PENGENALAN
Perguruan adalah satu profesion
yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar
manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka
terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap
keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru
adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli
masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep
profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang.
Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah
keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
Profesionalisme pada asasnya
dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka
dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan.
Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa
segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang
digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan
kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat
dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut
mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan
menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion
perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk
menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara
tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya
penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran,
mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah,
pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai
murni pembelajaran di kalangan pelajar.
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB GURU
Etika Profesion Perguruan
1. Seorang guru tidak harus bertingkah
laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan
menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku
begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan
amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas
seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tangungjawab utama seseorang guru
ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi
semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian
terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
6. Dia haruslah memberi perhatian dan
pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
7. Dia haruslah bertugas sebagai
"pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku
murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil
tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina,
bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek,
akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima
perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka
memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan
rohani.
10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid
supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu
kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap
murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion
perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu
yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang
baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara
yang taat setia dan berguna.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau
membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu
bapa pelajar.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu
rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa
bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang
dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran
yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan
dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksakan
kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau
menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam
manjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik
guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau
kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu
berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan
dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat
dalam profesion perguruan.
TANGGUNGJAWAB
SEORANG GURU
Tanggungjawab
terhadap Pelajar
Seorang
guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal
yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa
mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial,
keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi
pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak
harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau
mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan
memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri
kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab
terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
Seorang guru mestilah mengelakkan
diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut
melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia
untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai
profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Tanggungjawab
terhadap Masyarakat dan Negara
Seseorang
guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip
Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati
masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima
oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab
terhadap Ibu Bapa
Menghormati tanggungjawab utama
ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan
hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan
dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan
tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau
dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan
diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru.
No comments:
Post a Comment