar otak kiri, suka melakukan perkara-perkara yang
diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka haruslah
dihargai. Mereka adalah manusia yang bersistematik, menyelesaikan masalah
dengan melihat bahagian-bahagian, berfikir secara logik, baik dalam pertuturan,
penulisan, pengiraan dan menganalisa.
Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh
otak kanan pula dinamakan pelajar otak kanan. Mereka melakukan perkara-perkara
yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Mereka adalah manusia yang kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk
dan perhubungan. Mereka
bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihat keseluruhan.
Mereka baik dalam lukisan, reka bentuk, membuat kesimpulan dan hal-hal
perhubungan manusia.
Pelajar-pelajar yang melakukan
aktiviti-aktiviti yang dproses di otak kiri dan kanan pula dinamakan pelajar
seluruh otak. Mereka mempunyai ciri-ciri dua kumpulan di atas. Kebanyakan
sekolah dipercayai memberi aktiviti yang melibatkan otak kiri sahaja. Hal ini
menggembirakan pelajar otak kiri tetapi mengecewakan pelajar otak kanan.
Justeru itu, pihak sekolah haruslah memberi aktiviti yang mengembangkan otak
kiri dan kanan.
9.0 SISTEM
4 MAT
Kesinambungan daripada kepelbagaian gaya
pembelajaran dan pengaruh otak kiri dan kanan kanak-kanak, Dr. Bernice Mc
Carthy telah mencipta satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Rajah 9.1 di bawah menunjukkan Sistem
4Mat.
Sistem 4Mat bermula dengan petak 1 dan
diakhiri dengan petak 4 dalam satu lingkaran pembelajaran. Keempat-empat petak
tersebut mewakili 4 jenis gaya pembelajaran kanak-kanak dan aktiviti-aktiviti
yang mengembangkan otak kiri dan kanan. Melalui sistem ini seorang guru akan
menyampaikan pengajaran dengan mengambil kira semua jenis gaya pembelajaran
pelajar serta aktiviti-aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan kanan pelajar.
Jadi, seorang pelajar yang mempunyai gaya pembelajarannya tersendiri akan
berpeluang belajar melalui gaya lain. Begitu juga seorang pelajar yang belajar
secara otak kiri, akan dapat mengembangkan otak kanannya.
Rajah 9.1
R : Otak kanan
L : Otak kiri
Petak 1 : Pelajar Imaginatif dan Kreatif
Sebelum mengajar konsep-konsep baru
kepada pelajar, seorang guru perlu memberikan pengalaman konkrit kepada mereka.
Ini akan membantu mereka memahami dengan lebih jelas konsep-konsep yang abstrak.
Mereka juga dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Guru pula haruslah
memainkan peranan membimbing dan merangsang mereka.
Langkah pertama, guru perlu memberikan
aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang kedua-dua otak pelajar. Untuk otak
kanan, guru perlu mewujudkan satu pengalaman konkrit. Kaedah mengajar atau
aktiviti yang boleh digunakan adalah simulasi, main peranan, lakonan, kerja
kumpulan, menonton video, melihat benda-benda dan sebagainya yang boleh
menegmbangkan otak kanan.
Langkah kedua adalah untuk pengembangan
otak kiri. Selepas pelajar mendapat pengalaman konkrit, guru perlu meminta
mereka memikirkan semula dan analisakan pengalaman tersebut. Antara aktiviti
yang sesuai adalah perbincangan dalam kumpulan, melihat sifat-sifat perbezaan,
soal jawab dan sebagainya.
Petak 2 : Pelajar Teori dan Analisis.
Selepas pelajar mendapat pengalaman
konkrit, fakta dan konsep akan diajar kepada mereka. Fakta dan konsep tersebut
perlu dijelaskan satu persatu dan dikaitkan dengan pengalaman kokrit tadi untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru
akan menggunakan kaedah mengajar tradisional iaitu penerangan. Guru juga
berperanan membimbing dan merangsang mereka.
Langkah ketiga untuk pengembangan otak
kanan. Setelah pelajar memikirkan semula dan menganalisakan pengalaman, guru
perlu mengaitkan pengalaman mereka dengan konsep yang akan diajar. Aktiviti
yang boleh digunakan adalah perbincangan, soal jawab, penerangan, dan
sebagainya yang boleh mengembangkan otak
kanan mereka serta mereka dapat melihat perkaitan di antara pengalaman konkrit
dengan konsep yang abstrak.
Langkah keempat untuk pengembangan otak
kiri. Guru perlu mengajar fakta atau konsep dengan menggunakan kaedah
tradisional seperti huraian, penerangan, syarahan, soal jawab atau sebarang aktiviti
lain yang merangsang otak kiri. Ia bergantung kepada kebolehan seseorang guru
untuk menjelaskan sesuatu konsep atau fakta dengan sesuatu kaedah mengajar yang
digunakan. Penggunaan alat bantu mengajar akan membantu pemahaman pelajar
tentang fakta atau konsep tersebut.
Petak 3 : Pelajar Praktik.
Selepas pelajar-pelajar memahami fakta
atau konsep yang telah diajar, mereka perlu membuat latihan atau ujikaji. Ini
dapat memperkukuhkan lagi pembelajaran mereka. Mereka juga digalakkan untuk
mencari atau menambahkan penggunaan fakta atau konsep yang telah diajar. Pada masa ini, guru berperanan sebagai coach dan pemudah cara, faciltator.
Langkah kelima untuk penegmbangan otak
kiri. Selepas pelajar diajar tentang fakta atau konsep, guru haruslah memberi
latihan yang telah disediakan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman mereka.
Aktiviti yang boleh digunakan adalah seperti membuat latihan kelas atau rumah,
latihtubi, kuiz, ujikaji, temuduga serta aktiviti lain yang bersesuaian untuk
merangsang otak kiri.
Langkah keenam untuk pengembangan otak
kanan. Pelajar-pelajar kemudiannya diberi aktiviti untuk mencari atau menambah
idea tentang fakta atau konsep yang telah diajar. Aktivit yang boleh digunakan
adalah seperti ujikaji, sumbangsaran dan sebagainya.
Petak 4 : Pelajar Dinamik dan Intuitif.
Selepas pelajar-pelajar membuat latihan
dan ujikaji,mereka perlu diberi peluang unutk mencari aplikasi tentang fakta
atau konsep yang telah diajar dan berkongsi hasil dengan pelajar lain. Guru
pula berperanan manilai dan membuat pemulihan.
Langkah ketujuh unutk pengembangan otak
kiri. Selepas pelajar membuat ujikaji atau pelan bertindak, mereka perlu
menganalisa hasil yang mereka perolehi sama ada hasil tersebut sesuai atau
tidak. Aktiviti yang boleh dijalankan dalam kumpulan adalah seperti
perbincangan, mengkritik atau menilai secara objektif, atau aktiviti lain yang
bersesuaian.
Langkah kelapan untuk pengembangan otak
kanan. Akhir sekali, pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji atau pelan bertindak
yang telah dirangka dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti
yang boleh digunakan adalah seperti penemuan, cubajaya, projek, persembahan
secara individu atau kumpulan dan main peranan.
9.1
Peranan dan Tugas Guru dalam Sistem 4Mat.
Peranan dan tugas
seseorang guru dalam Sistem 4Mat adalah seperti Rajah 9.2 berikut:
Rajah 9.2
Rajah 9.2
Petak
|
Peranan guru
|
Tugas guru
|
1
|
Perangsang
|
Memberi sebab-sebab untuk menjawab
soalan seperti ‘mengapa’ dan ‘mengapa tidak?’
|
2
|
Pengajar
|
Mengajar fakta atau konsep untuk
menjawab soalan seperti ‘apa dia?’
|
3
|
Pemudah cara
|
Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan menambah fakta
dari idea sendiri. Ini akan menjawab soalan seperti ‘bagaimanakah ia
berfungsi?’
|
4
|
Penilai atau membuat
|
Memberi peluang kepada pelajar
pemulihan mengajar diri sendiri dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar
lain. Ini akan menjawab soalan seperti ‘apakah saya boleh cipta?’
|
9.2 Contoh Rancangan
Pengajaran dan Pembelajaran Sistem 4Mat.
Rajah 9.3 berikut
merupakan satu contoh pengajaran dan pembelajaran Sistem 4Mat.
Tajuk : Kebersihan
Rajah 9.3
R : Otak kanan
L : Otak kiri
Petak 1 : Pelajar Imaginatif dan Kreatif.
Pelajar-pelajar
mendapatkan satu pengalaman konkrit tentang kebersihan sebelum konsep itu
diajar. Langkah pertama untuk aktiviti otak kanan, di dalam berkumpulan pelajar
diminta memerhatikan kebersihan pakaian, badan, buku, kerusi, kelas dan
rakan-rakan. Langkah kedua untuk aktiviti otak kiri, pelajar diminta berbincang
di dalam kumpulan menganalisa pemerhatian yang telah dibuat. Contohnya
menyenaraikan apa yang bersih dan kotor, kemas dan tidak kemas.
Petak 2 : Pelajar
Teori dan Analisis.
Pelajar-pelajar
diajar konsep ‘kebersihan’. Langkah ketiga untuk aktiviti otak kanan, guru
hendaklah mengaitkan pemerhatian yang telah dubuat dengan konsep kebersihan
yang akan diajar. Guru boleh menggunakan kaedah soal jawab atau perbincangan.
Langkah keempat untuk aktiviti otak kiri, guru hendaklah menerangkan konsep
kebersihan terbahagi kepada kebersihan fizikal (badan, pakaian dan
barang-barang) dan mental (percakapan, fikiran).
Petak 3 : Pelajar
Praktik.
Pelajar-pelajar
membuat latihan tentang kebersihan.
Langkah kelima untuk aktiviti otak kiri, guru perlu memberikan lembaran
soalan kepada pelajar untuk dijawab. Manakala langkah keenam untuk aktiviti
otak kanan pula guru meminta pelajar-pelajar berbincang dalam kumpulan untuk
merancang cara-cara untuk membersihkan bilik darjah dan sebagainya.
Petak 4 : Pelajar
Dinamik dan Intuitif.
Pelajar-pelajar
mencuba projek kebersihan yang telah
dirancang dan berkongsi dapatan bersama pelajar lain. Langkah ketujuh untuk
aktiviti otak kiri, guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan untuk
menganalisa rancangan projek dengan memilih cara yang praktik dan sesuai
digunakan. Langkah terakhir untuk aktiviti otak kanan, pelajar-pelajar
melaksanakan projek membersihkan bilik darjah kepada kumpulan lain.
Kesimpulannya,
setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Ada pelajar yang
cepat menerima pelajaran dan ada juga yang lambat. Jadi, seseorang guru perlu
menghormati dan menghargai perbezaan ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
seseorang guru perlu menitikberatkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar serta
pengaruh otak kiri dan kanan pelajar.
Sistem 4Mat adalah
sistem pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk dipraktikkan oleh semua
guru bagi memenuhi keadaan tersebut. Sistem ini menentukan guru mengajar dengan
melibatkan semua jenis gaya pembelajaran pelajar dan menggunakan aktiviti-aktiviti
untuk otak kiri dan kanan pelajar. Melalui Sistem 4Mat, Dr. Bernice percaya
setiap pelajar akan mendapat pelajaran yang sempurna.
10.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Setelah mempelajari topik perbezaan individu ini,
guru seharusnya mengetahui secara mendalam tentang teori ini dan dengan itu,
guru akan dapat merancangkan satu sistem pengurusan bilik darjah yang efektif.
Untuk menangani masalah perbezaan murid-murid, guru perlu menjalankan kaedah
kumpulan atau pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan kesan
murid-murid yang berbeza. Selain itu, guru perlu mengumpulkan murid-murid yang
mempunyai kebolehan yang sama dalam kumpulan yang sama supaya proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Untuk murid yang sangat lemah pula,
guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran individu supaya dapat mengatasi
sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi.
Di samping itu, guru boleh mengembangkan urutan
arahan yang mengambil kira urutan sebagai sebahagian proses arahan. Ini ialah
pendekatan yang pernah digunakan oleh Bernice McCarthy, pemaju sistem 4Mat.
Guru juga boleh menggunakan pendekatan menyediakan kumpulan, sama ada antara
kelas atau dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti
berhubung dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan atau beberapa ciri lain.
Contoh pendekatan arahan ialah kumpulan bilik darjah, pembelajaran koperatif
dan arahan yang memberikan ciri khusus kepada sesuatu. Akhir sekali, guru boleh
mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku. Ini ialah pendekatan yang
digunakan dalam pembelajaran masteri.
11.0
RUMUSAN
Sebagai rumusannya, setiap individu adalah berbeza
antara satu sama lain. Terdapat murid yang pandai dan lemah dalam pelajaran.
Perbezaan individu ini berkait rapat dengan faktor kognitif, fizikal, emosi,
budaya dan agama seseorang. Manusia juga mempunyai pelbagai jenis kecerdasan
yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa.
Tidak semua murid berjaya dalam pelajaran sahaja
dikira sebagai murid yang cerdas. Murid yang mempunyai kebolehan dalam bidang
yang lain seperti muzik, sukan dan lain-lain lagi juga dikira sebagai murid
yang cerdas. Kecerdaan ini adalah mengikut jenis kecerdasan yang dimiliki oleh
setiap individu.
Selain itu, gaya pembelajaran juga penting dalam
mempelajari sesuatu perkara. Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi
gaya pembelajaran seseorang. Guru memainkan peranan yang penting dalam
membimbing murid untuk mengetahui atau mempelajari gaya pembelajaran yang
sesuai dengan diri mereka.
Akhir sekali, sebagai seorang guru, kita hendaklah
melayan murid tanpa memilih kasih kerana setiap daripada mereka mempunyai
keistimewaan dan kelebihan masing-masing.
REFLEKSI
Dalam menyaipkan tugasan Murid dan Alam Belajar saya
telah mempelajari banyak pengetahuan
yang berguna. Antaranya adalah kecerdasan pelbagai dan gaya-gaya pembelajaran.
Teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Gardner secara amnya
memperkenalkan beberapa jenis kecerdasan iaitu muzikal, kinesthetic tubuh
badan, logic matematik, interpersonal, intrapersonal, naturalis, linguistik dan
spatial. Setaip individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan berbeza-beza
antara satu dengan yang lain. Seterusnya adalah gaya pembelajaran yang
dikemukakan oleh Dunn dan Dun dan Kholb. Setiap individu juga mempunyai
kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza.
Dengan tugasan ini juga saya dapat mengetahui bahawa
sebagai seorang guru kita hendaklah sensitif dengan kecerdasan pelajar semenjak
dari awal lagi. Oleh yang demikian seorang guru yang peka dengan kecerdasan
pelajarnya yang berbeza dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam
menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar. Guru
berupaya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan
pelajar. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai seperti kumpulan,
pemulihan dan pengayaan dapat membantu golongan pendidik bagi mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik. Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira
kecerdasan pelbagi dan gaya pembelajaran pelajarnya dan menambahkan nilai-nilai
murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik
darjah. Di samping itu, guru juga berupaya mengenalpasti dan mengembangkan
kecerdasan dan keupayaan pelajar berdasarkan perbezaan keupayaan, latarbelakang,
bakat, minat dan kesediaan belajar.
Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya teruja dengan
usaha dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi dari pensyarah penasihat iaitu
Puan Haliza Binti Hussin yang telah bertungkus lumus bagi memastikan tugasan
yang diberikan kepada saya dan ahli kumpulan dapat disiapkan dengan baik.
Selain itu, Puan Haliza juga banyak memberi sumber rujukan bagi melicinkan
segala kerja kami. Tidak lupa juga kepada pensyarah lain terutamanya Puan
Norani Binti Mansor yang turut membimbing saya dan kumpulan serta memberi
tunjuk ajar yang begitu komited sekali.
Harapan saya agar melalui tugasan yang telah diberikan
ini saya dapat gunakannya di masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan diri
untuk terus berusaha mencapai kejayaan untuk menjadi seorang pelajar dan guru
yang berdedikasi dan serba boleh. Saya juga berharap segala hasil usaha kami
ini dapat digunakan dan diaplikasikan oleh rakan-rakan lain dalam mengharungi
cabaran untuk menjadi seorang guru yang dapat mendidik anak bangsa dengan
berkesan.
BIBLIOGRAFI
A.J. Michael. 2006. Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk Pelajar Kursus
Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru. 2003. Kursus
Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah.
Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Model 1/3 Unit 1/2 Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Guru.
Bahagian Pendidikan Guru. 2004. Kursus
Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah.
Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Model 2/3 Unit 1 dan Unit 2 Psikologi
Pendidikan. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Guru.
Dr. Ragbir Kaur
A/P Joginder Singh. 2005. Panduan
Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng.
1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sd. Bhd.
Khadijah Rohani
Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur : Open University (OUM).
Lee Shok Mee. 1994. Asas Pendidikan 2 : Psikologi dalam Blik Darjah. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee.
1995. Asas Pendidikan 2 : Murid dan
Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mook Soon Sang.
2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus
Perguruan Lepas Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Pusat
Perkembangan Kurikulum. 2001. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shahabuddin
Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi
Pembelajaran & Personaliti. Pahang : PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali,
Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan.
Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.
http://haqiqie.wordpress.com. Akses pada 13 Ogos 2007.
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf.
Akses pada 13 Ogos 2007.