Saturday, April 28, 2012

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI


1.0 Pengenalan
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza daripada individu yang lain. Di dalam sesebuah kelas, terdapat perbezaan individu antara setiap murid tersebut. Terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Menurut Henson dan Eller (1999) di dalam bukunya Educational Psycholigy for Effective, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba ) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah ( contohnya seperti takut melakukan, takut bertanya).
Satu kajian telah dilakukan ke atas dua orang murid sekolah rendah yang berbeza pencapaian akademik. Kajian tersebut dilakukan melalui kaedah temu bual berdasarkan beberapa soalan. Seorang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dan seorang lagi mempunyai pencapaian akademik yang lemah. Kedua orang murid tersebut adalah murid lelaki, berumur sembilan tahun, jantina yang sama  dan berada di dalam kelas yang sama.  
Hasil dapatan daripada sesi temu bual, terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi pencapaian akademik kedua orang murid tersebut. Antaranya, faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, kesihatan, jantina dan lokasi/tempat tinggal murid. 
Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil oleh guru untuk mengatasi masalah pencapaian akademik kedua orang murid tersebut. Pertama, kaedah kumpulan,  pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

2.0 Kajian Literatur
Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Murid yang memilikki ciri-ciri ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersikap lebih terbuka mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik.

Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenalpasti gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.

Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik daripada kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta, teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri.

3.0 Faktor-faktor mempengaruhi
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. Antaranya faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan lokasi atau tempat tinggal.

3.1 Personaliti
Setiap murid mempunyai personaliti yang tersendiri. Faktor personaliti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar (Eysenck 1979).  Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.
Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Murid yang memiliki ciri-ciri ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersikap lebih terbuka mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik. Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,1972;Anthony,1977 dan Riding 1979). 
Murid yang peramah, suka bergaul dan ceria mudah mendapat ramai kawan. Ini dapat meningkatkan pencapaian akademik apabila mereka dapat belajar secara berkumpulan. Pada kebiasaannya, murid akan menjadi baik dan berjaya apabila mereka bersahabat dengan rakan yang baik dan rajin. Jika mereka bersahabat dengan rakan yang tidak bermoral maka mereka turut gagal mengekalkan kejayaan yang dicapai sebelumnya ( Sulaiman, 1996 ).  Ini bermaksud seseorang murid yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik akan menjadi sebaliknya jika berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap yang malas dan tidak suka kepada sesuatu kejayaan dalam bidang akademik. Hal ini kerana, seseorang rakan itu dapat mempengaruhi rakan yang lain untuk mengikuti jejaknya.
Faktor personaliti ini dapat disokong oleh Teori Sigmund Freud bahawa perkembangan personaliti manusia terbahagi kepada tiga iaitu ego, id, dan superego. Murid yang berkebolehan dan pintar cerdas kognitif dalam pencapaian akademik tergolong dalam personaliti ego. Ego ialah realiti komponen psikologi yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik.  Murid yang memiliki elemen ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan semasa.
Manakala, murid yang mempunyai personaliti id ialah murid yang mementingkan keseronokkan, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Murid superego pula lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu. Murid ini mempunyai kedua-dua personaliti ego dan id.

3.2 Gaya belajar dan gaya kognitif
            Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi maklumat mengenai persekitarannya. Sementara, gaya belajar merujuk kepada pendekatan individu kepada cara belajar yang digemarinya. Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenalpasti gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.
Gaya belajar yang bersesuaian dengan diri seseorang murid adalah salah satu penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik (Chambers, 1991).
Faktor ini turut disokong oleh Herman Witkin dan Gooddenough (1977) yang memperkenalkan gaya bebas medan dan bersandar medan. Antara ciri-ciri pelajar gaya bebas medan ialah , suka berinteraksi secara formal dengan guru, matlamat pembelajaran daripada punca dalaman dan suka merancang sendiri cara pembelajaran. Manakala,ciri-ciri pelajar bersandar medan ialah suka berinteraksi secara informal dengan guru, matlamat pembelajaran daripada punca luaran iaitu ibu, bapa atau guru dan suka pembelajaran terancang dan berstruktur. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai ciri bersandar medan mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang berbanding pelajar bebas medan.
Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif impulsif dan reflektif. Menurut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar memberi respons secara tepat, yang biasanya tidak menitikberatkan ketepatan. Pelajar impulsif suka membuat kerja dengan cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar mengikut gerak hati. Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan pemikiran sendiri. Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang membuat kesilpan. Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan daripada menepati masa yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri ini menyebabkan mereka lambat menyiapkan tugasan.

3.3 Kesihatan
            Murid yang sihat sentiasa riang, cerdas, suka bertanya dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Manakala, murid yang tidak sihat  kelihatan lemah, kurang bertenaga, tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan tidak mempunyai ramai kawan. Selain itu, murid lemah kerana menghadapi masalah kesihatan seperti asthma, talassemia, hepatitis B dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan  merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada murid. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan membolehkan murid mengikuti pelajaran dengan baik dan sempurna. Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang seimbang boleh menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin, mineral dan protein.
Dengan pengabaian tersebut, keupayaan fizikal dan mental murid-murid tersebut agak terbatas dan lemah menyebabkan tumpuan mereka terhadap pembelajaran adalah lemah. Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.
Faktor ini turut disokong dengan adanya Teori Hirarki Keperluan Maslow. Keperluan Fisiologi merupakan peringkat keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. 
 Oleh itu, dalam konteks pendidikan murid-murid yang kurang mendapat makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan murid terganggu atau terjejas. 

4.0  Jantina
 Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian akademik (Campbell dan Clewell 1999).
            Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik daripada kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta, teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri.
            Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Pencapaian akademik murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki kerana murid perempuan mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Menurut Howard Gardner’s, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih
Oleh itu, murid perempuan dikatakan memiliki kecerdasan verbal linguistik kerana cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Murid perempuan sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa, meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial dan suka membaca bacaan yang luas serta membaca dengan pantas.

5.0 Lokasi atau tempat tinggal
Murid yang tinggal dan membesar di kawasan persekitaran yang sihat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Menurut Papalia (2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui asuhan dan interaksi dengan kedua orang ibu bapanya, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer.
Menurut Baumrind ( di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent. Ibu bapa yang mengamalkan bentuk asuhan keluarga autoritatif dapat membantu pencapaian akademik murid-murid di sekolah. Ini kerana, ibu bapa autoritatif adalah ibu bapa yang memberikan kebebasan yang terbatas kepada anak mereka. Antara ciri ibu bapa autoritatif ialah menggalakkan anak-anak berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka dan anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dengan cara asuhan autoritatif ini menunjukkan tingkah laku bersosial yang baik.
Faktor ini turut disokong dengan Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner. Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Justeru itu, murid yang tinggal di dalam ekologi sistem mikro dapat membesar dengan sihat dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademiknya. Ini kerana kawasan persekitarannya telah membantu menjadikannya murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

5.0 Langkah-langkah mengatasi
Antara langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil ialah mengadakan kaedah kumpulan, pembelajaran, peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

5.1  Kaedah kumpulan
Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan murid-murid tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang berbeza untuk setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat dari masa ke masa.

5.2 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, murid cerdas dikehendaki membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.

Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea “perancah” (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing pelajar lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar yang cerdas ini.

5.3 Peneguhan positif dan negative
Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan “bagus”apabila murid dapat memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik.
Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan mengatakan bahawa, “Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan kerja keluar rehat lebih awal”. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat lebih awal.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau “grandmother’s rule, iaitu dengan menyatakan , “ Murid yang membuat kerja dengan tulisan yang cantik dan kemas akan dibenarkan membaca komik “Naruto”. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.

5.4 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan.
Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.


3.5 Mempelbagaikan bahan Bantu mengajar
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik.
Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut.
Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah.  Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.

4.0 Kesimpulan

Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan faktor lokasi. Ini kerana setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri.
Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
            Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada  murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan  bahawa modal insan yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

5.0 Rujukan

Agnes, P. W. , Kellerman, A.S., & Meyer, J. (1996). Multimedia in the classroom. Boston: Allyn & Bacon.

Alsagoff. S (1992). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka



Ismail.M, (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Husin.K(1993).Pedagogi 3. Penggunaan psikologi dalam bilik darjah.Petaling Jaya : Longman Malaysia.

Mohamed.M. (1990). Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor.S & Ramli. D (1998). Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): Longman.

Wan Zah Wan Ali (2000) Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Monday, April 23, 2012

Mempertingkat kualiti sesebuah organisasi.


Perspektif kualiti telah bermula sejak awal abad ke-19 yang telah membawa bersamanya pelbagai makna dan definisi yang berkaitan dengan kualiti. Tokoh-tokoh pengurusan telah memberi difinisi kualiti seperti nilai (Feigenbaum, 1961) menepati spesifikasi (Gilmore, 1974), menepati permintaan dan kecacatan sifar (Crosby, 1979), cemerlang (Waterman, 1982), menepati kehendak pelanggan (Parasuraman, 1985), kesesuaian bagi penggunaan (Juran dan Gryna, 1988) dan pelbagai lagi.
Manakala tokoh-tokoh kualiti seperti Feigenbaum (1961) telah mengemukakan pendapat bahawa kualiti ditentukan oleh pengguna berasaskan pengalaman pengguna dengan produk atau perkhidmatan yang diukur berdasarkan keperluan mereka. Crosby (1979) pula menjelaskan bahawa kualiti merupakan  keselarasan dengan keperluan. Kualiti juga dikaitkan dengan darjah keseragaman, kos yang rendah dalam pengeluaran, dan disesuaikan  dengan pasaran (Deming, 1986). Cohen dan Brand (1993) pula berpendapat bahawa perspektif kualiti ialah kesesuaian penggunaan atau menepati keperluan pelanggan. Seterusnya kualiti adalah penambahbaikan berterusan dalam semua aspek (Bank, 1988)
Garvin (1988) pula telah mengemukakan dan mengkategorikan definisi kualiti berdasarkan kepada pernyataan seperti berikut :
1.            Kebolehan luar biasa dalam mencapai kecemerlangan dengan mematuhi standard yang tinggi.
2.            Berasaskan produk yang memperlihatkan kualiti adalah sebagai pembolehubah yang berharga yang terdapat pada setiap unit hasilan.
3.            Berasaskan kepada pengguna, yang boleh disama ertikan dengan memenuhi kepuasan pengguna dan barangan atau perkhidmatan yang menepati cita rasa pelanggan.
4.            Berasaskan pengeluaran yang berlaku apabila pengeluaran menepati keperluan spesifikasi atau reka bentuk yang ditetapkan dan penambahbaikan kualiti bagi mengurangkan kecacatan.
5.            Berasaskan nilai yang memastikan bahawa kualiti adalah darjah kecemerlangan yang diterima bagi nilai yang diberikan.
Jika diperhatikan, kualiti adalah istilah yang relatif kerana ianya mempunyai makna yang berbeza kepada berlainan orang, berlainan masa dan berlainan organisasi. Contohnya, kualiti sesuatu keluaran ataupun perkhidmatan boleh dimaksudkan dengan kefahaman, kebolehpercayaan tentang kegunaannya, pada bila-bila masa, jaminan rupa, keaslian, keunikan dan berbagai-bagai  faktor lain yang diberikan.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa kualiti ialah satu tawaran (perkhidmatan atau keluaran) yang dapat melebihi takrif daripada keperluan pengguna atau pelanggan. Tambahan lagi, mengikut kelakuan pengguna, kualiti ialah nilai tanggapan oleh pengguna akhir mengenai keluaran dan perkhidmatan yang diberikan. Ini bermaksud, bahawa sesuatu keluaran atau perkhidmatan akan dikatakan berkualiti jika ia mempunyai ciri atau sifat yang memenuhi atau memuaskan keperluan dan harapan pengguna
Jika dilihat dari perspektif organisasi, maksud kualiti bergantung kepada kedudukan seseorang dalam organisasi. Sebagai contoh, jika ia seorang perekabentuk, pelanggan, pengeluar (operasi) dan pengagih, masing-masing mempunyai pandangan dan pengertian yang tersendiri mengenai kualiti. Gambaran kepada keadaan ini memperlihatkan kualiti itu ditafsirkan berdasarkan bidang kuasa yang ada.
Perekabentuk dan jurutera keluaran akan melihat kualiti dan keunggulan serta keakuran kepada spesifikasi yang meliputi saiz, bahan, kehalusan dan ciri keselamatan kegunaannya.  Pengagih pula memahami kualiti dari segi permeliharaan perjalanan sesuatu keluaran daripada kilang kepada pelanggan. Perjalanan pula menumpukan kepada keselamatan penghantaran mengikut jadual atau masa dan juga latihan kemahiran tertentu pekerja.
Daripada perbincangan di atas, telah menunjukkan bahawa setiap bahagian dalam sesebuah organisasi mempunyai definisi yang tersendiri mengenai tugas atau tanggungjawab  mereka.  Maka ini menyebabkan terdapatnya kepelbagaian dalam memberikan definisi kualiti.  Tidak ketinggalan juga  Havark Business Revial (1987) yang memberikan pandangan terhadap kualiti yang berasaskan kepada lima sudut pandangan.
1.            Keunggulan semulajadi
Pandangan ini mengatakan kualiti tidak boleh diukur tetapi boleh dikenalpasti secara universal iaitu kecemerlangan.
2.            Darjah Atribut
Pandangan ini mendefinisikan kualiti sebagai mempunyai ciri atau sifat tertentu sesuatu keluaran atau perkhidmatan.
3.            Kepuasan Pengguna
Dalam kontek ini, darjah kepuasan pengguna keluaran atau perkhidmatan yang diperolehinya.Ini boleh digambarkan melalui pesanan berulang dan keceriaan menggunakan keluaran berkenaan.
4.            Kepatuhan Kepada Spesifikasi
Perspektif ini menilai tahap atau tingkat kualiti sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan  mengikut spesifikasi atau ketentuan yang telah ditetapkan oleh pembentuknya.
Berdasarkan kepada penjelasan yang dikemukakan mengenai definisi kualiti, ia menjelaskan tentang kepelbagaian pandangan dan pendapatan mengenai kualiti berdasarkan bidang, profesion dan organisasi. Begitu banyak yang dikemukan hingga ada kalanya agak mengelirukan untuk dijadikan panduan dan penerokaan aspek-aspek kualiti. Bagaimanapun ini tidak menjejaskan sebarang usaha untuk mempertingkatkan kualiti kepada apa jua bentuk organisasi. Sebaliknya masalah kualiti dalam organisasi berpunca daripada kegagalan sesetengah komponen dalam proses penghasilan output.
Sekiranya masalah kualiti disebabkan oleh manusia, maka mereka mesti dilatih sehingga berjaya ataupun ditukarkan.  Sekiranya mesin, maka mesin berkenaan perlu diperbaiki ataupun ditukar. Begitu juga jika didapati kerosakan berpunca daripada sistem, maka sistem berkenaan mesti dikaji atau diubah semula. Sebaliknya adalah tidak bijak jika menuduh personal berhubung dengan masalah yang berlaku kerana ia akan menimbulkan kekecewaan.  Sedangkan sebarang bentuk kekecewaan yang dialami oleh personal dalam organisasi pasti akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap keutuhan organisasi berkenaan. Dalam hal ini, beberapa syor yang dikemukakan oleh W.Edwards Deming boleeh dijadikan panduan, iaitu:
1.         Membentuk Tujuan Yang Konsisten Untuk Memperbaiki Keluaran Dan Perkhidmatan.
            Dalam hal ini, pengurusan organisasi perlu meneruskan komitmen kepada kualiti bukan untuk jangka pendek, tetapi juga untuk jangka panjang. Kualiti perlu dijadikan tunjang kepada tujuan organisasi, bukannya hasil yang difikirkan boleh memberikan keuntungan. Ini kerana keuntungan sebenarnya adalah kesan atau hasil daripada kualiti.
2.         Membentuk Falsafah Baru
            Kualiti adalah keperluan untuk sesebuah organisasi kekal dalam persaingan dan meneruskan kelestarian. Segala yang kurang bermutu, hasil kerja yang tidak menepati spesifikasi dan perkhidmatan yang tidak lancar perlu disingkirkan.  Keefisyenan amat dipercayai boleh menjimatkan kos, sementara lambat dan kesilapan pula akan menyebabkan perkara sebaliknya.
3.         Hapuskan Kebergantungan Kepada Pemeriksaan Secara Besar-besaran
            Seolah-olah telah menjadi amalan tradisi apabila pemeriksaan sering dilakukan untuk mencari atau memantau kesilapan yang berlaku. Akibatnya, kecekapan dan keberkesanan akan terhapus apabila sesuatu kesilapan dapat dikesan. Oleh itu, pembaikan secara berterusan perlu dilakuan dari peringkat awal dan setiap kesilapan mesti dikesan sehingga ke akar umbi. Hasilan yang berkualiti pasti akan meningkatkan kepuasan di kalangan mereka yang mengusahakannya di samping melahirkan perasaan megah terhadap tugasan yang dilakukan. Secara langsung mereka juga mempunyai rasa megah dan saying terhadap organisasi yang disertai.
4.         Memperbaiki Sistem Perkhidmatan Pada Setiap Masa
            Tugas untuk meneroka atau mencari kaedah yang boleh meningkatkan kualiti tiada penghujungnya. Ia perlu dilakukan secara berterusan dengan cara mempelajari proses situ sendiri, dan bukan kecacatannya. Proses ini dipanggil sebagai penjuruteraan semula atau reengineering.
5.         Menginstitusikan Kaedah Moden Latihan Di Tempat Kerja
            Latihan berkualiti bukan setakat untuk mengetahui cara menggunakan peralatan atau melaksanakan prosedur, tetapi turut memastikan personal yang terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diserahkan. Latihan yang sebegini pasti akan memudahkan proses penyesuaian kaedah kerja dengan lebih mudah. Rasa mudah yang dirasai oleh personel yang terlibat pasti akan meninggalkan kesan yang positif, terutamanya dari aspek keseronokan menjalankan tugas.
6.         Menginstitusikan Kepimpinan
            Menginstitusikan Kepimpinan membawa maksud setiap pemimpin perlu mempunyai tindakan penyeliaan yang secukupnya terhadap subordinat mereka. Pemimpin bukan setakat memberi arahan kepada subordinat, turut memberikan ganjaran dan dendaan, serta juga membantu subordinat ke tahap potensi kebolehan tertinggi.
7.         Menghapuskan Ketakutan Dan Menanamkan Pembelajaran
            Budaya terbuka adalah penting untuk semua ahli organisasi. Mereka seharusnya mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan menyampaikan sesuatu masalah dengan jujur. Cara ini akan membantu pengurus organisasi untuk mengetahui atau mengesan masalah dan seterusnya merancang tindakan yang sesuai.
8.         Membuang Halangan Antara Bahagian Fungsian / Staf
            Halangan antara jabatan atau bahagian fungsian perlu dihapuskan. Petugas harus didedahkan atau mempelajari usaha bahagian lain supaya mereka boleh memperbaiki dan meningkatkan produktiviti.  Perkara penting adalah semua bahagian berkongsi bersama ke arah matlamat yang sama.
9.         Membuang Halangan Dan Meningkatkan Hasil Kerja
            Sistem merit dan penilaian tahunan patut dihapuskan kerana ia merupakan satu paksaan terhadap terhadap ahli organisasi kerana mereka sering diawasi dan dinilai. Seseorang yang mahu mempunyai prestasi yang baik, tidak memerlukan sistem intensif atau sebagainya, sebaliknya memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah seperti kekurangan bahan, peralatan dan latihan. Apa yang penting adalah kesedaran kendiri terhadap tugasan yang dipertanggungjawabkan. Dalam keadaan ini pentingnya perana motivasi dalaman.
10.       Meningkatkan Program Pendidikan Dan Latihan Dengan Cepat
            Latihan merupakan satu asas penting untuk mendapatkan kualiti. Latihan perlu mempunyai asas yang meliputi pemeriksaan yang teliti terhadap alat atau prosedur, termasuk arahan tambahan dalam kerja berpasukan.
11.       Mengambil Tindakan Untuk Menyempurnakan Transformasi
            Untuk menggubal atau mengarah organisasi kepada kualiti, keseluruhan organisasi mesti bekerjasama ke ara pencapaian budaya Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) atau dalam bahasa Inggerisnya Total Quality Management (TQM).
Di bawah konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh pula telah digariskan beberapa prinsip pengurusan yang boleh diaplikasikan demi mempertingkatkan kualiti sesebuah organisasi yang dapat dilaksanakan melalui pengurusan kualiti organisasi.
1.         Sokongan Pengurusan Atasan
            Semestinya pihak pengurusan hendaklah komited sepenuhnya dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan peningkatan kualiti dalam organisasi. Ini perlu untuk menjamin sokongan yang berterusan daripadanya apabila dikehendaki, memandangkan perubahan-perubahan akan berlaku dalam segala aspek organisasi seperti dasar, falsafah, sistem dan prosedur, struktur organisasi dan berkemungkinan akan mengambil masa yang lama.
2.         Mengadakan Perancangan Strategik Kualiti
            Dalam membuat perancangan strategik kualiti, visi dan misi organisasi perlu wujud untuk dikaji kesesuaiannya. Kedua-dua aspek ini member tuju arah dan fokus serta rujukan perancangan aktiviti kualiti organisasi. Sumbangannya di dapati begitu nyata kepada keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkenaan.
3.         Mengutamakan Pelanggan
            Matlamat mengadakan perubahan dan mempertingkat kualiti adalah kepuasan pelanggan yang dilakukan dengan cara menghasilkan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak akspektasi mereka. Pelanggan ini adalah terdiri daripada pelanggan dalaman, luaran dan juga stakeholders.
4.         Memberi Latihan Dan Pengiktirafan
            Sumber tenaga manusia merupakan faktor yang paling penting yang dapat mempengaruhi prestasi organisasi. Hanya melaluinya sahaja, pengurusan sumber-sumber lain seperti teknologi, kewangan dan bahan-bahan dapat dilaksanakan. Tanggungjawab organisasi yang paling kritikal terletak pada usaha meningkatkan potensi setiap anggota yang berada di dalamnya supaya mereka dapat member perkhidmatan dan sumbangan yang lebih baik.
5.         Mengukuh Semangat Berpasukan
            Bekerja secara berpasukan dilihat dapat  meningkatkan dan melicinkan pelaksanaan dan penerapan budaya kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Pendekataan begini mewujudkan keadaan dan perasaan empowerment kepada semua anggota organisasi. Motivasi yang ditimbulkan akan member kesan yang amat positif kepada usaha pembaharuan dan perubahan yang dibawa oleh pihak pengurusan.
6.         Mengadakan Pengukuran Prestasi Dan Penetapan Matlamat Kualiti
            Segala usaha pengurusan perlu disemak dan dinilai keberkesanannya dari masa ke semasa. Ini adalah untuk menyemak keberkesanan usaha-usaha yang dicadangkan kepada matlamat yang diinginkan dan membuat tindakan pembetulan kepada masalah yang dikesan. Kecemerlangan organisasi melalui prinsip ini dibuktikan melalui produk atau perkhidmatan berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan serta menjimatkan kos. Pendekatan-pendekatan yang diambil untuk maksud ini adalah seperti menggalak maklumbalas pelanggan dengan menyediakan peti-peti cadangan, berinteraksi dengan pelanggan secara langsung, temu bual dan sebagainya.
7.         Menekankan Kepastian Kualiti
            Bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan, tanggungjawab utama untuk menentukan pelanggan terus berpuas hati dengan keluaran atau perkhidmatan yang diberikan akan menjadi tumpuan utama. Dalam hal ini, adalah penting bagi organisasi untuk menyediakan keluaran dan perkhidmatan yang sentiasa dalam bentuk kualiti yang dikehendaki.
Pada keseluruhannya, matlamat utama kualiti dalam sesebuah organisasi ialah menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan melalui spesifikasi dan pemprosesan. Banyak program kualiti yang boleh dilaksanakan kepada semua ahli pada semua peringkat dalam organisasi. Sesebuah organisasi amat memerlukan satu piawai kualiti agar ia berterusan diterima akan kewujudannya hasil daripada kualiti yang terkandung dalam organisasi berkenaan.

Bibliografi
Jaafar Muhammad (2010) : Kelakuan Organisasi. Leeds Publication, Petaling Jaya.

Mumtaz Begum Abdul Kadir (2009) : Integriti Peningkatan Kualiti Organisassi. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.


PERANAN BUDAYA


Pengenalan
Setiap bahasa di dunia ini mempunyai tafsiran masing-masing bagi mendefinisikan maksud peradaban. Bukan sahaja ejaan dan sebutan yang berbeza, makna dan konsep peradaban turut berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya, istilah kulture dalam bahasa Jerman membawa makna peradaban, manakala istilah culture dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kebudayaan. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa setiap bahasa mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah peradaban.

 Terminologi peradaban atau kadangkala disebut tamadun  dibicara dan dikupas oleh para sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-masing. Biarpun begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana, menyebabkan wujudnya penafsiran yang berbeza.

             Fokus utama bab ini ialah untuk memberi gambaran dan seterusnya menjelaskan konsep peradaban atau tamadun berdasarkan aspek bahasa (semantik) dan pandangan para sarjana. Ciri-ciri yang ada pada sesebuah peradaban akan disimpulkan pada akhir bab ini.     

Konsep Peradaban Dari Sudut Bahasa

Dalam bahasa Inggeris, istilah  civilizations  paling meluas digunakan bagi  merujuk kepada istilah peradaban atau tamadun. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki tingkahlaku yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan (to tame) dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ringkasnya civilized bolehlah dikatakan sebagai keluar daripada kehidupan primitif atau barbarian kepada kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.  Nampaknya aspek tingkahlaku atau moral lebih ditekankan dalam definisi civilizations ini.

  Istilah civilizations dalam bahasa Inggeris itu dikatakan lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas yang membawa maksud  city atau bandar. Perkataan peradaban lebih sinonim dengan bandar atas alasan tiap-tiap tamadun yang ternama memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri sesebuah peradaban mudah ditemui di kawasan Bandar

 Dalam bahasa Greek pula, peradaban merujuk kepada perkataan kei, nomos dan keimelion. Perkataan kei bermaksud terbentang atau terhampar atau sesuatu yang datang kepada kita. Perkataan–perkataan terbitan lain seperti kei tai, kei mai, kesai dan kestai juga mempunyai maksud yang sama. Selain itu kei juga membawa maksud kediaman atau rumah. Tamadun dalam bahasa Greek bermakna sesuatu yang terbentang seperti segulung permaidani yang dihampar. Tempat perlindungan yang selamat boleh dihubungkan dengan adanya undang-undang untuk mencapai keselamatan dan keamanan. Nomos  merujuk kepada  jalan, method, unsur peraturan atau laluan serta undang-undang yang ditetapkan. Nomos juga merujuk kepada malaikat yang membawa undang-undang yang dihamparkan ke hadapan manusia untuk membawa keamanan dan keselamatan kepada manusia.  Keimelion pula bererti khazanah atau harta yang disimpan. Pendek kata, soal penempatan, undang-undang dan harta diberi  penekanan bagi menjelaskan maksud peradaban.



Istilah Kulture digunakan bagi merujuk kepada makna peradaban dalam bahasa Jerman. Istilah tersebut membawa maksud kepada sumbangan manusia dalam pelbagai bidang seperti penghasilan dalam bidang seni, penghasilan buku dan sebagainya yang tidak ada kaitan dengan perkembangan masa. Sarjana seperti Johann Gottfried von Herder pada abad 18 cuba mempertahankan perkataan kulture kerana istilah ini menekankan keunikan budaya bangsa Jerman, dan tidak boleh diadaptasikan dalam bahasa Inggeris daripada Jerman. Hal ini kerana kulture dalam bahasa Inggeris dan Perancis lebih merujuk kepada makna budaya.

          Dalam bahasa Arab, beberapa istilah sering digunapakai bagi menjelaskan konsep tamadun. Beberapa istilah seperti madaniah, hadarah dan tamaddana. Perkataan peradaban lahir  daripada perkataan maddana yang mempunyai dua pengertian, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota, serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada maddana muncul perkataan maddani yang membawa erti pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

Hadarah pula dikaitkan dengan keadaan kehidupan yang berada pada tahap maju. Lawannya ialah badawah yang bererti mundur. Daripada erti perkataan hadarah ini dapat difahamkan  bahawa apa yang kita namakan tamadun itu adalah berasal daripada bandar. Hal ini kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan  kemajuan disebabkan di situ terdapat pelbagai benda dan kemudahan yang boleh menjadi asas  kepada kelahiran dan peningkatan tamadun. Kehidupan hadarah banyak tertumpu kepada unsur-unsur  yang bercorak perdagangan, kemajuan teknologi, dan pengkhususan pekerjaan. Kota-kota dalam bahasa Arab dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun. 





Perkataan tamadun diambil daripada kata dasar bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Kamus al-Munjid menjelaskan istilah tamadun adalah terbitan daripada lafaz tamaddana, iaitu fenomena daripada perubahan cara kehidupan daripada corak liar atau nomad kepada kehidupan yang berbentuk maju.

Dari  perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan dinnun atau dainun. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Ta’dib adalah proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau pemerintah; madinah (sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah).

Dalam bahasa China, peradaban disebut  wen ming yang bererti cerah, terang atau bercahaya yang merujuk kepada peradaban. Wen merujuk kepada keindahan, kelembutan, keelokan atau budi pekerti. Ming pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan. Istilah tersebut juga dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. Daripada definisi ini dapat dikatakan bahawa bahasa China memberi penekanan kepada unsur-unsur yang baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional.

Dalam bahasa Tamil, peradaban dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar bermaksud kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan. Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan yang menciptakan bandar.



          Dari sudut morfologi bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ berkemungkinan besar pada peringkat awal penggunaannya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab iaitu “tamaddun” yang dikenali sebagai peminjam bulat-bulat. Akan tetapi, pada peringkat selanjutnya berlaku perubahan sebutan dengan pengguguran huruf  ‘d’ yang kedua.  Mengikut Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus).

            Jelaslah tafsiran terhadap istilah peradaban dari sudut bahasa mempunyai pelbagai maksud dan pengertian tersendiri. Rata-rata tafsiran yang diberikan mencakupi aspek material dan spritual.
















Konsep Peradaban Pada Pandangan Sarjana

Para sarjana telah memilih tema tertentu bagi mengupas maksud atau konsep peradaban. Sarjana-sarjana seperti Said Hawa, Abu Bakar Hamzah, dan Hans W. Gatzle et. al. telah menonjolkan tema pencapaian dalam bidang material dan spritual bagi menjelaskan konsep peradaban. Said Hawa  membahagikan tamadun itu kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam manakala tamadun jahiliyah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. Abu Bakar Hamzah pula  menitikberatkan soal pembangunan yang sepadu antara dua unsur iaitu unsur kerohanian dan unsur kebendaan. Pembangunan itu lahir seiring, sejalan dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia, sama ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan. Manakala Hans W. Gatzle et. al. menegaskan bahawa peradaban akan wujud apabila adanya kerjasama antara sesama manusia  bagi memenuhi keperluan material dan spiritual.

Syed Naquib Al-Attas dan Ahmad Bek Kamal memilih tema tingkahlaku dalam mendefinisikan peradaban. Menurut Syed Naquib Al-Attas, peradaban itu ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ahmad Bek Kamal menjelaskan tamadun dengan menekan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan masyarakat daripada suasana hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan dan pembentukan moral tanpa mengira sama ada di Timur  mahupun di Barat.

          Oleh kerana konsep peradaban begitu rumit untuk didefinisikan, sarjana-sarjana seperti  Farmer, Buchanan dan sarjana tempatan, Wan Hashim Wan Teh terpaksa mengemukakan pencapaian sesebuah masyarakat dalam pelbagai bidang untuk merumuskan maksud peradaban.


Dalam bukunya Comparative History of Civilizations in Asia, Edward L. Farmer mendefinisikan bahawa peradaban adalah entiti atau unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan. Beliau kemudiannya mengenal pasti beberapa ciri yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat bertamadun seperti sistem tulisan, kerajaan dan pentadbiran yang berkesan, agama dan kepercayaan, organisasi sosial, perbandaran, teknologi dan pengkhususan.

R.A. Buchanan pula menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun perlu memiliki institusi-institusi yang kompleks, melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi di kalangan anggota masyarakat, wujudnya stratifikasi sosial, tahap penguasaan matematik dan teknologi yang tinggi. Menurutnya lagi, masyarakat bertamadun juga seharusnya mempunyai pengeluaran barangan melebihi keperluan tempatan, kerancakan aktiviti perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya, dan masyarakatnya memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing.

Bagi ahli antropologi tempatan, Wan Hashim Wan Teh menegaskan bahawa konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan mengurus sebuah kerajaan yang demokratis. Bagaimanapun, penggunaan perkataan demokratis oleh Wan Hashim boleh dipersoalkan. Apakah ukuran ‘demokratis’ yang boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan  sesebuah kerajaan atau masyarakat itu bertamadun atau tidak? Bagaimanakah pula jika kerajaan bertamadun itu mengamalkan unsur-unsur pemerintahan yang tidak demokratis?





Bagi memudahkan khalayak pembaca memahami dengan jelas konsep peradaban, ada di kalangan sarjana cuba membandingkan istilah peradaban dengan istilah-istilah yang hampir sama maknanya dengan peradaban. Sarjana-sarjana yang dimaksudkan ialah Spengler, Max Weber, Quigly, Said Hawa, Sayyid Qutb dan Ahmad Syalaby.

Ahli falsafah Jerman, Oswald Spengler membezakan istilah peradaban dengan kultur. Menurutnya apabila masyarakat atau empire berada pada zaman kegemilangan, ciri-ciri sosial dan intelektual masyarakat terserlah, beliau menganggapnya sebagai kultur. Apabila kerajaan itu melalui zaman kegemilangan, masyarakat itu tidak lagi progresif, tidak berubah dan tidak aktif dikenali sebagai tamadun. Weber pula membahagikan kebudayaan itu kepada dua iaitu kebudayaan spritual dan kebudayaan kebendaan. Kebudayaan kebendaan adalah peradaban. Begitu juga dengan Said Hawa dalam bukunya, Al-Islam, mengkategorikan tamadun kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam. Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

Satu pembahagian yang teliti dan menarik dikemukakan oleh Carrol Quigley yang cuba membezakan konsep peradaban dengan konsep kumpulan, masyarakat dan kumpulan besar. Anggota dalam kumpulan besar (collections), boleh berkumpul bersama di sesuatu tempat pada bila-bila masa namun mereka tidak mempunyai hubungan yang akrab. Anggota dalam kumpulan (groups) mengenali antara satu sama lain dan mereka dapat membezakan antara satu sama lain seperti warga kampus dan ahli dalam sesebuah parti politik.  Apabila seseorang memegang nilai-nilai bersama, maka lahirlah budaya. Menurut Quigley, masyarakat itu terbahagi kepada dua iaitu masyarakat parasitic dan masyarakat producing. Masyarakat parasitic merupakan masyarakat sara diri seperti orang Eskimo manakala masyarakat producing melaksanakan aktiviti pertanian yang akhirnya mencipta pelbagai teknik atau inovasi seperti masyarakat China. Jadi masyarakat berperadaban menurut Quigley ialah masyarakat producing yang mempunyai sistem tulisan dan menjalani kehidupan bandar seperti masyarakat China dan Aztec.  Rajah di bawah menunjukkan kategori masyarakat menurut Quigley.

         Aggregates of Person

A.    Collections (kumpulan besar)
B.     Groups (kumpulan)
C.     Societies (masyarakat)
1.Parasitic societies
2Producing societies
a) Simple tribes or bands
b) Civilizations.

Ada sarjana Islam yang menjangkau definisi peradaban yang dikupas oleh sarjana-sarjana Barat. Peradaban yang difahami oleh Saiyyid Qutb bukan kemajuan kebendaan tetapi peradaban tauhid yang dilahirkan oleh sistem Islam yang menyempurnakan manusia dengan kemanusiannya, menimbulkan makna sebenar ubudiyah kepada Allah dan keseimbangan yang menyeluruh dalam hidup individu dan masyarakat. Ahmad Syalaby pula mengkategorikan peradaban kepada dua jenis iaitu peradaban teori dan peradaban ekperimen. Peradaban teori ialah peradaban tulen yang menjadikan Islam sebagai sumbernya yang tunggal. Peradaban ini dikatakan lahir dalam perkara-perkara yang tidak terdaya dicapai oleh fikiran manusia seperti di dalam sistem politik, perundangan dan moral. Manusia tidak terdaya mencipta sistem politik yang sihat, tidak terdaya mengendalikan isu-isu sosial yang menjadi perselisihan di kalangan manusia sejagat. Peradaban ekperimen ialah kemajuan yang boleh dicapai oleh manusia dalam bidang-bidang matematik, perubatan, astronomi dan sebagainya.



Ada pula sarjana yang mendefinisikan peradaban berdasarkan sifat-sifat fizikal peradaban itu sendiri.  Syirazi mendefinisikan tamadun sebagai sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Ahli antropologi, Robert Redfield mengibaratkan tamadun sebagai beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi. 

          Konsep peradaban begitu sinonim dengan perkembangan bandar. Lantaran itu, Gordon Childe cuba mengaitkan peradaban dengan konsep urban revolution. Menurutnya, peradaban lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan dalam pekerjaan, mencipta barang baru yang berkualiti yang akhirnya membawa kemajuan dalam bidang-bidang lain seperti intelektual dan kesenian. Begitu juga dengan Abu Nasir al-Farabi dan Jurji Zaidan. Abu Nasir al-Farabi menganggap peradaban sebagai pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak. Jurji Zaidan pula mendefinisikan peradaban sebagai pencapaian umat Islam yang berpusat di kota dalam bidang kerohanian dan kebendaan berasaskan agama.
                     











Ciri-ciri Masyarakat Berperadaban   :

Berdasarkan perbincangan daripada aspek bahasa dan pandangan para sarjana, di sini diperturunkan beberapa ciri utama yang dimiliki oleh masyarakat berperadaban.

          Ciri utama yang mendasari sesebuah peradaban ialah pertumbuhan bandar atau kota. Istilah-istilah yang membawa makna peradaban seperti civitas, maddana atau hadarah dan nakarikam menggambarkan kehidupan di bandar. Hal ini kerana ciri-ciri kehidupan di bandar itu lebih kompleks yang melahirkan pengkhususan kerja, inovasi dan kemajuan dalam pelbagai bidang. Gordon Childe menegaskan bahawa peradaban lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan besar dan menjalankan pengkhususan di bandar. Bagaimanapun dalam era dunia tanpa sempadan, konsep bandar mungkin boleh dilihat dengan lebih luas kerana peranan kota telah diambilalih oleh negara bangsa atau kerajaan atau benua. Masyarakat mungkin bersetuju mengiktiraf Jepun sebagai negara bertamadun ( tidak bandar-bandar Tokyo, Hiroshima dan sebagainya ) dan ramai akan menyetujui bahawa benua Eropah atau tamadun Barat menguasai tamadun lain. 

          Ciri kedua yang perlu dimiliki oleh masyarakat bertamadun ialah mempunyai tingkahlaku yang luhur dan murni. Hal ini telah ditegaskan melalui perkataan civilize dalam bahasa Inggeris dan adab serta adbun dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan Syed Naguib yang menekankan kepada kehalusan tatasusila bagi mencerminkan masyarakat bertamadun. Layanan orang Ansar terhadap orang Muhajirin di Madinah semasa era Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan orang Ansar memiliki tingkahlaku yang terpuji.





          Kemajuan dalam pelbagai bidang merupakan ciri ketiga untuk membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu bertamadun. Rom misalnya terkenal dengan unsur seni bina dan undang-undang, Athens pula melahirkan ahli-ahli falsafah manakala kerajaan bani Abbasiyah semasa pemerintahan Harun al-Rasyid memberi sumbangan yang besar dalam  bidang intelektual. Generasi muda perlu dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar kesinambungan kemajuan dapat diteruskan.  Masyarakat Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib sehingga memasuki era Zaman Jahiliyah kerana masyarakat mereka tidak memiliki kemahiran dan buta huruf.

Konsep peradaban kurang lengkap jika definisinya tidak dimasukkan unsur-unsur kemajuan material dan spritual. Pencapaian dalam bidang material seperti unsur seni bina, pentadbiran yang berkesan, pencapaian ilmu pengetahuan dan sebagainya perlu disertai dengan unsur-unsur moral atau kerohanian. Pencapaian dalam aspek kebendaan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mungkin tidak sehebat pencapaian unsur-unsur spritual yang dimiliki oleh masyarakat Islam ketika itu yang mahu menegakkan agama Islam.











Pengertian Budaya
Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan.
Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.
Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan “budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.
Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya.


Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan “trait complexes” dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau “items”.
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.
Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.




Perlakuan dan Kawalan Sosial
Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas.
Fungsi
Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism.
Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam.
Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial.

Anika budaya
Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti “barat” dan “timur”; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.













Pengertian Masyarakat
Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.
Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri – meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri.





Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu.
Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggota-anggota masyarakat.
Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama.
Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat – ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar.
Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.



Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat.

Masyarakat dan Budaya
Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya.
Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya.






Proses perubahan masyarakat dan budaya
Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi.
Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.
Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan “directional processes” yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses “recurrent”.
Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.





Difusi
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarkat yang sama disebut difusi dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu ialah “inter-society diffusion”. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Dalam anthropologi proses difusi budaya itu dimaksudkan penyebaran dan peresapan unsur-unsur budaya daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat lain. Proses ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi, terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerapkali berlaku migrasi kelompok-kelompok tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsur-unsur budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masing-masing budaya itu hampir tidak berubah yang disebut sebagai symbiotic.
Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan.
Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem.



Unsur-unsur budaya selalu bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagai-bagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perpindahan budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan. Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain, juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta.

Asimilasi
Proses ini berlaku dalam kelompok-kelompok yang budaya berbeza, mereka saling bergaul antara satu sama lain, dalam masa yang lama sehingga budaya-budaya dari kelompok-kelompok itu berubah saing menyesuaikan menjadi satu. Dalam komuniti Cina dan Siam di Kelantan mengalami proses asimilasi dengan budaya orang Melayu. Proses ini berlaku apabila terdapat pergaulan secara intensif dan luas dalam jangka masa yang lama. Kelompok-kelompok itu mesti mempunyai sikap tolenrasi dan simpati antara satu sama lain. Antara penghalang dalam proses ini ialah bila terdapat perasaan superioriti pada individu dalam budaya tertentu terhadap budaya yang dihadapinya, dan sifat takut kepada kekuatan budaya lain.






Akulturasi
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku kepada budaya Melayu sejak dulu kala, melampaui batas-batas tempatan. Proses ini berlaku oleh kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di negara-negara yang mundur. Bersama dengan penyebaran agama-agama besar di dunia ini juga bermakna penyebaran budaya melalui proses akulturasi ini berlaku secara leluasa. Pertembungan budaya-budaya Afrika, Asia, Oceania, Amerika Utara dengan Ero-Amerika menjadikan proses akulturasi itu pesat sekali berlaku dalam abad ke-20.
Dalam pengajian anthropologi budaya, tumpuan kepada penyelidikan proses akulturasi ini semakin diminati dan berkembang luas. Berbagai-bagai method dan pendekatan penyelidikan tentang ini telah dilakukan oleh sarjana-sarjana. Dalam penyelidikan ini memerlukan pengetahuan yang luas kerana ia melibatkan usaha perbandingan antara satu budaya dengan satu budaya lain.
Unsur-unsur budaya asing yang mudah diterima ialah yang bercorak atau bersifat konkrit, seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima.



Unsur-unsur budaya yang sukar diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar diganti dan diubah. Begitu juga ritual yang berkaitan dengan hal ini.
Individu yang dikatakan “moden”, “maju” dan “progresif” lebih mudah menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan individu “kolot” atau “kampungan”. Proses urbanisasi juga memainkan peranan penting dalam menentukan pesatnya proses penerimaan. Pendidikan juga menjadi ukuran dalam menentukan mudah atau tidak seorang individu itu menerima unsur-unsur budaya asing. Lagi satu faktor ialah umur, iaitu antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda itu mudah mengalami devian dan menerima unsur-unsur budaya asing berbanding dengan golongan tua yang lebih kuat pegangan kepada tradisi.

Konflik dan ketegangan sosial kesan dari akulturasi
Peringkat perubahan selalu dikatakan tahap krisis, iaitu transisi antara golongan yang kuat ikatan kepada tradisi dengan golongan muda yang inginkan perubahan. Konflik sosial muncul dan perdebatan atau ketegangan sosial ini kerap berlaku dalam masyarakat. Golongan-golongan itu menentukan dasar dan prinsip masing-masing. Antaranya golongan tua dengan golongan muda; golongan berpelajaran dengan golongan kurang pelajaran; nasionalisme dengan liberalisme; golongan maju, moden dengan golongan kolot; golongan urban dengan golongan kampung.



Konflik dan ketegangan sosial ini jelas sekali apabila berlaku tekanan budaya dengan pesatnya penerimaan unsur-unsur budaya asing. Dengan ini juga menyebabkan timbul golongan-golongan penentang. Golongan yang selalu terlibat ialah pertubuhan keagamaan yang berusaha mempertahankan tradisi. Adakala golongan agama ini melarikan diri daripada masyarakat yang dianggap menghadapi kacau bilau. Inilah yang menimbulkan gerakan-gerakan cults, messianic movements, nativistic movements dan sebagainya. Gerakan-gerakan ini berusaha mempertahankan indentiti sendiri.

Ethnologi
Bidang ethnologi menjadi persoalan etnografi yang memberikan huraian tentang sesuatu budaya dalam konteks masyarakatnya. Pendekatan dalam bidang ini ialah melihat kepada segala aspek yang menjadi unsur budaya universal. Ini termasuklah unsur-unsur:
(1)Budaya kebendaan (Material Culture) dan teknologi,
(2)Sistem ekonomi,
(3)Sistem sosial,
(4)Bahasa,
(5)Kesenian,
(6)Sistem pengetahuan,
(7)Sistem kepercayaan.





Dari abad ke-19 lagi penulisan ethnografi menumpukan perhatian serius kepada persoalan teknologi. Pemerhatian pada masa itu lebih merupakan secara luaran sahaja. Dalam bidang ini termasuk berbagai-bagai bahagian teknologi, seperti pakaian, rumah, alat senjata dan sebagainya. Teknologi dalam masyarakat sederhana dapat dilakukan secara terperinci, tetapi dalam masyarakat kompleks teknologi itu tersangat kompleks. Perbincangannya lebih merupakan satu deskripsi secara luaran sahaja, tidak melibatkan tentang fungsi sosialnya. Deskripsi secara terperinci itu penting dilakukan sebagai asas dalam membuat perbandingan tentang penyebaran hasil budaya itu dari satu budaya kepada satu budaya lain. Kemudian dalam tahun-tahun 20-an dan 30-an penulisan tentang teknologi seperti dulu semakin berkurang dalam hasil-hasil ethnografi. Sistem teknologi atau budaya benda itu sendiri adalah luas sekali bidangnya. Oleh itu para pengkaji membahagikan kepada kategori-kategori tertentu yang lebih kecil, seperti alat-alat pengeluaran, senjata, makanan, pakaian, perhiasan, rumah, dan sebagainya.

Sistem ekonomi
Eknomi sara diri termasuk teknik dan alat-alat yang terdapat dalam masyarakat peringkat ini, terutama dalam masyarakat primitif. Sebenarnya usaha menghubungkan sistem ekonomi secara sederhana itu telah lama dilakukan, malah dapat dikesan sejak abad ke-4 lagi.
Dalam sistem ini juga para pengkaji menghubungkan dengan teori evolusi dalam pertumbuhan usaha cari makan dari satu peringkat kepada satu peringkat perkembangan manusia yang lebih tinggi. Cara hidup pertanian meletakkan pertanian secara usaha paling atas.
Terdapat banyak kritik tentang evolusi dalam mata pencarian ini, iaitu tingkat-tingkat ekonomi. Sistem ekonomi juga tidak terlepas dari sistem-sistem lain dalam masyarakat.

Sistem sosial
Pada peringkat permulaan, usaha pengkaji menggunakan teori evolusi dalam menerangkan perubahan sistem sosial. Antara yang terkenal ialah Morgan, L.H. yang mengkaji sistem kinship dalam berbagai-bagai budaya dan menerangkan proses evolusi dalam sistem ini. Beliau tertarik dengan terminologi yang digunakan dalam sistem ini antara berbagai-bagai budaya yang menjadi tumpuannya.

















BUDAYA

Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaranmanusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

Budaya juga diertikan sebagai, µ The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often toopervasive to be readily noticed from within.( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).

Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggotakumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasiekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggotamasyarakat.( Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001).Kesimpulan

Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia,manakala sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hiduporang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiatberfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.Budaya boleh dibahagikan kepada dua jenis besar iaitu :

1.    budaya kebendaan

2.    budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjatadan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbezadengan orang Inggeris atau orang Eskimo.



Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-bezadalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang manapihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagimasyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuankepada pihak lelaki.

Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga pentingsebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalanbagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya

Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti.

Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskanciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu DanPembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagaiµ budaya  dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi caraia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepadasatu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satuhimpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhikehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengankeadaan sekeliling.

Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapatperbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupanmasyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungandengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka boleh di katakanbahawa µ manusia itu sendiri membentuk budaya  dan perkembangan budayaakan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.




Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbitdaripada tingkahlaku dan akal manusia :

Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagaicontoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibubapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi,adaptasi, akulturasi, difusi dan integrasi. Apakah bentuk dan jenis pembelajarananggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
  1.  Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihandan sebagainya.
  2. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
  3. Umur seseorang.
  4. Tahap pendidikane. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Dikongsi -
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong olehsekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerananmasyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyatMalaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuanyang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budayaseperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpaperkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuanmasyarakat.

Sejagat -
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan ituwujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidakmemiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbezaantara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahappenyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budayaiaitu:
i.                    Peralatan dan kelengkapan hidup manusia
ii.                  Mata pencarian hidup dan sistem ekonomi
iii.                Sistem sosial.iv. bahasav. kesenianvi. sistem pengetahuan.

Diwarisi -
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Inibermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari iniadalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akanmemberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksudbersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awalmanusia masa lampau.

Berubah -
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud daridahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikajidaripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap gentingtelah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadunmanusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas sepertiperubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:
i.                                          pertambahan bilangan anggota masyarakat
ii.                  pertambahan keperluan dan keinginan manusia
iii.                penemuan dan penciptaan teknologi baru
iv.                pertembungan budaya.
v.                  konflik yang berlaku.
vi.                perubahan alam sekitar.






Perlambangan- Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budayayang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera,warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut
membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadapkeadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta initimbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian sepertisimpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung),tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.














Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Budaya dalam pengertian biasa ialah satucara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsipbahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan olehmanusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

M emenuhi dan Menyediakan Keperluan
- Semua manusia memerlukankeperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakanair untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dansebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaankeperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itumewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku-
Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupanmanusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripadaagama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggotamasyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan,meliputi:

i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.


Mengatur Hubungan Sesama Manusia

Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hatirakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupanseharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesamamanusia.





KONSEP ETNIK

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu
Ethnos yang bermaknaorang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciribudayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Inibererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di manaanggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlakuyang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomidan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, danpelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikapetnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebihutama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil,berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulanganwalaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah rasdan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan Indiasepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciriyang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulanmanusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikansebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budayaseperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidakmemaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsepketerunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenekmoyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.


Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapatdikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dansempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagaikumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini.Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyaiperbezaan budaya dengan etnik yang lain



TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK

Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnikdalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan diantaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutandan kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atautidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai merekaantara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidupmasing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antarasatu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakildan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan.Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifatakomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuatpenyesuaian antara mereka.

Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalanganindividu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasiterjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentudihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehinggaunsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalamkebudayaan sendiri.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidakmenyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaanseperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi,pemikiran dan sebagainya.

Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnikyang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengankebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehalaindividu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkanberlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat CinaKelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasiProses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.

 Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerimaidentiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompokminoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

 Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akanmenyukarkan proses asimilasi.Faktor penghalang asimilasi ialah:
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takutterhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.




Amalgamasi   
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau rasbercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antaraetnik.Implikasi; sempadan dan tauladanTragedi-tragedi yang berlaku seperti 13 Mei 1969 etc. menyebabkan banyakdasar dan strategi dijalankan terutama pada peringkat persekutuan

Ø  Majlis Penasihat Perpaduan

Ø  DEB

Ø  Dasar Pelajaran kebangsaan

Ø  DKK

Ø  Etc.

Auto-hide: on
Kepelbagaian Budaya

Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada
abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan “daya” (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Perkataan “budhi” yang dipinjam
daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan “daya” pulaialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga danpengaruh (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13).

Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan
budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan.Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta iniadalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awalpenghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham, 1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.

Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. E.B. Tylorpula menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adatdan sebarang bentuk kebiasaan. Manakala L.A. White memperlihatkan bahawabudaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol (Syed Ismail Bin SyedMustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5).

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yangmempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis danbersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakattersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dankekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.
Ciri-ciri budaya ialah seperti berikut:
a. Boleh dipelajari
b. Boleh dikongsi
c. Bersifat sejagat
d. Boleh ddiwarisi
e. Sentiasa berubah
f. Simbolik
g. Pandangan semesta

Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu
masyarakat.Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkaumanyang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah danpembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. KerajaanMalaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagaikaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwaberdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapatnegatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniandalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlahbudaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negaradi mata dunia.





KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah

Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.

Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamdun , peradaban, kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai

Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu . Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.



Dalam konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.




















KESIMPULAN
Perpaduan Negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negara. Hakikat bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan berasal dari wilayah yang berlainan menjadikan soal perpaduan amat penting dalam menentukan pencapaian matlamat pembangunan Negara.

            Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu sensitive dan prihatin dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian antara kaum, agama dan wilayah melalui pemupukan nilaai-nilai sejagat yang murni, termasuk hormat-menghormati, toleransi dan saling memahami sesame kaum dan sesame manusia.

            Pada hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.

            Namum, proses pengukuhan perpaduan Negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan Negara.










RUJUKAN / REFERENSI
Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid, Dr Sarjit Singh, Azahar Ahmad Nizar dan Sheith Faikis Abu Bakar. 2010. HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN. OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.





http://www.scribd.com/doc/46963767/Budaya-amp-Kepelbagaian-Kelompok-Di-Malaysia-EDU-3106