Thursday, June 21, 2012

APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAH


APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAH


  1. Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.

a)    Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya
menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah.

b)    Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin ber-
ulangnya tingkah laku yang positif.

  1. Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berpering-
kat.

a)    Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak
terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya.Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.

b)    Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak
secara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain ping-pong)
supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

  1. Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi
yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi
dengan betul.

a)    Generalisasi

(i)         Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah.
            Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B.
(ii)       Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan.
(iii)      Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan
            UPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahu
            nya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir sama
            dengan ujian bulanan.
(iv)         Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah
biasa membuat ujian bulanan.

b)    Diskriminasi rangsangan

(i)        Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada
            rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-
            rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P.
(ii)           Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif
spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.
(iii)          Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada
maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
(iv)         Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi
antara maklumat penting dan kurang relevan.

  1. Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.
                 
a)    Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang
diingini atau tidak diingini oleh guru.
b)    Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (rangsangan) pelajar berdiri
dan mengucapkan ” Selamat Pagi ” (gerak balas). Guru pun memuji pelajar.
c)    Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap
kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

  1. Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan.
           
a)    Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh
gerak balas terlazim.
b)    Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk
pujian untuk kerjanya yang kemas.
c)    Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru.
Pujian             Kerja kemas             Kerja kemas berterusan
d)    Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif
dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan
pelajar.

  1. Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.
a)    Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum
mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki
dalam P&P.
b)    Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,
hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku
yang diingini.
c)    Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

  1. Penghapusan
a)    Jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara
perlahan-lahan.
b)    Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar
dalam situasi P&P.
c)    Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan
kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.
d)    Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan
yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.
e)    Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.
f)     Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

No comments:

Post a Comment