Pengenalan
Setiap bahasa di dunia ini mempunyai
tafsiran masing-masing bagi mendefinisikan maksud peradaban. Bukan sahaja ejaan
dan sebutan yang berbeza, makna dan konsep peradaban turut berbeza antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya, istilah kulture dalam bahasa
Jerman membawa makna peradaban, manakala istilah culture dalam bahasa
Inggeris merujuk kepada kebudayaan. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa
setiap bahasa mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah peradaban.
Terminologi peradaban atau kadangkala disebut
tamadun dibicara dan dikupas oleh para
sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-masing. Biarpun
begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana, menyebabkan
wujudnya penafsiran yang berbeza.
Fokus utama bab ini ialah untuk memberi
gambaran dan seterusnya menjelaskan konsep peradaban atau tamadun berdasarkan
aspek bahasa (semantik) dan pandangan para sarjana. Ciri-ciri yang ada pada sesebuah peradaban akan
disimpulkan pada akhir bab ini.
Konsep Peradaban Dari Sudut Bahasa
Dalam bahasa Inggeris, istilah civilizations paling meluas digunakan bagi merujuk kepada istilah peradaban atau
tamadun. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki tingkahlaku yang
kasar atau kurang sopan, menjinakkan (to tame) dan menyelaraskan mengikut
keperluan masyarakat. Ringkasnya civilized bolehlah dikatakan sebagai
keluar daripada kehidupan primitif atau barbarian kepada kehidupan yang
mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
Nampaknya aspek tingkahlaku atau moral lebih ditekankan dalam definisi civilizations
ini.
Istilah civilizations dalam bahasa
Inggeris itu dikatakan lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas yang
membawa maksud city atau bandar.
Perkataan peradaban lebih sinonim dengan bandar atas alasan tiap-tiap tamadun
yang ternama memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri sesebuah peradaban
mudah ditemui di kawasan Bandar
Dalam bahasa Greek
pula, peradaban merujuk kepada perkataan kei, nomos dan keimelion.
Perkataan kei bermaksud terbentang atau terhampar atau sesuatu yang
datang kepada kita. Perkataan–perkataan
terbitan lain seperti kei tai, kei mai, kesai dan kestai juga
mempunyai maksud yang sama. Selain itu kei juga membawa maksud kediaman
atau rumah. Tamadun dalam bahasa Greek bermakna sesuatu yang terbentang seperti
segulung permaidani yang dihampar. Tempat perlindungan yang selamat boleh
dihubungkan dengan adanya undang-undang untuk mencapai keselamatan dan
keamanan. Nomos merujuk
kepada jalan, method, unsur peraturan
atau laluan serta undang-undang yang ditetapkan. Nomos juga merujuk
kepada malaikat yang membawa undang-undang yang dihamparkan ke hadapan manusia
untuk membawa keamanan dan keselamatan kepada manusia. Keimelion pula bererti khazanah atau
harta yang disimpan. Pendek kata, soal penempatan, undang-undang dan harta
diberi penekanan bagi menjelaskan maksud
peradaban.
Istilah Kulture
digunakan bagi merujuk kepada makna peradaban dalam bahasa Jerman. Istilah
tersebut membawa maksud kepada sumbangan manusia dalam pelbagai bidang seperti
penghasilan dalam bidang seni, penghasilan buku dan sebagainya yang tidak ada
kaitan dengan perkembangan masa. Sarjana seperti Johann Gottfried von Herder
pada abad 18 cuba mempertahankan perkataan kulture kerana istilah ini
menekankan keunikan budaya bangsa Jerman, dan tidak boleh diadaptasikan dalam
bahasa Inggeris daripada Jerman. Hal ini kerana kulture dalam bahasa Inggeris dan Perancis lebih
merujuk kepada makna budaya.
Dalam
bahasa Arab, beberapa istilah sering digunapakai bagi menjelaskan konsep
tamadun. Beberapa istilah seperti madaniah, hadarah dan tamaddana.
Perkataan peradaban lahir daripada
perkataan maddana yang mempunyai dua pengertian, iaitu merujuk kepada
perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatan memperhalus budi pekerti.
Daripada maddana muncul perkataan maddani yang membawa erti
pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.
Hadarah pula dikaitkan dengan keadaan kehidupan
yang berada pada tahap maju. Lawannya ialah badawah yang bererti mundur.
Daripada erti perkataan hadarah ini dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadun itu
adalah berasal daripada bandar. Hal ini kerana bandar merupakan tempat yang
sesuai untuk melahirkan kemajuan disebabkan
di situ terdapat pelbagai benda dan kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun.
Kehidupan hadarah banyak tertumpu kepada unsur-unsur yang bercorak perdagangan, kemajuan
teknologi, dan pengkhususan pekerjaan. Kota-kota dalam bahasa Arab dipanggil mudun
yang memiliki ciri-ciri tamadun.
Perkataan tamadun
diambil daripada kata dasar bahasa Arab Tamaddana atau Madana
yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal,
membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Kamus al-Munjid
menjelaskan istilah tamadun adalah terbitan daripada lafaz tamaddana,
iaitu fenomena daripada perubahan cara kehidupan daripada corak liar atau nomad
kepada kehidupan yang berbentuk maju.
Dari perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan
perkataan umran, adab dan dinnun atau dainun. Umran
membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju,
perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula merujuk
kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok
tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Ta’dib adalah proses
membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa maksud kepatuhan,
penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau pemerintah; madinah (sebuah bandar
yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah).
Dalam bahasa
China, peradaban disebut wen ming
yang bererti cerah, terang atau bercahaya yang merujuk kepada peradaban. Wen
merujuk kepada keindahan, kelembutan, keelokan atau budi pekerti. Ming
pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan. Istilah tersebut juga dikaitkan
dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana,
pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. Daripada definisi ini dapat
dikatakan bahawa bahasa China memberi penekanan kepada unsur-unsur yang baik,
menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional.
Dalam bahasa
Tamil, peradaban dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar
bermaksud kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan.
Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan
yang menciptakan bandar.
Dari
sudut morfologi bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ berkemungkinan besar pada
peringkat awal penggunaannya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab iaitu
“tamaddun” yang dikenali sebagai peminjam bulat-bulat. Akan tetapi, pada
peringkat selanjutnya berlaku perubahan sebutan dengan pengguguran huruf ‘d’ yang kedua. Mengikut Kamus Dewan, peradaban
merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain),
negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan,
atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus).
Jelaslah tafsiran terhadap istilah
peradaban dari sudut bahasa mempunyai pelbagai maksud dan pengertian
tersendiri. Rata-rata tafsiran yang diberikan mencakupi aspek material dan
spritual.
Konsep Peradaban Pada Pandangan Sarjana
Para sarjana telah
memilih tema tertentu bagi mengupas maksud atau konsep peradaban.
Sarjana-sarjana seperti Said Hawa, Abu Bakar Hamzah, dan Hans W. Gatzle et. al.
telah menonjolkan tema pencapaian dalam bidang material dan spritual bagi
menjelaskan konsep peradaban. Said Hawa
membahagikan tamadun itu kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun
jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas
kebudayaan Islam manakala tamadun jahiliyah ialah segala kemajuan yang
dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian
dan moral. Abu Bakar Hamzah pula
menitikberatkan soal pembangunan yang sepadu antara dua unsur iaitu
unsur kerohanian dan unsur kebendaan. Pembangunan itu lahir seiring, sejalan
dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia, sama ada dalam bentuk
pemikiran atau kebendaan. Manakala Hans W. Gatzle et. al. menegaskan bahawa
peradaban akan wujud apabila adanya kerjasama antara sesama manusia bagi memenuhi keperluan material dan
spiritual.
Syed Naquib
Al-Attas dan Ahmad Bek Kamal memilih tema tingkahlaku dalam mendefinisikan
peradaban. Menurut Syed Naquib Al-Attas, peradaban itu ialah keadaan kehidupan
insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ahmad Bek Kamal menjelaskan tamadun
dengan menekan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan masyarakat daripada
suasana hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan dan pembentukan moral
tanpa mengira sama ada di Timur mahupun
di Barat.
Oleh
kerana konsep peradaban begitu rumit untuk didefinisikan, sarjana-sarjana
seperti Farmer, Buchanan dan sarjana
tempatan, Wan Hashim Wan Teh terpaksa mengemukakan pencapaian sesebuah
masyarakat dalam pelbagai bidang untuk merumuskan maksud peradaban.
Dalam bukunya Comparative
History of Civilizations in Asia, Edward L. Farmer mendefinisikan bahawa
peradaban adalah entiti atau unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia
yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan
institusi-institusi yang berterusan. Beliau kemudiannya mengenal pasti beberapa
ciri yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat bertamadun seperti sistem
tulisan, kerajaan dan pentadbiran yang berkesan, agama dan kepercayaan, organisasi
sosial, perbandaran, teknologi dan pengkhususan.
R.A. Buchanan pula
menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun perlu memiliki institusi-institusi
yang kompleks, melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi di kalangan anggota
masyarakat, wujudnya stratifikasi sosial, tahap penguasaan matematik dan
teknologi yang tinggi. Menurutnya lagi, masyarakat bertamadun juga seharusnya
mempunyai pengeluaran barangan melebihi keperluan tempatan, kerancakan aktiviti
perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya, dan masyarakatnya memiliki
ciri-ciri moden dan berdaya saing.
Bagi ahli antropologi tempatan, Wan Hashim
Wan Teh menegaskan bahawa konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada
pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan,
agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, serta organisasi politik
atau kemampuan mewujud dan mengurus sebuah kerajaan yang demokratis.
Bagaimanapun, penggunaan perkataan demokratis oleh Wan Hashim boleh
dipersoalkan. Apakah ukuran ‘demokratis’ yang boleh dijadikan kayu pengukur
untuk menentukan sesebuah kerajaan atau
masyarakat itu bertamadun atau tidak? Bagaimanakah pula jika kerajaan
bertamadun itu mengamalkan unsur-unsur pemerintahan yang tidak demokratis?
Bagi memudahkan
khalayak pembaca memahami dengan jelas konsep peradaban, ada di kalangan
sarjana cuba membandingkan istilah peradaban dengan istilah-istilah yang hampir
sama maknanya dengan peradaban. Sarjana-sarjana yang dimaksudkan ialah
Spengler, Max Weber, Quigly, Said Hawa, Sayyid Qutb dan Ahmad Syalaby.
Ahli falsafah
Jerman, Oswald Spengler membezakan istilah peradaban dengan kultur.
Menurutnya apabila masyarakat atau empire berada pada zaman kegemilangan,
ciri-ciri sosial dan intelektual masyarakat terserlah, beliau menganggapnya
sebagai kultur. Apabila kerajaan itu melalui zaman kegemilangan,
masyarakat itu tidak lagi progresif, tidak berubah dan tidak aktif dikenali
sebagai tamadun. Weber pula membahagikan kebudayaan itu kepada dua iaitu
kebudayaan spritual dan kebudayaan kebendaan. Kebudayaan kebendaan adalah
peradaban. Begitu juga dengan Said Hawa dalam bukunya, Al-Islam,
mengkategorikan tamadun kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah.
Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam.
Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk
kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
Satu pembahagian
yang teliti dan menarik dikemukakan oleh Carrol Quigley yang cuba membezakan
konsep peradaban dengan konsep kumpulan, masyarakat dan kumpulan
besar. Anggota dalam kumpulan besar (collections), boleh berkumpul bersama
di sesuatu tempat pada bila-bila masa namun mereka tidak mempunyai hubungan
yang akrab. Anggota dalam kumpulan (groups) mengenali antara satu sama
lain dan mereka dapat membezakan antara satu sama lain seperti warga kampus dan
ahli dalam sesebuah parti politik.
Apabila seseorang memegang nilai-nilai bersama, maka lahirlah budaya.
Menurut Quigley, masyarakat itu terbahagi kepada dua iaitu masyarakat
parasitic dan masyarakat producing. Masyarakat parasitic
merupakan masyarakat sara diri seperti orang Eskimo manakala masyarakat
producing melaksanakan aktiviti pertanian yang akhirnya mencipta pelbagai
teknik atau inovasi seperti masyarakat China. Jadi masyarakat berperadaban
menurut Quigley ialah masyarakat producing yang mempunyai sistem tulisan
dan menjalani kehidupan bandar seperti masyarakat China dan Aztec. Rajah di bawah menunjukkan kategori
masyarakat menurut Quigley.
Aggregates of Person
A.
Collections (kumpulan besar)
B.
Groups (kumpulan)
C.
Societies
(masyarakat)
1.Parasitic societies
2Producing societies
a) Simple tribes or bands
b) Civilizations.
Ada sarjana Islam
yang menjangkau definisi peradaban yang dikupas oleh sarjana-sarjana Barat.
Peradaban yang difahami oleh Saiyyid Qutb bukan kemajuan kebendaan tetapi peradaban
tauhid yang dilahirkan oleh sistem Islam yang menyempurnakan manusia dengan
kemanusiannya, menimbulkan makna sebenar ubudiyah kepada Allah dan
keseimbangan yang menyeluruh dalam hidup individu dan masyarakat. Ahmad Syalaby
pula mengkategorikan peradaban kepada dua jenis iaitu peradaban teori dan
peradaban ekperimen. Peradaban teori ialah peradaban tulen yang menjadikan
Islam sebagai sumbernya yang tunggal. Peradaban ini dikatakan lahir dalam
perkara-perkara yang tidak terdaya dicapai oleh fikiran manusia seperti di
dalam sistem politik, perundangan dan moral. Manusia tidak terdaya mencipta
sistem politik yang sihat, tidak terdaya mengendalikan isu-isu sosial yang
menjadi perselisihan di kalangan manusia sejagat. Peradaban ekperimen ialah
kemajuan yang boleh dicapai oleh manusia dalam bidang-bidang matematik,
perubatan, astronomi dan sebagainya.
Ada pula sarjana yang mendefinisikan
peradaban berdasarkan sifat-sifat fizikal peradaban itu sendiri. Syirazi mendefinisikan tamadun sebagai
sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan
pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, kemajuan
industri dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Ahli antropologi, Robert
Redfield mengibaratkan tamadun sebagai beberapa puncak pencapaian sama seperti
puncak-puncak gunung di permukaan bumi.
Konsep
peradaban begitu sinonim dengan perkembangan bandar. Lantaran itu, Gordon
Childe cuba mengaitkan peradaban dengan konsep urban revolution.
Menurutnya, peradaban lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan
besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan dalam pekerjaan, mencipta barang
baru yang berkualiti yang akhirnya membawa kemajuan dalam bidang-bidang lain
seperti intelektual dan kesenian. Begitu juga dengan Abu Nasir al-Farabi dan
Jurji Zaidan. Abu Nasir al-Farabi menganggap peradaban sebagai pencapaian umat
Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak. Jurji
Zaidan pula mendefinisikan peradaban sebagai pencapaian umat Islam yang
berpusat di kota dalam bidang kerohanian dan kebendaan berasaskan agama.
Ciri-ciri Masyarakat
Berperadaban :
Berdasarkan
perbincangan daripada aspek bahasa dan pandangan para sarjana, di sini
diperturunkan beberapa ciri utama yang dimiliki oleh masyarakat berperadaban.
Ciri
utama yang mendasari sesebuah peradaban ialah pertumbuhan bandar atau kota.
Istilah-istilah yang membawa makna peradaban seperti civitas, maddana
atau hadarah dan nakarikam menggambarkan kehidupan di bandar. Hal
ini kerana ciri-ciri kehidupan di bandar itu lebih kompleks yang melahirkan
pengkhususan kerja, inovasi dan kemajuan dalam pelbagai bidang. Gordon Childe
menegaskan bahawa peradaban lahir apabila manusia menetap dalam
kumpulan-kumpulan besar dan menjalankan pengkhususan di bandar. Bagaimanapun
dalam era dunia tanpa sempadan, konsep bandar mungkin boleh dilihat dengan
lebih luas kerana peranan kota telah diambilalih oleh negara bangsa atau
kerajaan atau benua. Masyarakat mungkin bersetuju mengiktiraf Jepun sebagai
negara bertamadun ( tidak bandar-bandar Tokyo, Hiroshima dan sebagainya ) dan
ramai akan menyetujui bahawa benua Eropah atau tamadun Barat menguasai tamadun
lain.
Ciri
kedua yang perlu dimiliki oleh masyarakat bertamadun ialah mempunyai
tingkahlaku yang luhur dan murni. Hal ini telah ditegaskan melalui perkataan civilize
dalam bahasa Inggeris dan adab serta adbun dalam bahasa Arab.
Begitu juga dengan Syed Naguib yang menekankan kepada kehalusan tatasusila bagi
mencerminkan masyarakat bertamadun. Layanan orang Ansar terhadap orang
Muhajirin di Madinah semasa era Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan orang Ansar
memiliki tingkahlaku yang terpuji.
Kemajuan
dalam pelbagai bidang merupakan ciri ketiga untuk membuktikan bahawa sesebuah
masyarakat itu bertamadun. Rom misalnya terkenal dengan unsur seni bina dan
undang-undang, Athens pula melahirkan ahli-ahli falsafah manakala kerajaan bani
Abbasiyah semasa pemerintahan Harun al-Rasyid memberi sumbangan yang besar
dalam bidang intelektual. Generasi muda
perlu dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar
kesinambungan kemajuan dapat diteruskan.
Masyarakat Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib sehingga
memasuki era Zaman Jahiliyah kerana masyarakat mereka tidak memiliki kemahiran
dan buta huruf.
Konsep peradaban kurang lengkap jika
definisinya tidak dimasukkan unsur-unsur kemajuan material dan spritual.
Pencapaian dalam bidang material seperti unsur seni bina, pentadbiran yang
berkesan, pencapaian ilmu pengetahuan dan sebagainya perlu disertai dengan
unsur-unsur moral atau kerohanian. Pencapaian dalam aspek kebendaan pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w. mungkin tidak sehebat pencapaian unsur-unsur spritual yang
dimiliki oleh masyarakat Islam ketika itu yang mahu menegakkan agama Islam.
Pengertian Budaya
Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak
banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia
dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan
didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak
budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami
lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah
lebih kompleks daripada haiwan.
Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai
selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam
pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia
yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan
budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran
terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya.
Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh
sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah
mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh
sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.
Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada
perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah
perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam
intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan
“budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan
fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya
adalah kata singkat daripada kebudayaan.
Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan
peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya.
Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan
unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu
dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan
perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu
sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara
unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya
universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan
bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian
dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya
besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam
berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang
tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala
aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang
kita namakan “trait complexes” dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada
trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang
lebih kecil yang dinamakan unsur atau “items”.
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan
hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh
berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam,
kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari
berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan
budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan
alat-alat yang dihasilkan.
Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan
satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu
dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang
menjadi tumpuan kajian itu.
Perlakuan dan Kawalan Sosial
Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar
yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya
atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan
sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya
seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada
bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas.
Fungsi
Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya
tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu
hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara
satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu
hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas.
Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu
melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau
sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian
melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism.
Para pengkaji anthropologi berusaha memberi
pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba
menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya
tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu
tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu
mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji
dan dianalisis dengan lebih mendalam.
Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut
paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh
itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan
minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial.
Anika budaya
Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai,
diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam
budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya;
misalnya pembahagian seperti “barat” dan “timur”; primitif dan moden; tradisi
dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam
kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses
mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan
terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.
Pengertian Masyarakat
Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat
dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan
sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh
para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan
itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum,
masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang
mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan
dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan
kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang
tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi
antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu.
Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses
interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi.
Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola
interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.
Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang
meliputi berbagai-bagai ciri – meliputi unit-unit sosial dan
institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial
yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit
sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan
tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu
berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri.
Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada
kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud
kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu
tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang
dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu
terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan
untuk kategori itu.
Kolektif:
Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan
anggota-anggota masyarakat.
Kelompok sosial (social group): Pembentukan
kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras
(racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic
group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan
tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama.
Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang
tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama.
Komuniti:
Berasaskan kepada hidup setempat – ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan
unit sosial yang lebih besar.
Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti
individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan
atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam
anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang
bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau
organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti
institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan
sebagainya.
Struktur Sosial:
Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu
prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat
menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam
memahami budaya dan masyarakat.
Masyarakat dan Budaya
Dinamiks Sosial:
dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi,
inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya
persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya.
Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara
mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat
sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga
seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan
peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut
enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik
sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya
melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam
budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya.
Proses perubahan masyarakat dan budaya
Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu
berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka
masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi.
Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan
masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu
lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep
perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang
lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih
bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan
akultrasi.
Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam
anthropologi dikatakan “directional processes” yang dilihat dari jauh. Proses
evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses “recurrent”.
Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar
tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru
disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan
akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan
unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan
penciptaan.
Difusi
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur
budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu
masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya
dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama
(intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah
“inter-society diffusion”. Intra-society diffusion selalunya merupakan
penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses
inovasi dan penciptaan. Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan
penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada
satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang
yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang
kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh
berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara,
pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsur-unsur
budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan
kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara
pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masing-masing
budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic.
Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang
berlaku secara sukarela yang tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh
missionary atau pengembang agama, cara ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan
budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui peperangan, penaklukan dan
seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan.
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana
terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti
radio, tv dan filem.
Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau
meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan
jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya
itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan.
Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain
yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta
ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta.
Asimilasi
Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang
budaya berbeza, mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang
lama sehingga budaya-budaya dari kelompok-kelompok itu berubah saing
menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami
proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila
terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama.
Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu
sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan
superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang
dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain.
Akulturasi
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan
bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya
asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan
identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu
kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya
migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur
budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya
sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial
Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar
di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini
berlaku secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania,
Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali
berlaku dalam abad ke-20.
Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan
kepada penyelidikan proses akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas.
Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan
oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana
ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain.
Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah
yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material
culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi
kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang
mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang
tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima.
Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah
unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara
turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang
dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan,
seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan
agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual
yang berkaitan dengan hal ini.
Individu yang dikatakan “moden”, “maju” dan “progresif” lebih mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan individu “kolot” atau “kampungan”. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi.
Individu yang dikatakan “moden”, “maju” dan “progresif” lebih mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan individu “kolot” atau “kampungan”. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi.
Konflik dan ketegangan sosial kesan dari
akulturasi
Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis,
iaitu transisi antara golongan yang kuat ikatan kepada tradisi dengan golongan
muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul dan perdebatan atau
ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongan-golongan itu
menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua dengan
golongan muda; golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran;
nasionalisme dengan liberalisme; golongan maju, moden dengan golongan kolot;
golongan urban dengan golongan kampung.
Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali
apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya penerimaan unsur-unsur budaya
asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-golongan penentang. Golongan
yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan yang berusaha mempertahankan
tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri daripada masyarakat yang
dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakan-gerakan cults,
messianic movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-gerakan ini
berusaha mempertahankan indentiti sendiri.
Ethnologi
Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang
memberikan huraian tentang sesuatu budaya dalam konteks masyarakatnya.
Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada segala aspek yang menjadi
unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur:
(1)Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi,
(2)Sistem ekonomi,
(3)Sistem sosial,
(4)Bahasa,
(5)Kesenian,
(6)Sistem pengetahuan,
(7)Sistem kepercayaan.
(2)Sistem ekonomi,
(3)Sistem sosial,
(4)Bahasa,
(5)Kesenian,
(6)Sistem pengetahuan,
(7)Sistem kepercayaan.
Dari abad ke-19 lagi penulisan ethnografi
menumpukan perhatian serius kepada persoalan teknologi. Pemerhatian pada masa
itu lebih merupakan secara luaran sahaja. Dalam bidang ini termasuk berbagai-bagai
bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah, alat senjata dan sebagainya.
Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan secara terperinci, tetapi
dalam masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks. Perbincangannya
lebih merupakan satu deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan tentang
fungsi sosialnya. Deskripsi secara terperinci itu penting dilakukan sebagai
asas dalam membuat perbandingan tentang penyebaran hasil budaya itu dari satu
budaya kepada satu budaya lain. Kemudian dalam tahun-tahun 20-an dan 30-an
penulisan tentang teknologi seperti dulu semakin berkurang dalam hasil-hasil
ethnografi. Sistem teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah luas sekali
bidangnya. Oleh itu para pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori
tertentu yang lebih kecil, seperti alat-alat pengeluaran, senjata, makanan,
pakaian, perhiasan, rumah, dan sebagainya.
Sistem ekonomi
Eknomi sara diri termasuk teknik dan alat-alat
yang terdapat dalam masyarakat peringkat ini, terutama dalam masyarakat
primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem ekonomi secara sederhana itu
telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4 lagi.
Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan
dengan teori evolusi dalam pertumbuhan usaha cari makan dari satu peringkat
kepada satu peringkat perkembangan manusia yang lebih tinggi. Cara hidup
pertanian meletakkan pertanian secara usaha paling atas.
Terdapat banyak kritik tentang evolusi dalam mata
pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat ekonomi. Sistem ekonomi juga tidak
terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat.
Sistem sosial
Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji
menggunakan teori evolusi dalam menerangkan perubahan sistem sosial. Antara
yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang mengkaji sistem kinship dalam
berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi dalam sistem ini. Beliau
tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini antara
berbagai-bagai budaya yang menjadi tumpuannya.
BUDAYA
Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam
persekitaranmanusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya juga diertikan sebagai, µ The way of life of a people, including
their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and
habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned
but are often toopervasive to be readily noticed from within.( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).
Di definisikan sebagai cara hidup yang
diikuti oleh orang yang menjadi anggotakumpulan
tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasiekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa
yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggotamasyarakat.( Masyarakat Dan
Kebudayaan Malaysia, 2001).Kesimpulan
Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia,manakala
sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hiduporang ramai
termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiatberfikir serta cara
perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.Budaya boleh dibahagikan kepada dua
jenis besar iaitu :
1. budaya kebendaan
2. budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan Ialah peralatan dan
kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjatadan sebagainya,
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbezadengan orang Inggeris atau
orang Eskimo.
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang.Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang
berbeza-bezadalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu
yang manapihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala,
bagimasyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak
perempuankepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga
pentingsebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk
jalanbagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan
berbudaya.Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya
Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti.
Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskanciri-ciri
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu DanPembinaan
Bangsa Melayu, 1992).
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagaiµ
budaya dan budaya ini memberikan
identiti kepada kelompok itu dari segi caraia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepadasatu keturunan yang lain.
Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satuhimpunan kelengkapan intelektual
dan kebendaan yang dapat memenuhikehendak biologi dan kemasyarakatan serta
dapat menyesuaikannya dengankeadaan sekeliling.
Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama
terdapatperbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.Sesuatu kebudayaan berkembang dan
terus dicipta mengikut kesanggupanmasyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila
berlaku pertembungandengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan
sebagai alternatif atau menokok tambah dari apa
yang telah sedia ada. Maka
boleh di katakanbahawa µ manusia itu sendiri
membentuk budaya dan perkembangan
budayaakan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.
Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang
menggambarkan budaya itu terbitdaripada tingkahlaku dan akal manusia :
Dipelajari
Budaya
tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagaicontoh
menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibubapanya
untuk berbahasa dan berhubung.
Dalam
proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi,adaptasi,
akulturasi, difusi dan integrasi. Apakah bentuk dan jenis pembelajarananggota
masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
- Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah,
institusi latihandan sebagainya.
- Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam
sesebuah masyarakat itu.
- Umur seseorang.
- Tahap pendidikane. Situasi sesuatu peristiwa
itu berlaku.
Dikongsi -
Budaya
itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.Perkongsian ini
bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong olehsekumpulan
mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerananmasyaarakat
menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyatMalaysia kerana dituturkan
oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuanyang tidak dikongsi oleh
sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budayaseperti perlakuan mencuri
walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpaperkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuanmasyarakat.
Sejagat -
Budaya
itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan ituwujud dalam semua
kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidakmemiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbezaantara masyarakat kerana
faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahappenyesuaian anggota.
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat
dalam semua budayaiaitu:
i.
Peralatan
dan kelengkapan hidup manusia
ii.
Mata
pencarian hidup dan sistem ekonomi
iii.
Sistem sosial.iv.
bahasav. kesenianvi. sistem pengetahuan.
Diwarisi -
Budaya
itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Inibermakna bahawa
budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari iniadalaah lanjutan daripada
budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akanmemberi kesan kepada hari
ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksudbersambung. Teknologi yang
dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awalmanusia masa lampau.
Berubah -
Budaya
sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud daridahulu hingga sekarang
tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikajidaripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku.rumah beratap gentingtelah digantikan dengan rumah
beratap rumbia. Dalam sejarah tamadunmanusia, perubahan budaya bukan kebendaan
dapat dilihat dengan jelas sepertiperubahan sistem ekonomi sara diri kepada
ekonomi kapitalis. Namun,perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i.
pertambahan
bilangan anggota masyarakat
ii.
pertambahan
keperluan dan keinginan manusia
iii.
penemuan
dan penciptaan teknologi baru
iv.
pertembungan
budaya.
v.
konflik yang berlaku.
vi.
perubahan
alam sekitar.
Perlambangan- Perlambangan ini
ialah sebagai satu lambang dalam budayayang memberikan makna tertentu kepada
pendokongnya seperti bendera,warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.
Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
Pandangan
semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadapkeadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta initimbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.Pertalian yang erat ini
pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian sepertisimpulan bahasa (seperti aur
dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung),tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.
Fungsi Budaya
Dalam Kehidupan
Budaya
dalam pengertian biasa ialah satucara hidup manusia dan membawa makna yang
sangat luas. Dengan prinsipbahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu
diperlu dan dihasilkan olehmanusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
M emenuhi dan Menyediakan
Keperluan
- Semua
manusia memerlukankeperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,
manusia menggunakanair untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan
rumah dansebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada
keutamaankeperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika
masyarakat itumewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal
Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat
dalam Bertingkahlaku-
Kepercayaan
adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupanmanusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripadaagama. Budaya mempunyai
peranan memberikan panduan kepada anggotamasyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan
panduan,meliputi:
i.
perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii.
perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii.
perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
Mengatur Hubungan Sesama Manusia
Dalam
masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,tetamu dan
sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hatirakan sesuai dengan
ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupanseharian, kebudayaan
memainkan peranan mengatur hubungan sesamamanusia.
KONSEP
ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani
iaitu
Ethnos yang bermaknaorang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas
dasar ciri-ciribudayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu. Inibererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di
manaanggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkahlakuyang sama.
Etnik
sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga,pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan
ekonomidan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau,
danpelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya
bersikapetnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul
dan lebihutama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil
ganjil,berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
Penggunaan
istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulanganwalaupun ia
membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah rasdan etnik sering
kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya
menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan Indiasepatutnya dikenali
sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Ras
ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciriyang
paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulanmanusia ialah
warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa.
Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikansebagai kelompok manusia yang
ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budayaseperti adat resam, pakaian,
bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Menurut
Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidakmemaksa
perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan
etnik lazimnya bermula daripada satu konsepketerunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenekmoyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.
Etnik
dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga
dapatdikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi
dansempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagaikumpulan
etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.
Perbezaan
budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini.Dengan ini
jelas memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyaiperbezaan budaya dengan
etnik yang lain
TEORI-TEORI
HUBUNGAN ETNIK
Segregasi
Ia
merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnikdalam sesebuah
negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan diantaranya dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutandan kemudahan awam.ia wujud
sama ada didasari oleh undang-undang atautidak seperti Dasar Apatheid di Afrika
Selatan.
Akomodasi
Ia
merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai merekaantara satu sama
lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidupmasing-masing. Namun,
mereka hidup secara harmoni dan menghormati antarasatu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakildan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan, mereka saling bergantungan.Negara Swtzerland adalah negara yang
mempunyai hubungan etnik bersifatakomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis
dan Itali, saling membuatpenyesuaian antara mereka.
Akulturasi
Ia
merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalanganindividu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasiterjadi apabila
satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentudihadapkan
unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehinggaunsur-unsur
kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalamkebudayaan sendiri.
Berbeza
dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidakmenyebabkan kehilangan identiti
asal masyarakat yang menerima.Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:1.
Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya
kebendaanseperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.2.
Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi,pemikiran
dan sebagainya.
Asimilasi
Ia
merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnikyang berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengankebudayaan dan identiti yang
sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehalaindividu ke dalam etnik yang lain.
Asimilasi yang sempurna menyebabkanberlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat
Jawa, masyarakat CinaKelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses
asimilasiProses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1.
Etnik yang berbeza budaya.
2.
Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1.
Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerimaidentiti etnik
lain.
2.
Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3.
Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompokminoriti
adalah kecil.
4.
Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
Penguasaan
dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akanmenyukarkan proses
asimilasi.Faktor penghalang asimilasi ialah:
1.
Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takutterhadap budaya
lain.
2.
Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3.
Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
Amalgamasi
Ia
merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau rasbercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antaraetnik.Implikasi; sempadan dan tauladanTragedi-tragedi
yang berlaku seperti 13 Mei 1969 etc. menyebabkan banyakdasar dan strategi
dijalankan terutama pada peringkat persekutuan
Ø Majlis Penasihat Perpaduan
Ø DEB
Ø Dasar Pelajaran kebangsaan
Ø DKK
Ø
Etc.
Kepelbagaian Budaya
Menurut kamus Dewan (2005)
edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai
jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada
abstrak atau konkrit yang
boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.Budaya pula merupakan
cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri
dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan “daya” (Shamsul Amri
Baharuddin,2007:13). Perkataan “budhi” yang dipinjam
daripada bahasa Sanskrit
bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan “daya” pulaialah perkataan
Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga danpengaruh (Shamsul Amri
Baharuddin,2007:13).
Mengikut Kamus Dewan (2005)
edisi keempat muka surat 212 menyatakan
budaya membawa maksud tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Budaya merupakan antara faktor
yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas
kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan.Sebagai contoh, kaum Cina di
Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting
dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta iniadalah hakikat yang telah
membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awalpenghijrahan mereka ke Tanah
Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham, 1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum
India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat
tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.
Mohd Taib Osman (1988)
memperkatakan budaya sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual
dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. E.B. Tylorpula
menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adatdan sebarang
bentuk kebiasaan. Manakala L.A. White
memperlihatkan bahawabudaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola
tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada
simbol-simbol (Syed Ismail Bin SyedMustapa dan Ahmad Subki Bin
Miskon,2010:4-5).
Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yangmempunyai budaya, adat
resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah
membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis danbersama-sama berganding bahu
untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan
sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan
dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Budaya
kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang
lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala budaya bukan
kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang (Shamsul Amri
Baharuddin,2007:14). Masyarakat yang yakin kepada budayanya
akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat
dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakattersebut
bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dankekuatan
unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.
Ciri-ciri budaya ialah seperti berikut:
a. Boleh dipelajari
b. Boleh dikongsi
c. Bersifat sejagat
d. Boleh ddiwarisi
e. Sentiasa berubah
f. Simbolik
g. Pandangan semesta
Budaya ialah pencorak yang
membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu
masyarakat.Budaya mempunyai dua peranan
iaitu yang pertama membina imej
negara ke arah mewujudkan
keperibadian serta identiti dan yang kedua memupukkesedaran kebangsaan dan
kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,spiritual dan mental (Shamsul
Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian
budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkaumanyang
mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah
danpembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13
Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru.
KerajaanMalaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah
pelbagaikaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
Sekiranya peristiwaberdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah
pelbagai pandangan dan pendapatnegatif dari luar yang menggambarkan tiada
kesepaduan, toleransi dan keharmoniandalam kalangan masyarakat Malaysia yang
pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlahbudaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini
melambangkan identiti dan imej negaradi mata dunia.
KONSEP
KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA
Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat
tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat
perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan
budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah
Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari
cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal
,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara
hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia
meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan
Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamdun , peradaban, kemajuan fikiran , akal
budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan
sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai
Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang
diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara
hidup yang diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran, nilai
kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu . Budaya merupakan
warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh
diwarisi.
Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di
sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah,
murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat.
Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.
KESIMPULAN
Perpaduan Negara adalah tonggak kepada
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negara. Hakikat bahawa masyarakat Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan berasal dari wilayah yang
berlainan menjadikan soal perpaduan amat penting dalam menentukan pencapaian
matlamat pembangunan Negara.
Bersandarkan
kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu sensitive dan prihatin
dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian antara
kaum, agama dan wilayah melalui pemupukan nilaai-nilai sejagat yang murni,
termasuk hormat-menghormati, toleransi dan saling memahami sesame kaum dan
sesame manusia.
Pada
hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan
perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
Namum,
proses pengukuhan perpaduan Negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran
masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan
Negara.
RUJUKAN / REFERENSI
Prof Dr Mohamed Yusoff
Ismail, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid, Dr Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar dan
Sheith Faikis Abu Bakar. 2010. HBEF1503
MASYARAKAT DAN TAMADUN. OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.
http://www.scribd.com/doc/46963767/Budaya-amp-Kepelbagaian-Kelompok-Di-Malaysia-EDU-3106
No comments:
Post a Comment