Wednesday, August 29, 2012

Sistem Pendidikan Malaysia dan Perpaduan Kaum


1.0  KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA
Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

               Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti faham sebaik  mungkin  cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan  masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat  lain.   Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.

               Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur  berpandukan  3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera Malaysia,  lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.

               Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menyemarak dan menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia.


1

            Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

               Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. 

               Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden dan ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks “bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib.

               Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada matapelajaran  pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John Lowe,1960).


2


2.0  PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA
Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini.

     Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

3.0       DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:


            1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
            2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
            3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
            4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan


3

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura).  Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

 

        Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

               Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
    
4

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

     Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0  HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka.  Peristiwa 13 Mei 1969 Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah, Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

5

               Keseimbangan kaum  melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina dan Melayu di Kuala Lumpur. Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan ‘ Malayan Malaya’ sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan DAP memainkan isu perkauman semasa pra-pilihanraya.

               Pengajaran Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang sangat sensitif dan amat mudah jadi bahan pertikaian. Semua kaum hendaklah dijaga dan ditadbir secara saksama. Kerajaan lebih menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Kepentingan Memahami Hubungan Etnik menjadikan  Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang pernah mengalami konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.

               Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi  sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan pengindustrian disesebuah negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

               Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan menyemai ideologi Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan  Kebangsaan, Dasar Kebudayaan  Kebangsaan. Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak
6

memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan). Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang dan cepat diperolehi.

5.0       KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK
            KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.

        Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.
7
       
Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan  sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

       Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.

        Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar dan menguasai proses pembelajaran


8

yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.

        Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

        Pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima input- input daripada guru dengan berkesan. Guru  juga akan sentiasa memberikan input yang terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik. Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid tanpa mengira kaum berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing mengikut tahap kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh Howard Gardner iaitu ialah kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.

        Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru untuk merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar. Sistem pendidikan sedemikian akan menggalakkan pembelajar yang lebih efisien di Malaysia.

9
Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan melihat keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih berpusatkan kepada guru dan murid. Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Pelajar mempunyai pandangan serta pengalaman tersendiri yang mereka lalui sebelum ini.

Hal ini akan merancakkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk semua kaum kerana idea dan kebolehan semua pelajar dapat dikembangkan di sekolah secara bersama. Sebagai contoh pelajar sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Ramai pelajar sudah tahu dan mendapat pendedahan menggunakan komputer. Keadaan ini akan menyenangkan guru untuk mengajar mereka kemahiran menggunakan komputer.

6.0       KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK
            KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara kita.

               Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi masalah globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita juga memusatkan (centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar belitkan dibawak faktor politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas dasar pendidikan. Ini akan melahirkan masyarakat yang tidak adil

10


seperti kekurangan guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan ini juga akan merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi sedikit yang akan merencatkan perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis adat dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit.
           
               Ada juga masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua atau guru besar disesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan guru-guru serta pihak sekolah dipersalahkan jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan. Masalah ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara kita sama ada di Sekolah Kebangsaan, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil. Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini masih enggan mengemukakan rancangan penilaian alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak butir-butir berkenaan pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara penilaian baru mungkin akan memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

7.0       CADANGAN MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya.  Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebih
jelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya.

               Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan  guru dan  peruntukan  kursus   ke seluruh


11


negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur  dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing.       

               Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang.

               Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.

               Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.

               Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.
12
              
                Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.

               Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan.
              
8.0        KESIMPULAN
Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat.

               Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum.


13


9.0       RUJUKAn
BUKU
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung Malim.
Dr. Zaid Ahmad, Dr. Ho Hui Ling dll. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn Bhd: Selangor.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.
Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor
Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti: Kuala Lumpur.
Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.





15 comments:

  1. As salam .. izinkan sya copy sebagai bahan tesis n rujukan. tq

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. En dzidan saya mohon copy umtuk rujukan assingment. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Mohon diambil sebagai rujukan assignment Hubungan Etnik En dzidan..

    ReplyDelete
  4. salam. mohon izin diambil rujukan assignment. terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. Salam...minta izin untuk dijadikan rujukan
    Terima kasih tuan

    ReplyDelete
  6. salam. boleh terangkan kesan intregrasi budaya dalam institusi
    pendidikan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum , minta izin utk rujukan. terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.. minta izin utk rujukan ye. tq

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.. minta izin utk rujukan ye. tq

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum Tuan, saya mohon izin sebagai rujukan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..Saya mohon izin sebagai rujukan ya..terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan. Saya mohon izin menjadikan sumber ini sebagai rujukan. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  13. salam, mohon izin digunakan sbg sumber rujukan, thank you sir.

    ReplyDelete